Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label my motherhood stories. Show all posts
Showing posts with label my motherhood stories. Show all posts

Friday, 28 July 2017

4 Perkara Yang Biasa Dialami Oleh Newbie Mom Yang Jarang Diceritakan

Salam (n_n)
Semua pasangan yang dah berkahwin amatlah tertunggu-tunggu detik isteri disahkan mengandung dan amatlah gembira untuk menunggu cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak. Kita memang tahu anak-anak adalah rezeki kurniaan daripada Tuhan, tetapi apa yang kita tak tahu adalah alam keibubapaan yang bakal kita hadapi nanti adalah seperti kapal yang terumbang-ambing mengikut arus laut. Ada masanya tenang, ada masanya bergelora. Yang tenang ini selalu kita dapat lihat dikongsikan di laman-laman sosial, tetapi yang bergelora itu pula selalu ibu-ibu sembunyikan. Kenapa ya?
Sebab semua ibu yang sudah 'berjaya' akan mengatakan itulah motherhood thrill, itulah motherhood yang perlu dinikmati, itulah ini...dan itulah itu. Ia memang dorongan yang positif tapi dalam masa yang sama ia turut memberi aura negatif terhadap ibu-ibu yang masih mentah dalam alam keibubapaan ini, lagi-lagi yang baru dapat anak pertama. Mereka akan rasa diri mereka seperti ibu yang jahat, mereka rasa rendah diri kerana menganggap diri mereka gagal untuk jadi seperti ibu-ibu yang dah berjaya. Justeru, untuk mengelakkan rasa-rasa negatif tersebut, saya kongsikan sikit 4 perkara normal yang akan dirasai oleh Newbie Mom:

1. "Alangkah bagusnya kalau saya belum ada anak..."

Semua orang nak anak, tapi buat Newbie Mom, pasti akan terdetik perasaan seperti ini kerana mereka membandingkan kehidupan mereka semasa sebelum dengan sesudah mendapat anak. Ianya adalah normal, semua ibu macam ni dan ianya bukan mudah untuk sesuaikan diri dengan segalanya yang berkaitan dengan alam keibubapaan.

Contohnya Newbie Mom akan terdetik, bestnya dulu boleh travel ke sana ke mari, tapi semenjak ada baby nak berjalan dekat pun risau baby meragam. Bestnya dulu balik kerja je, boleh terus tidur tapi sekarang nak kena jaga dan tidurkan baby dulu dan sebagainya.


2. Stress dan hilang sabar bila anak asyik meragam
Walaupun dah tukar pampers, walaupun dah bagi susu, walaupun dah pastikan dia terlalu sejuk atau panas, baby tetap nak merengek-rengek. Paling teruk bila dia menangis nak tidur, tapi bila kita dodoi baby tetap nak melalak juga. 24 jam mahu berdukung tetapi tak mahu tidur jugak. Walaupun seorang ibu penuh kasih dan sayang, tetapi rasa marah dan penat itu juga ada menyebabkan kita meninggikan suara, terpukul, tergoncang dan tertepuk punggung anak dengan kuat agar baby dapat tidur cepat.

Kewarasan tidak akan menjamin ketika kita sedang marah. Inilah yang perlu dikawal dan Newbie Mom pasti akan pernah mengalami situasi ini. Redakanlah marah dahulu, dan sesetengah orang tidak cukup hanya dengan beristighfar untuk bersabar sebab mereka perlu mengekspressikannya. Jadi, kalau dengan cara menumbuk dinding boleh tenangkan anda, tumbuklah. Kalau dengan menghempas-hempas barang boleh tenangkan anda, hempas lah asalkan tidak mencederakan baby. Btw, kalau ada punch bag pun lagi bagus, kan?

3. Rasa bersalah yang meluap-luap

Ini adalah kesinambungan daripada tindakan Newbie Mom yang termarah, tergoncang, terpukul dan tertepuk baby dengan kuat akibat rasa marah dan stress. Rasa bersalah terhadap anak. Inilah yang membuatkan ibu-ibu selalu menangis tak kiralah daripada anak tu kecil hinggalah mereka besar. Ibu akan menangis kerana rasa bersalah akibat termarah anak. Ia adalah suatu perasaan yang tak boleh digambarkan betapa bersalahnya seorang ibu, lagi-lagi jika terhadap seorang bayi.

