Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label baby Diang. Show all posts
Showing posts with label baby Diang. Show all posts

Thursday, 14 February 2019

Kisah Jaundice Atiya & Harga Sewa Lampu Fototerapi di Rumah

Salam :)
Ok, kali ni aku nak share harga untuk sewa lampu fototerapi masa rawat jaundice Atiya hari tu. Actually, jaundice dia tak lah tinggi sangat cuma bacaannya tu semakin meningkat lepas check up 3 hari berturut-turut, daripada 11 makin naik ke 13.9. So, kitorang decide selain dpd breastfeed dia dengan kerap, sewa je lah lampu tu untuk bagi turun lebih cepat. Tapi soalan pertama yang muncul adalah...


Berapa ek harga sewa lampu fototerapi?
Mahal tak ye??

Survey punya survey kat ig, jumpa satu ig ni yang memang dah well-known dalam penyediaan servis sewa lampu fototerapi untuk merawat jaundice baby. Harga dia pulak agak berbaloi berbanding yg lain dan dah siap pakej, ada pakej 3H2M dan pakej 4H3M. So senanglah kitorang terus ambil 3H2M punya.

Prosedur nak sewa lampu fototerapi macam mana??

Wassap dan deal je pada nombor yang tertera kat ig dia, pastu pilih nak pakej yg mana. Nanti dia akan minta nama, alamat dan share location untuk staff diorang hantar lampu tu terus ke rumah kita :) 

Jangan risau korang tak reti guna ke apa, sebab servis diorang tu termasuklah pemasangan. Lepas pasang tu terus boleh letak baby bawah lampu tu :D Takde setting apa2 pun, kalau nak letak baby, on suis, kalau dah habis guna, tutup suis. Camtu je senang gila kan~ then masa staff pasang tu dia akan explain details lah what's DO'S & DONT'S tentang lampu dan cara penjagaan baby masa duk bawah lampu tu :)


Haa camnilah rupa lampu fototerapi yang aku sewa. Lain kot design dia daripada yang kat hospital.. yang ni orang tu datang bawak luggage, aku igtkan kotak inkubator tu dalam tu.. rupanya luggage tu adalah lampu fototerapi tu sendiri. Kagum aku melihat inovasi ini. Haha.. naya je kalau nak balik kampung tersilap bawak luggage ni hahah!

Bayaran Deposit

Deposit kena bayar lepas lampu tu siap dipasang, dalam RM250 kalau tak silap aku. Baki bayaran pulak bayar lepas staff dah ambil semula lampu tu :)

Diorang dah sediakan 1x penutup mata baby sekali dalam harga pakej. Tapi ada penutup mata tambahan yang diorang memang sediakan sekali, just in case lah yg dah termasuk dalam pakej tu rosak ke atau dah longgar ke.. bolehlah guna yg tambahan tu dengan caj RM25 ya..

Berkesan ke guna lampu fototerapi ni??

Alhamdulillah, memang berkesan sebab rawatan guna lampu ni memang digunakan di hospital untuk bagi kuning turun cepat kan.. bacaan Atiya daripada 13.9 turun jadi 8. Alhamdulillah :)


Tapi masa nak masukkan tu memang lahh kan... masa awal2 tu okay letak sebab dia tido je. Hari kedua ketiga dia dah rasa sihat sikit, bila dia dah tido tu rasa macam nak masukkan bom je bawah lampu tu sebab takut dia terjaga dan nangis. Asal tutup mata je Atiya jadi cemas.. nangis. Meronta-ronta lah bawah tu sebab dia cemas mata kena tutup. Hahah..sian tengok, risau penutup mata tu terbukak je. Haih!

Owh ye, mata baby jangan terdedah dengan lampu tu, bahaya boleh rosak mata baby! Marissa pun aku tak bagi dia tengok direct kt lampu tu. Sibuklah dia asyik nk tengok adik je kat bawah lampu tu..

Berapa Harga Penyewaan Lampu Fototerapi ke Rumah??

Aku sewa daripada Bluelite Malaysia, boleh check di ig. Harga pakej dia rasa berbaloi sebab dah termasuk semua sekali termasuk caj penghantaran dan pengambilan semula, caj pemasangan dan caj penutup mata semua ALL IN ONE gitu. Harganya mengikut pakej seperti berikut ya:

3H2M : RM395
4H3M : RM485

*belum termasuk caj luar kawasan ya. Macam aku hari tu sebab hantar ke Bangi kena tambah RM30
*kalau korang nak sewa lampu tu lepas waktu pejabat, contohnya memalam buta nak jugak hantar..diorang akan caj RM40 ya :)

****************
So begitulah kisahnya. Alkisahnya si Atiya ni prolonged jaundice tapi Alhamdulillah lepas check semua, doc kata takde pape sebab dia prolonged sebab breastmilk saja. Alhamdulillah. Penat hari-hari kena pergi KK untuk pantau jaundice dia. Huhu~

So, harap bermanfaat ye. InsyaAllah boleh save sikit duit untuk sewa lampu ni kalau jaundice anak tinggi. Atleast ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan dalam berpantang tu tak perlu susah-payah ulang alik atau tidur di hospital untuk breastfeed baby. Kesian. 

