Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 13 February 2014

Mereka si Pembeli Online...



Salam. Hah, ramai yang buat entry tak puas hati dengan peniaga-peniaga
online kan? Kali ni aku buat entry sentap sikit untuk mereka-mereka si
pembeli online ni. Tak kira lah siapa, sama ada anda adalah pembeli tegar
barangan online, mahupun yang sekadar bertanya, semua ini mungkin
untuk anda.

Mereka si Pembeli Online....

1. Masalah PM
Tahukah anda, bahawa peniaga online tidak boleh menghantar Private
Messages (PM) kepada anda terlebih dahulu, disebabkan had kuota yang
ditetapkan oleh sistem Facebook itu sendiri??

Jadi, jangan asyik komen...PM....PM....PM.....PM  di ruangan komen,
kalau betul-betul nak tahu harga or whatever about the details of the product,
silalah PM si peniaga terlebih dahulu.

2. Tak baca agaknya???
Okay, kebanyakan yang aku lihat bila aku 'window shopping' di online stores;
adalah manusia jenis ini. Mereka ni hanya tahu PMMMMMMMMM saja,
pm price, pm size, pm color or whatever.....HUH !

Dasar pemalas nak baca kan? Padahal bila aku klik 'see more...' kat caption
gambar, ada je penerangan ataupun jawapan kepada soalan-soalan mereka tu.
Paling menyakitkan hati (even aku bukan si peniaga tersebut), dah besarrr
gila letak harga sekali pada gambar, punnnn ramaii lagi mahkluk yang komen
PM Price....Pm harga...bagai....semak mata aku tengok komen macam tu.

Sometimes, bila dah diberi instruction untuk tanya dengan lebih lanjut,
contohnya WhatsApp ke, email ke, Call ke...tetap nak PMMMMM jugak!

3. Pertanyaan biadap
Ya ni hak masing-masing, suka hati lah anda nak tanya macam mana pun..
Tapi bila aku dah selalu sangat tengok benda ni, aku rasa macam aihh...
sombongnya tanya mcam tu...macam peniaga online ni kuli dia je...lagi-lagi
bila dia hanya berniat nak tahu harga je, xde niat nak beli langsung. Pun masih
berlagak lagi PM price~pm price~sombong nau~

Ya, ni hak masing-masing nak tulis macam mana, tetapi bila ianya melibatkan
komunikasi dua hala, seperti dalam urusan jual beli ni, masing-masing aku
rasa kena lah bersopan-santun sikit (ya, even dalam Facebook ok)...

Bagi aku, komen-komen yang hanya menulis 'PM' sahaja kelihatan biadap.
(Ya biadap dia macam sama dengan orang yang keluar berdua berdating or dengan
BFF, tapi tak bercakap, sorang sibuk dengan Handphone, sorang lagi duk
tercegat macam keluar dengan patung)

Kenapa menulis 'PM' sahaja kelihatan biadap ?

Sebab kita ada adab.

Apa salahnya, bila anda 'window shopping' di online stores,
anda rasa berkenan dan nak tanya sesuatu tentang barang tersebut..

1. First, kenal pasti admin / owner perniagaan itu Islam ataupun bukan..
2. Kalau Islam, tak salah kita start pertanyaan dengan perkataan Salam, kan?
3. Kalau bukan Islam, banyak perkataan yang boleh menggantikan salam
seperti Hi mahupun Hello...
4. Kalau tak dapat dikenalpasti, tetap juga boleh guna Hi, atau Hello...
5. Pertanyaan diakhiri dengan ucapan terima kasih, TQ juga sudah memadai..

Perbandingan :

"PM Price"               VS              "Salam, how much? TQ"

"PM"               VS             "Hai, still available? Thanx"

"S ade ???"            VS              "Hello, ade lagi size S? Thank you"

:)

But again, aku fikir positif je lah, mungkin nak cepat or tak cukup masa
sangat or curi-curi online masa tengah kerja, so tu yang duk PM~PM je
tu..hehehe...okay tu je....terima kasih sudi singgah sini ya, harap bermanfaat
dan selamat ber'online' shopping dengan aman dan makmur~

Yeayyyy ! \(>_<)/



2 comments:

reenapple said...

Online shopping. Biasa aku jarang online shopping. beli pun, buku, ataupun beg. Hahaha

Unknown said...

yeah..adab sesama manusia..itu penting..

"pm" mmg da jd trademark utk sistem pembelian on9..eheh..