Marah, tapi lepas tu kesian, sedih, rasa bersalah sampai menangis-nangis minta maaf kat baby. Baby pun senyum sebab memang mereka tak faham apa-apa. Hati dan minda mereka tidak menyimpan sebarang dendam walaupun baru lepas kena marah atau tepuk dengan ibunya. Inilah dilema seorang ibu yang sangat meruntun jiwa dan raga seseorang yang bergelar ibu. Yelah, sebab ibu je yang banyak marah anak berbanding ayahnya, kan?

4. Nak dengan suami saje...

Ini biasa terjadi bila dapat anak pertama. Fasa-fasa permulaan ketika baby masih kecil amatlah terasa memenatkan. Ketika ini Newbie Mom akan rindu detik-detik bersama suami yang mana hanya dia dan suami saja, berdua. Tiada orang lain yang perlu difikirkan, dan tiada orang lain yang perlu diberikan perhatian yang banyak. Hanya suami. Ini adalah normal kerana ia termasuk dalam proses penyesuaian diri.

*********************
Apapun, perlu diingat. Ianya adalah normal jika Newbie Mom berperasaan macam ni di peringkat permulaan dan anda tidak perlu rasa bersalah atau rasa diri anda adalah seorang ibu yang jahat. Masih terlalu awal untuk merasa diri anda gagal menjadi ibu yang baik, dan masih terlalu awal untuk para suami merasa pasangan anda seorang ibu yang gagal.


Dealing with baby is not easy and the struggle is real. Keep going, mommies! And no matter what, don't give up :)

P/s: aku tulis ni sebab tengah stress baby nak beralih bulan. Dia punya melalak kalau kita tak dukung, aduhaiiii.... boleh kena darah tinggi kalau hari-hari dia macam ni... hmmm


Wednesday, 21 June 2017

Where the hell is my mother's instinct???

Salam :)



Apa yang aku rasa mungkin agak berbeza daripada kisah ibu-ibu yang lain, sebab aku adalah seorang perempuan yang mungkin lahir tanpa naluri keibuan. Dan ini apa yang aku rasa, sehinggalah naluri itu hadir sedikit demi sedikit dalam hidup aku. Seriously, ia bukan satu proses yang mudah untuk perempuan dalam kategori macam aku tu.

Baby ini macam stranger
Macam yang kita selalu tengok dalam drama atau filem, seseorang ibu tu mesti rasa sebak atau terharu sampai mengalir air mata saat baby yang dah dikandung selama 9 bulan selamat dilahirkan dan kini diletak atas dada di dalam pelukan. Semua orang mungkin fikir semua ibu akan rasa macam tu, tapi bukan aku.



Masa nurse letakkan baby atas dada aku, apa yang aku rasa adalah tak ada apa-apa. Of courselah aku bersyukur setelah semuanya selamat, tetapi connection perasaan antara aku sebagai ibu, dengan anak aku tu, nothing. Masa tu, aku cuma rasa dia ibarat stranger dan asing. Apatah lagi air mata, memang tak keluar langsung. Masa tu aku sempat berfikir, normal kah aku?

Konflik Untuk Bahagi Kasih antara Suami dan Anak
Hari-hari yang berlalu lepas tu, aku dah boleh terima yang aku sekarang dah jadi seorang ibu, dan baby itu adalah anak aku. Hubungan aku dengan anak masa awal-awal hanya berteraskan rasa simpati dan kemanusiaan. Sebab ia macam anak kecil yang perlukan ibunya. That's it!

Tapi, dalam masa yang sama, aku rasa ada konflik dalam diri aku. Aku rasa sedih gila sebab kena bahagi kasih sayang aku untuk dua orang sekarang ni, iaitu untuk suami, dan anak. Ini bukan main-main, dalam seminggu lepas deliver tu, tiap-tiap masa aku rasa sedih dan menangis sebab aku tak sanggup nak sayang orang lain. Padahal untuk baby je, bukan orang lain pun. Lagi sekali aku tanya diri aku, normal kah aku?



Aku dah bersama dengan suami aku ni sejak couple masa tahun 2007 lagi tanpa break up. Dan sepanjang masa tu lah hati aku hanya fokus untuk dia, dan dia semata. So aku tak sangka betul, benda ni beri efek masa aku dapat baby. Terasa aku sangat mengabaikan dia masa aku sibuk jaga baby dan tak sempat nak beri perhatian pada suami aku masa tu. Wuwu sian dia...

Naluri Keibuan Perlu Didorong dan Dipupuk
At last, aku slow talk dengan suami aku pasal ni. Pasal macam mana tak sanggupnya aku nak palingkan sikit pun kasih sayang aku daripada dia untuk anak aku ni. Berkali-kali aku mintak maaf sebab bukannya aku nak pun rasa macam tu, tapi aku kena terus-terang sebab aku rasa macam perasaan ni tak patut dan kita kena betulkan balik!