Okay itu saja, terima kasih sudi baca :)


P/s: thanx Bluelite Malaysia sebab sediakan pakej berbaloi :)


Tuesday, 29 January 2019

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua, Diang Atiya

Salam semua :)


Alhamdulillah syukur ya Allah, sebab aku dah selamat melahirkan baby kedua aku pd 17 Januari 2019 yg lalu :) Even due date nya tulis 31 Jan, tapi adiknya mungkin tak sabar-sabar dah nak keluar. Sebab 2,3 hari sebelum tu si kakak Icha asyiklah duk panggil2 "Adik... adik..." kat perut Amiee ni. Hihi :p So, ikutilah kisah kronologi masa hari aku deliver my second baby Diang ni ya~

8.30 PAGI (17 JAN 2019-SELASA)
Bangun pagi. Hari ni husband amek half day sebab nak teman aku pegi check up kat KK. Pagi tu bangun rasa sakit nak buang air, maka pergilah aku ke toilet untuk membuang apa yang patut. Tengah membuang tu, aku rasa macam sakit perut yg lain sikit. Sakit dia macam rasa seluruh keliling pinggang tu ditarik2 ke bawah. Lenguh dan lain macam...
Aku teruskan membuang sambil menghayati rasa sakit pinggang tu, dalam hati dah cakap ni macam sakit contraction ni... then masa nak flush, terperasan ada seketul darah campur dgn lendir gitu, terus terdetik.. aih dah nak bersalin ke hari ni??

Pelan2 aku baring balik sebelah husband, dia memang sah2 ngantok gila sebab malam tu dia balik lambat ada meeting.. aku cakap slow2 sebab aku tau, kalau aku bgtau je confirm beliau panik terus. Hahah!

"Rasa macam sakit contraction lah..."

Haa, memang dia terus panik, terus bangun tak tau nak buat apa dulu. Aku pulak masih relax, masih tak percaya, hari ni ke nak kena bersalin? Hahah!

MONITOR KEKERAPAN CONTRACTION

Aku duk lah install balik apps untuk rekod masa contraction bagai tu kan. Maklumlah aritu lepas lahir je si Marissa daku terus uninstall. Bila rekod2, sela masa antara contraction tu 5 minit je. Weh gila apa, dah nak bersalin sangat ke apa ni tp rasa tak sakit sangat lagi.
Makin lama sela masa dia makin jarak sikit dalam 20 minit camtu. Lega sikit, so ajak husband g hospital terus. Marissa? Marissa tak boleh ikut sebab takut banyak urusan kat hospital nanti, so kena tinggalkan dia dekat rumah MIL dan mintak tolong biras jagekan dia.

SAYUNYA TINGGALKAN ANAK PERTAMA



Dalam kereta, aku peluk kuat2 si Marissa, sebab aku dpt instinct yang aku mungkin bersain hari tu dan aku kena warded. If aku bersalin hari tu jugak, bermakna everything akan berubah 360 darjah semula dan tetiba aku rasa macam tak bersedia nak sayang anak lain selain dia.

Dia pulak even belum cecah 2 tahun tp macam sgt memahami apa yg aku rasa. Dia diam je duk kat aku. Seumur hidup belum pernah berpisah lama dgn anak, ni lah jadinya~ tiba depan rumah MIL, aku tengok dia happy sebab nak main2 dengan kak sedara dia. Aku tak dapat tahan lagi dah.. masa lambai dia tu aku nangis dalam kereta sebab fikir lepas ni semuanya takkan sama macam sebelum ni. Rutin dia akan berubah dan rutin aku akan berubah. Tak boleh lagi nak hadap dia sesaje. Dia kena berkongsi dan selalu mengalah dengan adik. Huwaaaa sedihnya... siapa yang dapat anak selang setahun confirm faham perasaan ni..isk3..

SAMPAI HOSPITAL SERDANG

Sampai tu aku turun dulu, husband g cari parking. Maklumlah weh hospital serdang, parking susah nau nak jumpa~ So, tercongoklah aku duduk kat situ tunggu nama kena panggil. Lama jugak lah, sambil tu aku rekod contraction aku macam dah sela 6-7 minit je gitu. Then, masa nama aku dipanggil untuk check jantung baby pun husband aku tak sampai lagi.

Masuk, kena ambil sample air kencing pastu kena baring check jantung baby (CTG). Lamaaaaaa jugak lah sebab bacaan tak cantik, nurse cakap sebab contraction aku masa tu dah kuat sangat sampai ganggu bacaan tu. Aku rasa ada lebih 20 minit aku terbaring untuk buat CTG tu, barulah nurse yg assist aku tu sound suruh check bukaan aku. Haa amek dah 5 cm, patut lah sakit... grr~

Tapi sebab katil penuh, so kena lah tunggu. Aku dah tak boleh duduk, duduk rasa nak meneran je, so aku berdiri. Last jumpa husband pun masa tu jugak sebab aku suruh dia pegangkan beg aku. Lepas tu dah, aku berdiri layan contraction sorang2. Nampak jugak few mommies yang tengah sarat duk jalan2 jugak, tp rasanya aku sorang je yg paling sakit masa tu, hahah!

