Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 27 December 2011

Sebab Kenapa Maki Lepas Putus

Assalamualaikum and hi readers. Ini scene biasa dalam kehidupan
kita sebenarnya. Semasa bercouple, amatlah sweet dan romantik,
suara merdu segala, perlakuan sangat lemah-lembut, perkataan
semua yang baik-baik je....

BUT

once bila ter'clash' / ter'break' or terputus dan bermacam-macam
ter lagi included ter'kantoi' something yang kurang enak.....

GULP ! (-_-')

maka kita ni yang sebagai rakan-rakan terdekat akan terasa
bahang kepanasannya~~~~ (bunyi angin bertiup di padang pasir)

KENAPA ??

haishhh...tengok je lah status mereka, sangat memaki-hamun +
mencarut + memburuk-burukkan ex baru mereka tu, dan err....
kadang-kadang yang over tu perempuan selalunya, kan ?
Come on lah chill, shame on you lah,kau dah canang cerita
cinta kau kat satu dunia, dah terserlah kebaikan ex kau tu then
bila putus kau canang pulak keburukan dia supaya orang boleh
tengok dia yang salah, bukan kau. Kalau ye pon kan nak orang
kesiankan kau, better kau diam je weyh, lagi orang sekeliling
akan kesian. Serius !

TAPI, KENAPA KENA MAKI ??

Simple je pada aku, sebab itu bukan cinta, itu hanyalah perasaan
ingin memiliki. Macam budak-budak nak mainan kat shopping
complex, apa yang diorang buat kalau mak ayah diorang tak bagi?
Diorang akan bawak alat mainan tu ke mana saja mereka pergi,
bila parent mereka ambil balik mainan tu dan letak semula kat
tempat asal, budak kecik tu akan berdiri je lama-lama sebelah
rak mainan tu tanpa berganjak, sebagai protes dia nak jugak
mainan tu, kalau parent start pretend macam nak tinggalkan
dia jugak, dia nangis kuat-kuat sampai parent tu finally terpaksa
jugak mengalah dan beli mainan tu. Tapi, bila balik rumah hancur
gak mainan tu. 

Berbanding kalau kakak tengah berebut mainan dengan adiknya,
akhirnya, si kakak akan mengalah dan bagi dekat adiknya tapi
dengan nasihat, adiknya akan jaga baik-baik mainan tu. See the
differences? Budak-budak kecik tu mewakili perasaan ingin
memiliki, seboleh-boleh nak jugak apa yang dia nakkan. Dan,
kes kakak pula umpama perasaan cinta, aku tak cakap pasal
puppy love but this is about real love, true love, yang mana dia
sanggup memberikan haknya kepada orang lain asalkan dia
bahagia. Nampak tak? (-_-')

So, kenapa kau maki?

Sebab kau malu orang sekeliling akan mengata
kau. Yelah before ni kan kau dah cakap yang dia baik macam malaikat,
tapi sekarang ni terputus pulak di tengah jalan. Kenalah pretend kau yang
macam innocent dan supaya orang akan put all the blame on him.

Reaksi Orang Yang Betul-Betul
Sayangkan Pasangannya ?

Kalau nak tahu dia ni ikhlas ke tak dengan korang, bila hubungan
dilanda masalah or terputus, dia tak akan menceritakan keburukan
korang kepada orang lain, dia tak akan cerita kat orang yang hubungan
dia sedang dalam masalah atau pun telah berakhir. Dia tetap menyimpan
segala rahsia korang, pada dia biarlah hanya dia dan korang saja yang
tahu cerita yang sebetulnya, tak perlu diceritakan di facebook, tak
perlu dimaki-maki bekas pasangannya pada rakan-rakan, dan tak
perlu dipersoalkan siapa yang salah dan siapa yang betul kerana jauh
dalam hati, dia masih berharap semuanya dapat diperbetulkan dan
dia dapat bersama dengan anda semula, kerana dia percayakan
jodoh. :) Different people, different thought but for me, this is the
true love !

(n_n)
That's all, thank Q for reading this !

2 comments:

Qaseh Qhaleesh said...

hihihii . entry ni best ! terkena kat atang hidung cik Qaseh ckit . ngeh ~

btw , bw sini sambil follow kamu :)

owner said...

Qaseh : opz sorry dear, i spoke out randomly..hehe thanx ea..hehe (n_@)