Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Doodle Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Doodle Muslimah. Show all posts

Sunday, 15 March 2015

Saya Tengah Lukis Doodle...


Salam.
Masih lagi tentang projek craft. Kali ni, ada seorang cikgu a.k.a kawan lama aku, nak order keychain doodle daripada aku, tapi dia nak warna-warni punya. So, aku dah eksperimen kalau color-color guna dakwat, bila kena air, jadi comot dan cepat pudar warnanya.

Jadi, aku suggest kat dia jenis tampal sticker pada keychain tu nanti, so sekarang ni aku tengah sibuk mendoodle dan mewarna doodle...


Nanti bila dah siap, akan print atas sticker dan lekat guna mesin 'press'. 

Ini edit-edit je dulu untuk bayangkan camne rupanya bila dah siap nanti..harap-haraplah hasilnya jadi comel dan cantik macam tu nanti. Paling penting, harap warna tak lari..huhu

P/s: dah siap nanti aku update :)


Wednesday, 8 October 2014

Doodle Perempuan Comel Berselfie


Salam (n_n)
Okay, asalnya nak publish doodle ni sempena hari raya puasa hari tu, tapi terlupa. So, publish je lah sekarang ek? Hahaha, nah!

Doodle Awek Muslimah Berselfie-selfie
Haaa gitu je lah ghopenye. Plain habis aku buat, shadow pun nampak tak nampak je haha. Semua perempuan kat atas tu ada karakter masing-masing tau :

1. Pempuan tudung pink yg pegang kamera : Ni biasanya gadis impian jejaka-jejaka gitu~ sangat cantik, ayu dan manis. Ladies~ orang kata~~

2. Perempuan tudung hitam : Jenis yang macam kasar sikit, macam lelaki, tak suka mekap biasanya. Perempuan yang agak kepoh sikit. Hahah

3. Perempuan tudung hijau : Haa tu tudung labuh tau, tapi tak nampak...itu jenis perempuan yang baik budi pekertinya. Islamik sedikit~ :)

4. Perempuan tudung ungu : Jenis yang cun jugak, tapi lebih kepada comel-comel dan sweet gitu.

5. Perempuan tudung kuning : Ini jenis yang berani, biasa perempuan yang pakai dress warna terang-terang dan bold camtu berani dan yakin orangnya! Sentiasa ceria dan suka memeriahkan suasana. Agak lantang bersuara gitu~


Okay, jadi itulah dia doodle selfie dan sedikit penerangan mengenai jenis-jenis perempuan yang aku terjemahkan dalam bentuk lukisan camtu. Bajet betul je pentafsiran aku tu kan~ hahaha okay, nak guna, guna lah ye :)

Terima kasih sudi singgah sini (n_n). Bye~

P/s : cara aku buat doodle, sketch atas kertas, scan, trace di AI dan color di Psd...sungguh manual kan~ haha