Tak sampai 10 minit aku berdiri tu, tetiba rasa contraction makin kuat Nauzubillah.. macam nak pitam menahan sambil berdiri, terus jumpa doc yg check bukaan tu, actually nak tanya "Doc, takde katil kosong lagi ke~" tapi aku mampu cakap "Sakit" je... tu pun suara ada takde.. hahahah


TAK SEMPAT KE LABOUR ROOM PUN~
So, dia suruh aku baring untuk check bukaan lagi. Bila aku baring je terus contraction kuat datang lagi. Nurse tgh nak check bukaan tetiba terkeluar sikit air ketuban kena dia. Sempat lah aku cakap "sorry nurse!" Hahaha

Tapi lepas tu terus rasa nak meneran, aku dengar dia jerit fully..fully.. so lepas tu drama pun bermula lah lagi. Semua nurse lah, dengan sister2 berkerumun datang kat katil aku. Masa tu aku dah rasa nak meneran ya amat. Perit gila rasa kat bawah tu macam nak pecah..brrr...aku sempat dengar salah sorang dpd nurse tu cakap..

"Cut je lah pakai pape pun..."

Nak pengsan aku dengar. Sebab situ bukan labour room, wad biasa je, peralatan memang tak tersedia lagi. Dok terbayang dia nak cut aku punya tu pakai cutter potong kertas tu auchhhhh!! Dan2 tetiba masa tu rasa sakit perit gila kt bawah, terus aku terbehenti push..sebab aku macam blur "erk.. sakitnye, dah kena potong ke?"

Pastu terdengar suara "Haa.. tunggu apa lagi teran lah.."

Aku sempat jawab "Jap, tunggu sakit datang balik.."

Jap lagi bila rasa nak push tu datang, terus lah aku push sekuat hati sampai rasa air ketuban aku pecah pastu ada rasa macam berbiji2 keluar habis gitu.

Semua nurse yang berkerumun pun cakap, "Hai..Assalamualaikum"
Aku mcm, eh dah kua ke baby? Pastu barulah dengar bunyi baby nangis. 

Ya ampunn, dah keluar rupanya anak akuuuu~ Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. rupanya yang rasa macam berbiji2 keluar berdesup tu anak aku rupanyaaaa la hai~

HUSBAND PUN TAK SEMPAT TENGOK



Ya, husband aku tak sempat nak teman aku pun kali ni sebab cepat sangat tetiba je bersalinnya. Dia kena panggil masuk dalam, tapi takde nurse pun yg assist dia nak pegi mana. Siap kena marah ade laa dengan nurse yg dekat front desk tu. Geram betul! Dah lepas kena marah tetiba nurse lain datang bawak baby tunjuk kat husband aku,

"Nah, nak tengok baby tak?"

Lagi laa terpinga2 beliau, hahaha.. tetiba baby dah keluar rupanya!

Apapun, aku bersyukur sangat sebab kali ni terasa sangat dipermudahkan proses deliver nya tu..

Air ketuban aku pecah serentak masa baby keluar, so benda tu buat baby lagi laju lah keluar sebab ada pelincir gitu.. cuma sakit dia lebih perit daripada masa anak 1st. Masa menahan contraction pun tak lama, dpd jam 8.30 sampai 12 lebih dah deliver. Alhamdulillah sangat.. wuwu

Nurse tu kata koyak kat luar sikit je, tp bila jahit luar ni tak boleh bius, so jahit lah hidup2... masa anak 1st kena gunting bahagian lain rasanya,so boleh bius masa jahit. Haha~

MY SECOND BABY DIANG


Alhamdulillah, anak perempuan lagi, kawan kakak Icha :) Berat 2.74kg, masa lahir 12.23 tengahari 17 Jan :)

Nama diberi ialah Diang Atiya :)

Okay tu je kot, sorry lah dah lama tak menulis, aku rasa entry cerita kali ni dah macam tunggang terbalik lahhh.. haha okay bye!

P/s: next aku nak cerita pasal harga wad kelas pertama hospital serdang pulak ya :)


Friday, 27 April 2018

Kisah si Diang dengan si Meow

Salam :)
Sebagai seorang manusia yg suka kan kucing, anak aku pun kenalah sukakan kucing! Jadi, daripada awal lagi aku dah kenalkan kucing kat anak aku, sebab aku tak bela kucing. So, pendedahan melalui alam fana, tv dan gambar amat membantu dlm sesi pengenalan tersebut. Kah! :p


Sampailah akhirnya anak aku mula mengenali rupa dan ciri-ciri seekor kucing tu camne. Bila dia nampak kucing, dia akan buat bunyi 'nyii...nyiii...' sambil jari dia gerak2 mcm 'cak cekur udang gamit' tu. Hahah.. so begini kisah nya...

Kisah 1


Sebab takde kartun, aku bukaklah rancangan Bintang RTM nyanyi2 tu kan. Aku tengok sambil suap si Diang tu makan,so takde lah fokus sangat kat TV tapi telinga still mendengar... tetiba tengah dalam rancangan tu, anak aku bunyi 'nyiii..nyii..." sambil buat gaya jari menunjukkan yg dia nampak kucing dalam TV tu.

Aku rasa pelik, mana ada kucing dalam rancangan nyanyi2 camtu. Pastu mata aku pun beralih lah ke skrin TV.. Perghhh... rambut penyanyi kumpulan Alley Cat rupanya yg budak ni nampak. Berbulu kembang gitu... erk, patutlahhhhhh (-_-')

Kisah 2


Ni masa kitorang 1 family pergi jalan2 kat KL naik MRT. First time lah saje bawak Diang merasa naik MRT. Nasib dapat tempat duduk. Tengah2 ontheway dalam tu, aku perasan anak aku macam tunjuk2 ke arah sorang mamat ni sambil merengek2.