And guess what, dia tahu rupanya!! Dia faham dan dia nasihatkan aku, supaya sayang baby lah ape semua lah...dia bagi dorongan dan semangat supaya tak rasa bersalah untuk sayang baby even lebih daripada sayang aku kat dia. Dan start daripada situ aku mula slow-slow belajar untuk sayang baby aku :)



Bonding Time Ketika Breastfeeding
Breastfeeding sangat membantu aku untuk membentuk jalinan kasih sayang antara aku dengan baby. Masa dua minggu pertama memang aku takde masa nak susukan baby sambil renung muka baby sebab ngantuk sesangat la hai.. haha.. tapi start few weeks after deliver, aku cuba renung dan tenung dalam anak mata baby. Mata dia ikut daddy dia, warna coklat. Daripada mata dia, aku rasa macam terus jatuh cinta kat baby aku.



Dapat tengok muka dia masa menyusu, mata dia, hidung dia, mulut dia, tangan kecik dia yang kadang-kadang siap tarik baju tu, hati aku perlahan-lahan mula cair. Datang suatu rasa tenang yang lain, yang tak pernah aku rasa before ni. Dan bermula daripada tu, rasa kasih sayang dan naluri keibuan tu akhirnya tersemai dalam jiwa raga aku yang cool ni. Hahaha!

*************************



So, Alhamdulillah sekarang ni aku rasa perasaan aku dah stabil. Aku dah boleh sayang anak aku sambil sayang suami aku macam biasa. Chewah, boleh sambil-sambil pulak kan! HAHAHA (gelak nangis)

Anak ni anugerah Tuhan. Ramai orang yang nakkan anak, tapi ada yang masih belum ada rezeki. Aku bersyukur sebab Tuhan dah beri kami rezeki tu sekarang dan aku janji akan jaga baik-baik. Satu pesan daripada mak aku yang aku akan pegang sampai bila-bila, dah jadi mak ni kita kena selalu berkorban, berkorban masa, kesenangan, duit, tenaga...even kesihatan dan nyawa sekalipun seriously... itu lah peranan seorang ibu dan isteri, InsyaAllah :)

P/s: Sayang suami dan anak saya ni banyak-banyak! (n_n)


Monday, 8 May 2017

Murahnya baju-baju baby pre-loved kat sini

Salam (n_n)


Hahaha aku dengan suami happy gila dok bershopping barangan baby kat sini. Sebabnya?? Sebab kau boleh dapat pakaian baby dengan harga serendah seringgit je sehelai tau. YA, SEHELAI SERINGGIT~~ and yaa of courselah baju tu pre-loved / second hand kan... tapi kalau kita pandai memilih, dapatlah pakaian baby yang cantik-cantik macam baru tau. Cuma balik nanti kena cuci bersih-bersih lah ye..hihi :D

Owh, btw... kat mana tempat yang murah sangat jual pakaian baby pre-loved tu? Haa, kat sini lah... 


Carbooth Bandar Sri Putra, Bangi

Ya, carbooth area Bandar Sri Putra ni memang ada pada setiap pagi hari Ahad di sekitar area Bandar Sri Putra ni. Tiap-tiap minggu akan diadakan di 3 lokasi yang berbeza, secara berturutan. Dia macam takde alamat, so aku bagi location dia camni ye:

1. Area deretan kedai-kedai belah kiri lepas keluar tol Bukit Mahkota

2. Lepas keluar tol Bukit Mahkota, terus je sampai jumpa traffic light lepas nampak Mcd dan Petronas di belah kiri. Kat traffic light tu, belok kanan. Carboothnya belah kiri ya. Landmark: Klinik Mediveron

3. Sama arah macam no.2, cuma terus lagi ke depan sampai jumpa macam tanah lapang ala-ala padang. Yang ni macam tersembunyi sikit sebab carbooth nya kat car park rumah flat gitu.

So, selamat mencari lah ye~ Mesti ada kat salah satu tempat tu, setiap pagi Ahad sampai tengahari je. Serius best gila! Baju-baju baby memang kami beli kat situ sesajer. Mana taknya, harga rompers dan pakaian baby ada yang selai singgit, 3 helai rm5, 4 helai rm10. Memang syoklah bershopping!

