Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday, 26 February 2014

Hasil Bacaan Zaman Kanak-kanak... :)


Kadang-kadang bila teringat masa kecik-kecik dulu, baru aku sedar, aku
memang dah minat membaca daripada aku kecik-kecik dulu. Pernah masa kat
sekolah rendah, darjah 1, masa tu cikgu ada dalam kelas, tapi dia bagi budak-budak
buat kerja sendiri. Dalam riuh-riuh tu, aku terdengar cikgu aku puji aku;

"Baguslah awak ni Lynn, budak-budak lain bising main-main, awak rajin
baca buku haa..."

Ya,aku tengah baca kartun kat buku teks masa tu, haha..

Memang aku suka membaca. Paling suka, baca buku cerita dan komik. Haha.
Masa aku dalam darjah 2 tu, bahan bacaan yang ada kat rumah aku hanyalah
emm...macam takde aku rasa. Jadi, bila aku ikut mak aku pergi kedai, aku
akan capai majalah 'ALONG' ataupun komik 'KAWAN' dan minta mak aku belikan~
Hahahaha...ini adalah antara bahan bacaan aku masa kecik dulu :

 
Ah...aku ingat lagi cover yang ini...haha rindunya zaman kanak-kanak !

Sebut buku 'ASUH' je, aku memang terus terbayang si setan gemuk dan kurus ni

 Haa, tak cukup dengan komik-komik yang aku minta mak ayah aku belikan
 (minta atau paksa ya~haha), aku beli kat sekolah pulak. Dulu-dulu waktu sekolah
kadang-kadang kan ada orang luar datang, jual helaian-helaian buku cerita yang
difotostat, harga dia antara 10sen - 30sen je. Akulah pembeli setia buku-buku tu.
Hahah :D

Pastu balik semangat tunjuk kat mak ayah aku, (konon nak tunjuk bukti
duit belanje yang diorang bagi digunakan ke jalan yg bagus~ hahaha) :p

Sumber
Bila ingat balik semula, aku rasa bersyukur lah sebab parents aku jenis yang
support apa yang anak-anak dia buat. Contohnya bila dia tahu aku ni minat
membaca, maka mereka belikan aku bahan bacaan yang sesuai dengan umur
aku masa tu.

Ada satu majalah kanak-kanak dulu, isi kandungannya banyak mendedahkan aku
dengan ilmu-ilmu sains dan pengetahuan-pengetahuan am, memang aku suka gila!
Tapi aku lupa gila apa entah nama majalah tu (frust sungguh sebab terlupa)
Tapi, aku masih ingat apa yang aku baca dan faham daripada majalah ni.

Dalam darjah 2 atau 3 tahun, aku dah tahu tentang peristiwa Bom Atom yang
melanda Hiroshima sehinggakan menjadikan ia seperti sebuah padang jarak dan
padang tekukur! Cover majalah tu guna gambar ledakan bom yang lebih kurang
macam ini :


Lepas tu, daripada majalah 'ALONG', aku dapat tahu terdapat sesuatu fenomena
yang dipanggil Lubang Hitam / Lohong Hitam dalam ruang angkasa lepas. Serius
aku takut gila kalau planet Bumi kita ni ditelan oleh Lubang Hitam tu..tak boleh
keluar balik wehhh~~~~

Dan lagi satu adalah daripada Majalah MASTIKA, ada satu artikel tentang seorang
anak yang menceritakan kisah pekerjaan bapanya (orang barat biasa) yang mana
beliau banyak pengalaman bekerja. Bukan sebab ayahnya selalu kena buang kerja,
tapi sebab dia selalu rasa nak 'keluar dari comfort zone'. Paling aku ingat, dia berjaya
membuat biola yang mana pelanggannya terdiri daripada orang-orang yang terkenal
padahal...dia memang takde kepakaran dan kemahiran langsung tentang biola.

Di akhir artikel tu, ada ayat ini :

"Ayah saya memang hebat. Dia boleh jadi apa-apa saja yang dia mahu.."

ayat biasa...cuma aku tak sangka ayat itu rupa-rupanya memberikan aku inspirasi
pada umur aku yang dah nak mencecah 25 tahun sekarang ni.



"I can be whatever I want to be..."

p/s : Sedang merancang agar hobi dan minat menjadi kerjaya utama aku


3 comments:

msredcheesecake said...

sy suka membaca jugak...dr kecik sampai ke tua ni... byk ilmu kita dpt

reenapple said...

Wahhh!!! Aku dulu masa kecil, tak suka membaca, aku suka conteng, aku pernah conteng dinding rumah. Kakakaka

eima said...

kecik2 mmg byk membaca tp aku byk baca komik jepun ngan komik china
pedang setiawan, dewata raya dragon ball doraemon ... byk lagi la ...

tp aku juga suka baca pasal sains dan alam semesta ... so aku terer sains tp tak terer math ...huahuahua waktu sekolah dulu