Aku dah macam, haihh.. jangan lah buat hal nak oii... dalam train ni dah lah sunyi sepi.. kang ko melalak, mommy daddy pulak yg dipandang serong tau.. netizen kan~ kah! So, aku pujuk2 dia attract dengan mainan dan tengok tingkap. Tapi dia tak nak jugak, tetaplah tunjuk2 lagi kat sorang mamat yg tengah berdiri tak jauh dpd kitorang. Pelik jugak apesal lah yg menarik sgt dgn beliau tu.. hmm~

At last baru aku terpandang, lahhhhhh.... patutlahhhhh.... mamat tadi tu pegang beg plastik yg ada gambar meow~~~ Hadoilahh nak, patutlah si Diang ni meronta2 nak benda tu, rupanya dia nampak gambar meow rupanya! Grrrr... (-_-')
Tapi, agak kagum jugak sebab gambar meow tu jenis vector yg minimal macam gambar atas ni je. Takde warna ke apa, tp Diang kenal jugak tu meow.. Mommy so touching, ahakz! Okay tu je, bye!


P/s: semenjak dia dah kenal meow tu apa, dia dah sayang betul lah kat bantal meow ni. Dia tak tau ke tu dulu daddy belikan utk mommy, bukan utk dia~ huh!

Wednesday, 7 February 2018

How was my life now?

Salam :)
Ya Allah lama gila aku tak update blog. Kah! Actually, memang setiap kali aku bukak laptop (even sebulan sekali je), aku still log in blog utk publish awaiting comment. Even tak update, tp komen still ada banyak dan itu buat aku touching u'olls :'D Memang aku rindu nak update blog mcm dulu tapi tu lah, sekarang ni setiap kali aku nak mula tulis entry baru, confirm stuck weh~ Hadoi, jammed terus otak macam tak reti dah nak menulis.Even nak bercerita pasalape pun aku tak tau cmne nak susun. Nampak tak betapa derhakanya aku pd penulisan blog ni... tahap kronik dah ni~ tp takpe, aku cuba. Hahah!

So, how was my life now?


So far Alhamdulillah, semuanya baik :) Kahwin pun dah genap 2 tahun masa awal Januari hari tu. Dah ada baby. Overall is done, tinggal nak maintain kan dan menjadikan semuanya lebih baik. Even usia perkahwinan aku ni boleh digelar baru 'setahun jagung', tp banyak sebenarnya yg aku dah belajar... especially tentang the true marriage.. and also the parenthood stuff :)


Kalau pasal marriage, aku akhirnya dapat lihat, dan faham... tentang macam mana ketidak-matangan seseorang tu boleh meruntuhkan rumah tangga mereka. Tentang bagaimana keegoan dan sikap tidak hormat boleh menjauhkan sesebuah pasangan, dan tentang bagaimana cara untuk mengendalikan 'rasa jauh' itu sendiri sama ada kau nak pulihkan, atau kau nak biar je jauh sampai tak boleh nak diselamatkan lagi...

Aku jugak faham, tentang bagaimana sesebuah pasangan tu... harus bersikap matang dan bersedia mental terutamanya, untuk menghadapi fasa-fasa baru dalam kehidupan yang ADA selepas berkahwin. Contoh, lepas kahwin insyaAllah kau ada anak. Mental kena sedia bila dah ada anak, perlu bersedia menghadapi masa bersama pasangan akan terbahagi kepada anak pula. Perlu bersedia ada benda-benda yang takkan kita dapat buat lagi selagi baby masih kecik. Contohnya, aku dah tak dapat pergi karoke lagi skang ni. Kah! :p


Nampak macam remeh tp kefahaman ni lah yg sangat diperlukan dalam true marriage. Tak tau macam mana nak explain tp kita sendiri boleh fikir, kita matang atau tak untuk handle masalah2 dlm rumah tangga kita ni :) Ketidakfahaman dan tak bersedia dpd salah sorang pasangan akan buat rumah tangga goyah, dan percayalah ia nya tak best! :P Ada orang kata, kita akan lihat sikap sebenar lelaki lepas kita dapat anak...

Then, kena faham dan sedar ada benda yang tak boleh dibuat depan anak bila anak semakin membesar. Segala perlakuan dan percakapan kena dijaga. We are role model now, parents! So, dengan kefahaman yang cukup dan tahap kematangan yg baik insyaAllah kita boleh kendalikan rumah tangga kita juga dgn baik :) Senang citer, kau kena tahu batasnya..

And about our baby, Marissa... here she is!


Alhamdulillah, 11hb ni nak masuk 10 bulan dah (n_n) Terima kasih dan syukur sangat-sangat diberi peluang untuk rasa pengalaman jadi mak ayah ni kan. Si kecik ni lahhh yang menjadi penyeri hidup kitorang suami isteri. Sayang baby Marissa sangat!