Antara rompers yang terpilih. Tak ingat berapa rege nya semua ni. Tapi memang tak lebih rm10 lah :D Lebih 20 helai jugak lah beli sebab murah gila kan. Setiap kali beli pulak dapat free lagi. Memang best! Cuma masa ni ku mampu beli warna selamat je, sebab daku confuse baby boy ke baby girl even scanning menunjukkan yang bakal lahir itu baby girl. Hahaha :p

Bottle Warmer - RM5 sesaje... comel dan branded lagi, Bebe. Soft toys Batman tu pun beli kat carbooth. Haa yang dalam plastik tu semua baju-baju baby Diang ler tu~

Playpen pun kami dapat RM80 je. Even pre-loved tapi memang elok lagi sebab owner dia beli, tapi tak guna pun sebab anak dia tak nak tido dalam tu. Penyudahnya terbiar je kat stor. Tapi masa jual ni memang dah bersih sebab tukang jual ni dah siap basuhkan apa semua, plus aksesori semua lengkap lagi haa beg dia pun ada lagi.. All is Rm80 only. Worth it, right? Alhamdulillah :D

Playpen ni pun aku angkut hari Ahad before lusanya aku bersalin tu. Seronok betul lah aku naik motor round carbooth lagi kan masa tengah sarat tu.. Hahaha :p Btw, bukan barangan baby je yang ada kat carbooth ni tau, macam-macam ada. Meh tengok sini...

Kau tengok seluar 5 helai Rm10 sesajer haaa~ okay lah tu kan kalau sekadar nak pakai buat basahan kat rumah. Beli yang camni pun boleh :) Even something yang related to hobby pun ada jual. Contohnya macam barangan antik atau mainan-mainan macam ni haa~
Tekun si suami tengah pilih nak beli mainan Batman dia tu haa.. hahaha..

So, itulah tempat aku dan suami shopping beli barang baby. Yang mahal-mahal kita tunggu hadiah je lah ye.. Hahaha okay tu je. Thanx sudi bace :)

P/s: Next time aku citer barangan baby yang aku beli secara online di Lazada pulak ye~ Sangat jimat kalau nak bandingkan harga dengan kat kedai luar. 

Tuesday, 2 May 2017

Baby Diang Penyelamat Mommy

Salam (n_n)
Tahukah anda bahawa seorang bayi dapat merasakan emosi yang sedang dirasakan oleh ibunya? Haha, aku pun baru tau dan sangat terharu sebab aku rasa baby aku 'cuba membantu' masa tu... So, entry kali ni adalah kisah di mana aku kena warded sehari sebab baby Diang kena Hypoglycemia (kurang gula dalam darah). Perasaan aku masa kena warded tu adalah sangat-sangat sedih sebab suami kena balik dan tak dapat teman aku kat bilik wad. Wuwuwu~


Untuk pengetahuan, baby aku ni lahir cukup bulan cuma saiznya je kecik. Sebab tu dia kena Hypo dan satu-satunya cara nak bagi naik gula dia tu adalah dengan kerap menyusukan beliau. Macam jaundice jugak lah kan.

Kena Tahan Sebab Baby Masih Hypo
So, malam pertama lepas dia lahir tu, agak susah jugak nak kejutkan si baby Diang ni untuk bangun menyusu. Tapi aku tetap gigih jugak lah nyusukan beliau sekerap yang boleh sebab nak bagi kadar gula dia naik. Bacaan normal gula dalam darah seorang bayi adalah 3.0 ke atas, so dah si Diang ni suka tidur sesajer, bacaan beliau asyiklah sekitar 2.5, 2.7 gitu je hah...dan disebabkan tu lah kami tak boleh balik dan kena stay kat wad lagi.

Daripada wad kelas ketiga, suami aku pindahkan aku ke wad kelas kedua supaya lebih selesa sikit, ade 4 orang je satu bilik. Tapi even selesa, aku tetap sedih sebab suami tetap tak boleh teman. Yang boleh teman untuk wad first class je, mahal ngok...

Petang tu masa waktu melawat dah tamat dan suami aku terpaksa balik, aku memang sedih sesangat-sangat nye pun sebab aku tak suka berjauhan dengan suami aku. Sejak aku study dulu pun sama, aku bukak sikit lah citer time kitorang degree dulu, aku tak dapat satu kelas dengan dia pun aku dah nangis ok. Seriously, aku tak tau kenapa. Ada dia aku boleh jadi kuat macam besi.

