Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Entry Berdoodles. Show all posts
Showing posts with label Entry Berdoodles. Show all posts

Tuesday, 14 April 2015

Jom ah teman bayar parking ticket !!


Salam.
Hahahaha..aku terjumpa kartun ni kat FB tadi, terus toink2 terkena batang hidung sendiri. Hahahaha..

"Membayar tiket parking tugas yang berat, ayuh sekeluarga beri semangat"
Tak dinafikan, aku pun macam tu~ rasa gelabah kalau bayar parking ticket sorang-sorang. Hahahaha...haa lagi satu, aku kalau nak basuh tangan kat sinki lepas makan kat restoran, seboleh-boleh nak ajak abah aku, sebab takut malu kalau sinki tu takde air. Haha! Atleast kalau ada abah aku, boleh lah malu bersama~ Hahaha :p


Wednesday, 8 October 2014

Doodle Perempuan Comel Berselfie


Salam (n_n)
Okay, asalnya nak publish doodle ni sempena hari raya puasa hari tu, tapi terlupa. So, publish je lah sekarang ek? Hahaha, nah!

Doodle Awek Muslimah Berselfie-selfie
Haaa gitu je lah ghopenye. Plain habis aku buat, shadow pun nampak tak nampak je haha. Semua perempuan kat atas tu ada karakter masing-masing tau :

1. Pempuan tudung pink yg pegang kamera : Ni biasanya gadis impian jejaka-jejaka gitu~ sangat cantik, ayu dan manis. Ladies~ orang kata~~

2. Perempuan tudung hitam : Jenis yang macam kasar sikit, macam lelaki, tak suka mekap biasanya. Perempuan yang agak kepoh sikit. Hahah

3. Perempuan tudung hijau : Haa tu tudung labuh tau, tapi tak nampak...itu jenis perempuan yang baik budi pekertinya. Islamik sedikit~ :)

4. Perempuan tudung ungu : Jenis yang cun jugak, tapi lebih kepada comel-comel dan sweet gitu.

5. Perempuan tudung kuning : Ini jenis yang berani, biasa perempuan yang pakai dress warna terang-terang dan bold camtu berani dan yakin orangnya! Sentiasa ceria dan suka memeriahkan suasana. Agak lantang bersuara gitu~


Okay, jadi itulah dia doodle selfie dan sedikit penerangan mengenai jenis-jenis perempuan yang aku terjemahkan dalam bentuk lukisan camtu. Bajet betul je pentafsiran aku tu kan~ hahaha okay, nak guna, guna lah ye :)

Terima kasih sudi singgah sini (n_n). Bye~

P/s : cara aku buat doodle, sketch atas kertas, scan, trace di AI dan color di Psd...sungguh manual kan~ haha


Monday, 21 January 2013

Sebab kenapa aku tak update blog...









Keesokan harinya....








Okay, pic last sangat lah tipu. Memang berkobar-kobar aku nak update
blog, tapi bila tenung je skrin laptop tu, rasa macam ada sesuatu kuasa
psikik yang menyedut idea aku habis-habisan sampai aku rasa macam
tak reti nak mengarang.

Grrrrrrrrr !

(owh ye, lepas ni selalu lah aku menyalahgunakan scanner yang ada kat
sini,untuk scan doodles2 aku..hahaha tak perlu lagi nak men'snap' dan
mengedit pic. Mudah bukan~ Ngehehe)

Baca Percintaan Sweet atau Romantik yang menjadi pilihan ?


Tuesday, 10 January 2012

Nak Romantik atau Sweet ? (n_n)

1. Bagi bunga
Romantik : Surprised dpd boyfriend, sorok bunga rose kat belakang
Sweet : Hah, nah..amek ni special tau beli dengan pasu sekali

2. Masa hujan
Romantik : Secara gentlemen si boyfriend akan payungkan girlfriend dan
jalan bersama-sama dengan romantiknya
Sweet : Dua-dua tak bawak payung, lari je lah sama-sama dalam hujan sambil
pimpin tangan (n_n)

3. Transportation ?
Romantik : Datang depan rumah girlfriend dengan kereta mahal,
bukakkan pintu untuk girlfriend, silakan masuk :)
Sweet : Naik bas, tertidur sama-sama (-_-')

4. Makan Bersama
Romantik : Booked hotel, buat candle light dinner, makan secara formal,
siap ada muzik lagi yang mengiringi malam tu <3
Sweet : Duduk tepi-tepi jalan/ kerusi kat taman, then makan sambil
suap-suap, boleh huha-huha lagi sebab bukan makan kat hotel 5 bintang

So, mana lagi best? Pada aku, of course lah aku lebih suka yang sweet tu
sebab aku sangat rimas dengan orang yang romantik sangat, rasa macam
awkward pun ada :p Mostly scene romantik sangattt itu hanya ada dalam
movie dan aku tak pernah terbayang pun untuk bercinta dengan sangat
romantik macam tu. Hehe, sebab aku ni kasar sikit kot? Whatever, so 
korang pilih romantik atau sweet? Jeng..jeng..jeng..sila dedahkan pilihan
anda di ruang komen. Hahah (n_@) Thank Q for reading this !