So, okay lah tu saje. Next time kalau aku terajin lagi, aku update lagi. Maybe pasal anak aku or pasal benda-benda lain yang aku rasa nak maki ke kan. Hahaha~ dah jadi mak orang dah mane boleh maki2 sangat u'olls kahkah! Btw, skang aku jual Bawal Ruffle dgn Bawal Shawl ye. Paling laris di Malaysia hahah :D


P/s: nak tengok tudung2 tu meh stalk my ig @labellyn_ okay bye! :)


Friday, 28 July 2017

4 Perkara Yang Biasa Dialami Oleh Newbie Mom Yang Jarang Diceritakan

Salam (n_n)
Semua pasangan yang dah berkahwin amatlah tertunggu-tunggu detik isteri disahkan mengandung dan amatlah gembira untuk menunggu cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak. Kita memang tahu anak-anak adalah rezeki kurniaan daripada Tuhan, tetapi apa yang kita tak tahu adalah alam keibubapaan yang bakal kita hadapi nanti adalah seperti kapal yang terumbang-ambing mengikut arus laut. Ada masanya tenang, ada masanya bergelora. Yang tenang ini selalu kita dapat lihat dikongsikan di laman-laman sosial, tetapi yang bergelora itu pula selalu ibu-ibu sembunyikan. Kenapa ya?
Sebab semua ibu yang sudah 'berjaya' akan mengatakan itulah motherhood thrill, itulah motherhood yang perlu dinikmati, itulah ini...dan itulah itu. Ia memang dorongan yang positif tapi dalam masa yang sama ia turut memberi aura negatif terhadap ibu-ibu yang masih mentah dalam alam keibubapaan ini, lagi-lagi yang baru dapat anak pertama. Mereka akan rasa diri mereka seperti ibu yang jahat, mereka rasa rendah diri kerana menganggap diri mereka gagal untuk jadi seperti ibu-ibu yang dah berjaya. Justeru, untuk mengelakkan rasa-rasa negatif tersebut, saya kongsikan sikit 4 perkara normal yang akan dirasai oleh Newbie Mom:

1. "Alangkah bagusnya kalau saya belum ada anak..."

Semua orang nak anak, tapi buat Newbie Mom, pasti akan terdetik perasaan seperti ini kerana mereka membandingkan kehidupan mereka semasa sebelum dengan sesudah mendapat anak. Ianya adalah normal, semua ibu macam ni dan ianya bukan mudah untuk sesuaikan diri dengan segalanya yang berkaitan dengan alam keibubapaan.

Contohnya Newbie Mom akan terdetik, bestnya dulu boleh travel ke sana ke mari, tapi semenjak ada baby nak berjalan dekat pun risau baby meragam. Bestnya dulu balik kerja je, boleh terus tidur tapi sekarang nak kena jaga dan tidurkan baby dulu dan sebagainya.


2. Stress dan hilang sabar bila anak asyik meragam
Walaupun dah tukar pampers, walaupun dah bagi susu, walaupun dah pastikan dia terlalu sejuk atau panas, baby tetap nak merengek-rengek. Paling teruk bila dia menangis nak tidur, tapi bila kita dodoi baby tetap nak melalak juga. 24 jam mahu berdukung tetapi tak mahu tidur jugak. Walaupun seorang ibu penuh kasih dan sayang, tetapi rasa marah dan penat itu juga ada menyebabkan kita meninggikan suara, terpukul, tergoncang dan tertepuk punggung anak dengan kuat agar baby dapat tidur cepat.

Kewarasan tidak akan menjamin ketika kita sedang marah. Inilah yang perlu dikawal dan Newbie Mom pasti akan pernah mengalami situasi ini. Redakanlah marah dahulu, dan sesetengah orang tidak cukup hanya dengan beristighfar untuk bersabar sebab mereka perlu mengekspressikannya. Jadi, kalau dengan cara menumbuk dinding boleh tenangkan anda, tumbuklah. Kalau dengan menghempas-hempas barang boleh tenangkan anda, hempas lah asalkan tidak mencederakan baby. Btw, kalau ada punch bag pun lagi bagus, kan?

3. Rasa bersalah yang meluap-luap

Ini adalah kesinambungan daripada tindakan Newbie Mom yang termarah, tergoncang, terpukul dan tertepuk baby dengan kuat akibat rasa marah dan stress. Rasa bersalah terhadap anak. Inilah yang membuatkan ibu-ibu selalu menangis tak kiralah daripada anak tu kecil hinggalah mereka besar. Ibu akan menangis kerana rasa bersalah akibat termarah anak. Ia adalah suatu perasaan yang tak boleh digambarkan betapa bersalahnya seorang ibu, lagi-lagi jika terhadap seorang bayi.

Marah, tapi lepas tu kesian, sedih, rasa bersalah sampai menangis-nangis minta maaf kat baby. Baby pun senyum sebab memang mereka tak faham apa-apa. Hati dan minda mereka tidak menyimpan sebarang dendam walaupun baru lepas kena marah atau tepuk dengan ibunya. Inilah dilema seorang ibu yang sangat meruntun jiwa dan raga seseorang yang bergelar ibu. Yelah, sebab ibu je yang banyak marah anak berbanding ayahnya, kan?

4. Nak dengan suami saje...

Ini biasa terjadi bila dapat anak pertama. Fasa-fasa permulaan ketika baby masih kecil amatlah terasa memenatkan. Ketika ini Newbie Mom akan rindu detik-detik bersama suami yang mana hanya dia dan suami saja, berdua. Tiada orang lain yang perlu difikirkan, dan tiada orang lain yang perlu diberikan perhatian yang banyak. Hanya suami. Ini adalah normal kerana ia termasuk dalam proses penyesuaian diri.