Bermulalah Kesedihan Melampau Daripada Mommy
Start daripada suami aku balik, baby Diang dah start ngek ngok ngek ngok gitu nak susu. Daripada jam 8.00 malam sampailah ke tengah malam, dia macam kerap nak menyusu. Aku memang tak sempat makan malam sebab nak melayan baby. Sambil menyusukan tu memang hati aku dok teringaaaaaat je kat suami. Sayu gila hati gua masa tu. Phew~

Pas tu, baby tidur kejap-kejap je dan start daripada jam 1.00 pagi. Dia start bangun terkejut dan terus melalak masa terjaga tu. Kalau malam first tu dia terjaga dan merengek je, so tak gelabah sangat mommy dia ni. Tapi malam tu memang lain macam gayanya, asal bangun terus menangis kuat. Tak ke panik aku, dah lah baru je jadik mak, suami pulak takde sekali...plus roomate di situ semua belum melahirkan lagi, kau tak rasa ke baby kau mengganggu ketenteraman awam masa tu, haha!

Kerap Menyusu Dia Lain Macam
Daripada jam 1.00 pagi tu baby Diang nangis mintak susu. Selalu memang dia terus tertido lepas menyusu tapi malam tu, NO! Lepas habis menyusu, dia menangis. Aku cuba sendawakan dia even aku masih tak reti lagi nak positionkan beliau kat bahu. Aku cuba. Then dah diam dan macam tertidur, aku baringkan dia sebelah aku. Tengok dia dah nyenyak, aku pun baring semula. Tak sampai 5 minit aku baring, baby Diang nangis lagi. Menyusu lagi, then sendawa lagi, then tidur 5 minit, melalak lagi mintak susu dan keadaan ni berterusan sampai jam 6 pagi waktu Subuh.

Dah lah aku masa tu tak berani lagi nak pegang baby masa menyusu sebab dia kecik sangat, tiap kali nak nyusukan aku baring sambil nangis ingat kat suami. Sangat lenguh bila menyusukan secara baring camtu. Tertidur2 jugak aku, nasib kejap2 je. Pastu bangun duduk untuk sendawakan dia. Bangun duduk bangun duduk. Sangatlah helpless aku rasa, atleast kalau ada suami, aku tak lah panik sorang2 sangat. Nak betulkan bedung baby pun aku tak reti...huwaaa T_T Memang hari tu aku tak tidur, dan baby Diang memang tak tidur langsung jugak!

Then, bila Baby Diang dah tido lepas Subuh, aku je yang masih terkebil-kebil, dah tak boleh tido lagi dah sebab dah lepas masa mengantuk aku. Akhirnya aku duk makan makanan semalam yang aku tak sempat makan tu. Suami masuk jap kol 7 pagi camtu. Nampak je suami aku dah tak buat apa dah, diam je tapi air mata berjela-jela keluar. Hahahaa!!


************************************
So, tentang Hypo baby Diang pulak, bacaan kedua terakhir sebelum dia start melalak adalah 3.0. Lepas tu yang dia start menyusu tanpa henti sampailah bacaan terakhir dalam pemantauan 24 jam diambil, bacaan dia Alhamdulillah 3.2. So, tak payah kena warded lagi dan boleh balik.

Suami aku kata, baby Diang maybe dapat rasa yang mommy dia sedih sangat malam tu, tu yang dia marathon menyusu tanpa henti, supaya hypo dia cepat baik, dan mommy boleh balik rumah dengan daddy (n_n)


Terima kasih baby Diang Marissa :) Mommy daddy takkan lupa moment ni sampai bila-bila. Kecik-kecik dah pandai cuba bantu mommy ya. So sweet~

P/s: maaflah, entry ni pun agak panjang. Tak tau nak pendekkan camne lagi dah..hahaha :p


Sunday, 30 April 2017

Inilah Nama Baby Saya

Salam (n_n)
Okay, selamat berkenalan dengan baby girl aku yang diberi nama Diang Marissa :D

Diang Marissa ni nama yang aku cadangkan, dan yang bestnya suami aku pun setuju dengan nama ni sebab dia suka nama 'Diang' tu. Hehe, btw apa maksud Diang?

Diang ni adalah gelaran panggilan untuk anak perempuan/ perempuan dalam bahasa Banjar. Oleh sebab nama abah aku ada nama banjar iaitu Utoh, iaitu gelaran panggilan untuk anak lelaki... so aku fikir nak selit jugak lah nama Banjar pada baby aku ni :D Camtu lah terhasilnya nama Diang dalam nama anak aku...

Gabung dengan Marissa, jadilah Diang Marissa yang bermaksud Anak perempuan yang bersopan-santun. InsyaAllah (n_n)

P/s: semoga jadi anak yang solehah, my baby Diang :)