*********************
Apapun, perlu diingat. Ianya adalah normal jika Newbie Mom berperasaan macam ni di peringkat permulaan dan anda tidak perlu rasa bersalah atau rasa diri anda adalah seorang ibu yang jahat. Masih terlalu awal untuk merasa diri anda gagal menjadi ibu yang baik, dan masih terlalu awal untuk para suami merasa pasangan anda seorang ibu yang gagal.


Dealing with baby is not easy and the struggle is real. Keep going, mommies! And no matter what, don't give up :)

P/s: aku tulis ni sebab tengah stress baby nak beralih bulan. Dia punya melalak kalau kita tak dukung, aduhaiiii.... boleh kena darah tinggi kalau hari-hari dia macam ni... hmmm


Wednesday, 21 June 2017

Where the hell is my mother's instinct???

Salam :)



Apa yang aku rasa mungkin agak berbeza daripada kisah ibu-ibu yang lain, sebab aku adalah seorang perempuan yang mungkin lahir tanpa naluri keibuan. Dan ini apa yang aku rasa, sehinggalah naluri itu hadir sedikit demi sedikit dalam hidup aku. Seriously, ia bukan satu proses yang mudah untuk perempuan dalam kategori macam aku tu.

Baby ini macam stranger
Macam yang kita selalu tengok dalam drama atau filem, seseorang ibu tu mesti rasa sebak atau terharu sampai mengalir air mata saat baby yang dah dikandung selama 9 bulan selamat dilahirkan dan kini diletak atas dada di dalam pelukan. Semua orang mungkin fikir semua ibu akan rasa macam tu, tapi bukan aku.



Masa nurse letakkan baby atas dada aku, apa yang aku rasa adalah tak ada apa-apa. Of courselah aku bersyukur setelah semuanya selamat, tetapi connection perasaan antara aku sebagai ibu, dengan anak aku tu, nothing. Masa tu, aku cuma rasa dia ibarat stranger dan asing. Apatah lagi air mata, memang tak keluar langsung. Masa tu aku sempat berfikir, normal kah aku?

Konflik Untuk Bahagi Kasih antara Suami dan Anak
Hari-hari yang berlalu lepas tu, aku dah boleh terima yang aku sekarang dah jadi seorang ibu, dan baby itu adalah anak aku. Hubungan aku dengan anak masa awal-awal hanya berteraskan rasa simpati dan kemanusiaan. Sebab ia macam anak kecil yang perlukan ibunya. That's it!

Tapi, dalam masa yang sama, aku rasa ada konflik dalam diri aku. Aku rasa sedih gila sebab kena bahagi kasih sayang aku untuk dua orang sekarang ni, iaitu untuk suami, dan anak. Ini bukan main-main, dalam seminggu lepas deliver tu, tiap-tiap masa aku rasa sedih dan menangis sebab aku tak sanggup nak sayang orang lain. Padahal untuk baby je, bukan orang lain pun. Lagi sekali aku tanya diri aku, normal kah aku?



Aku dah bersama dengan suami aku ni sejak couple masa tahun 2007 lagi tanpa break up. Dan sepanjang masa tu lah hati aku hanya fokus untuk dia, dan dia semata. So aku tak sangka betul, benda ni beri efek masa aku dapat baby. Terasa aku sangat mengabaikan dia masa aku sibuk jaga baby dan tak sempat nak beri perhatian pada suami aku masa tu. Wuwu sian dia...

Naluri Keibuan Perlu Didorong dan Dipupuk
At last, aku slow talk dengan suami aku pasal ni. Pasal macam mana tak sanggupnya aku nak palingkan sikit pun kasih sayang aku daripada dia untuk anak aku ni. Berkali-kali aku mintak maaf sebab bukannya aku nak pun rasa macam tu, tapi aku kena terus-terang sebab aku rasa macam perasaan ni tak patut dan kita kena betulkan balik!

And guess what, dia tahu rupanya!! Dia faham dan dia nasihatkan aku, supaya sayang baby lah ape semua lah...dia bagi dorongan dan semangat supaya tak rasa bersalah untuk sayang baby even lebih daripada sayang aku kat dia. Dan start daripada situ aku mula slow-slow belajar untuk sayang baby aku :)



Bonding Time Ketika Breastfeeding
Breastfeeding sangat membantu aku untuk membentuk jalinan kasih sayang antara aku dengan baby. Masa dua minggu pertama memang aku takde masa nak susukan baby sambil renung muka baby sebab ngantuk sesangat la hai.. haha.. tapi start few weeks after deliver, aku cuba renung dan tenung dalam anak mata baby. Mata dia ikut daddy dia, warna coklat. Daripada mata dia, aku rasa macam terus jatuh cinta kat baby aku.



Dapat tengok muka dia masa menyusu, mata dia, hidung dia, mulut dia, tangan kecik dia yang kadang-kadang siap tarik baju tu, hati aku perlahan-lahan mula cair. Datang suatu rasa tenang yang lain, yang tak pernah aku rasa before ni. Dan bermula daripada tu, rasa kasih sayang dan naluri keibuan tu akhirnya tersemai dalam jiwa raga aku yang cool ni. Hahaha!

*************************



So, Alhamdulillah sekarang ni aku rasa perasaan aku dah stabil. Aku dah boleh sayang anak aku sambil sayang suami aku macam biasa. Chewah, boleh sambil-sambil pulak kan! HAHAHA (gelak nangis)

Anak ni anugerah Tuhan. Ramai orang yang nakkan anak, tapi ada yang masih belum ada rezeki. Aku bersyukur sebab Tuhan dah beri kami rezeki tu sekarang dan aku janji akan jaga baik-baik. Satu pesan daripada mak aku yang aku akan pegang sampai bila-bila, dah jadi mak ni kita kena selalu berkorban, berkorban masa, kesenangan, duit, tenaga...even kesihatan dan nyawa sekalipun seriously... itu lah peranan seorang ibu dan isteri, InsyaAllah :)

P/s: Sayang suami dan anak saya ni banyak-banyak! (n_n)


Monday, 8 May 2017

Murahnya baju-baju baby pre-loved kat sini

Salam (n_n)


Hahaha aku dengan suami happy gila dok bershopping barangan baby kat sini. Sebabnya?? Sebab kau boleh dapat pakaian baby dengan harga serendah seringgit je sehelai tau. YA, SEHELAI SERINGGIT~~ and yaa of courselah baju tu pre-loved / second hand kan... tapi kalau kita pandai memilih, dapatlah pakaian baby yang cantik-cantik macam baru tau. Cuma balik nanti kena cuci bersih-bersih lah ye..hihi :D

Owh, btw... kat mana tempat yang murah sangat jual pakaian baby pre-loved tu? Haa, kat sini lah... 


Carbooth Bandar Sri Putra, Bangi

Ya, carbooth area Bandar Sri Putra ni memang ada pada setiap pagi hari Ahad di sekitar area Bandar Sri Putra ni. Tiap-tiap minggu akan diadakan di 3 lokasi yang berbeza, secara berturutan. Dia macam takde alamat, so aku bagi location dia camni ye:

1. Area deretan kedai-kedai belah kiri lepas keluar tol Bukit Mahkota

2. Lepas keluar tol Bukit Mahkota, terus je sampai jumpa traffic light lepas nampak Mcd dan Petronas di belah kiri. Kat traffic light tu, belok kanan. Carboothnya belah kiri ya. Landmark: Klinik Mediveron

3. Sama arah macam no.2, cuma terus lagi ke depan sampai jumpa macam tanah lapang ala-ala padang. Yang ni macam tersembunyi sikit sebab carbooth nya kat car park rumah flat gitu.

So, selamat mencari lah ye~ Mesti ada kat salah satu tempat tu, setiap pagi Ahad sampai tengahari je. Serius best gila! Baju-baju baby memang kami beli kat situ sesajer. Mana taknya, harga rompers dan pakaian baby ada yang selai singgit, 3 helai rm5, 4 helai rm10. Memang syoklah bershopping!

Antara rompers yang terpilih. Tak ingat berapa rege nya semua ni. Tapi memang tak lebih rm10 lah :D Lebih 20 helai jugak lah beli sebab murah gila kan. Setiap kali beli pulak dapat free lagi. Memang best! Cuma masa ni ku mampu beli warna selamat je, sebab daku confuse baby boy ke baby girl even scanning menunjukkan yang bakal lahir itu baby girl. Hahaha :p

Bottle Warmer - RM5 sesaje... comel dan branded lagi, Bebe. Soft toys Batman tu pun beli kat carbooth. Haa yang dalam plastik tu semua baju-baju baby Diang ler tu~

Playpen pun kami dapat RM80 je. Even pre-loved tapi memang elok lagi sebab owner dia beli, tapi tak guna pun sebab anak dia tak nak tido dalam tu. Penyudahnya terbiar je kat stor. Tapi masa jual ni memang dah bersih sebab tukang jual ni dah siap basuhkan apa semua, plus aksesori semua lengkap lagi haa beg dia pun ada lagi.. All is Rm80 only. Worth it, right? Alhamdulillah :D

Playpen ni pun aku angkut hari Ahad before lusanya aku bersalin tu. Seronok betul lah aku naik motor round carbooth lagi kan masa tengah sarat tu.. Hahaha :p Btw, bukan barangan baby je yang ada kat carbooth ni tau, macam-macam ada. Meh tengok sini...

Kau tengok seluar 5 helai Rm10 sesajer haaa~ okay lah tu kan kalau sekadar nak pakai buat basahan kat rumah. Beli yang camni pun boleh :) Even something yang related to hobby pun ada jual. Contohnya macam barangan antik atau mainan-mainan macam ni haa~
Tekun si suami tengah pilih nak beli mainan Batman dia tu haa.. hahaha..

So, itulah tempat aku dan suami shopping beli barang baby. Yang mahal-mahal kita tunggu hadiah je lah ye.. Hahaha okay tu je. Thanx sudi bace :)

P/s: Next time aku citer barangan baby yang aku beli secara online di Lazada pulak ye~ Sangat jimat kalau nak bandingkan harga dengan kat kedai luar. 

Tuesday, 2 May 2017

Baby Diang Penyelamat Mommy

Salam (n_n)
Tahukah anda bahawa seorang bayi dapat merasakan emosi yang sedang dirasakan oleh ibunya? Haha, aku pun baru tau dan sangat terharu sebab aku rasa baby aku 'cuba membantu' masa tu... So, entry kali ni adalah kisah di mana aku kena warded sehari sebab baby Diang kena Hypoglycemia (kurang gula dalam darah). Perasaan aku masa kena warded tu adalah sangat-sangat sedih sebab suami kena balik dan tak dapat teman aku kat bilik wad. Wuwuwu~


Untuk pengetahuan, baby aku ni lahir cukup bulan cuma saiznya je kecik. Sebab tu dia kena Hypo dan satu-satunya cara nak bagi naik gula dia tu adalah dengan kerap menyusukan beliau. Macam jaundice jugak lah kan.

Kena Tahan Sebab Baby Masih Hypo
So, malam pertama lepas dia lahir tu, agak susah jugak nak kejutkan si baby Diang ni untuk bangun menyusu. Tapi aku tetap gigih jugak lah nyusukan beliau sekerap yang boleh sebab nak bagi kadar gula dia naik. Bacaan normal gula dalam darah seorang bayi adalah 3.0 ke atas, so dah si Diang ni suka tidur sesajer, bacaan beliau asyiklah sekitar 2.5, 2.7 gitu je hah...dan disebabkan tu lah kami tak boleh balik dan kena stay kat wad lagi.

Daripada wad kelas ketiga, suami aku pindahkan aku ke wad kelas kedua supaya lebih selesa sikit, ade 4 orang je satu bilik. Tapi even selesa, aku tetap sedih sebab suami tetap tak boleh teman. Yang boleh teman untuk wad first class je, mahal ngok...

Petang tu masa waktu melawat dah tamat dan suami aku terpaksa balik, aku memang sedih sesangat-sangat nye pun sebab aku tak suka berjauhan dengan suami aku. Sejak aku study dulu pun sama, aku bukak sikit lah citer time kitorang degree dulu, aku tak dapat satu kelas dengan dia pun aku dah nangis ok. Seriously, aku tak tau kenapa. Ada dia aku boleh jadi kuat macam besi.

Bermulalah Kesedihan Melampau Daripada Mommy
Start daripada suami aku balik, baby Diang dah start ngek ngok ngek ngok gitu nak susu. Daripada jam 8.00 malam sampailah ke tengah malam, dia macam kerap nak menyusu. Aku memang tak sempat makan malam sebab nak melayan baby. Sambil menyusukan tu memang hati aku dok teringaaaaaat je kat suami. Sayu gila hati gua masa tu. Phew~

Pas tu, baby tidur kejap-kejap je dan start daripada jam 1.00 pagi. Dia start bangun terkejut dan terus melalak masa terjaga tu. Kalau malam first tu dia terjaga dan merengek je, so tak gelabah sangat mommy dia ni. Tapi malam tu memang lain macam gayanya, asal bangun terus menangis kuat. Tak ke panik aku, dah lah baru je jadik mak, suami pulak takde sekali...plus roomate di situ semua belum melahirkan lagi, kau tak rasa ke baby kau mengganggu ketenteraman awam masa tu, haha!

Kerap Menyusu Dia Lain Macam
Daripada jam 1.00 pagi tu baby Diang nangis mintak susu. Selalu memang dia terus tertido lepas menyusu tapi malam tu, NO! Lepas habis menyusu, dia menangis. Aku cuba sendawakan dia even aku masih tak reti lagi nak positionkan beliau kat bahu. Aku cuba. Then dah diam dan macam tertidur, aku baringkan dia sebelah aku. Tengok dia dah nyenyak, aku pun baring semula. Tak sampai 5 minit aku baring, baby Diang nangis lagi. Menyusu lagi, then sendawa lagi, then tidur 5 minit, melalak lagi mintak susu dan keadaan ni berterusan sampai jam 6 pagi waktu Subuh.

Dah lah aku masa tu tak berani lagi nak pegang baby masa menyusu sebab dia kecik sangat, tiap kali nak nyusukan aku baring sambil nangis ingat kat suami. Sangat lenguh bila menyusukan secara baring camtu. Tertidur2 jugak aku, nasib kejap2 je. Pastu bangun duduk untuk sendawakan dia. Bangun duduk bangun duduk. Sangatlah helpless aku rasa, atleast kalau ada suami, aku tak lah panik sorang2 sangat. Nak betulkan bedung baby pun aku tak reti...huwaaa T_T Memang hari tu aku tak tidur, dan baby Diang memang tak tidur langsung jugak!

Then, bila Baby Diang dah tido lepas Subuh, aku je yang masih terkebil-kebil, dah tak boleh tido lagi dah sebab dah lepas masa mengantuk aku. Akhirnya aku duk makan makanan semalam yang aku tak sempat makan tu. Suami masuk jap kol 7 pagi camtu. Nampak je suami aku dah tak buat apa dah, diam je tapi air mata berjela-jela keluar. Hahahaa!!


************************************
So, tentang Hypo baby Diang pulak, bacaan kedua terakhir sebelum dia start melalak adalah 3.0. Lepas tu yang dia start menyusu tanpa henti sampailah bacaan terakhir dalam pemantauan 24 jam diambil, bacaan dia Alhamdulillah 3.2. So, tak payah kena warded lagi dan boleh balik.

Suami aku kata, baby Diang maybe dapat rasa yang mommy dia sedih sangat malam tu, tu yang dia marathon menyusu tanpa henti, supaya hypo dia cepat baik, dan mommy boleh balik rumah dengan daddy (n_n)


Terima kasih baby Diang Marissa :) Mommy daddy takkan lupa moment ni sampai bila-bila. Kecik-kecik dah pandai cuba bantu mommy ya. So sweet~

P/s: maaflah, entry ni pun agak panjang. Tak tau nak pendekkan camne lagi dah..hahaha :p