Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

Monday, 15 June 2015

Buat Tudung Sendiri


Salam.

Motif aku buat tudung sendiri adalah:
i. Sebab aku tak reti pakai shawl walaupun instant shawl
ii. Sebab aku rasa rimas nak pakai shawl / tudung yang berlilit
iii. Sebab aku kurang mampu nak beli tudung-tudung zaman sekarang yang regenye boleh tahan mahal
ii. Sebab aku suka 'rare'

Maka dengan itu aku pun saje-sajelah nak try buat tudung sendiri...lukis je corak yang aku nak...at anytime. Tapi aku baru buat satu je untuk contoh. Sayang dakwat pen oi~ mahal.


Dakwat apa? Rahsia..hehehe..aku pun tak tanya orang, tapi aku google, google, google dan terus-terus gooooogleeeeeeee sampai berhari-hari, berminggu-minggu demi mencari jawapan. Sebab aku tahu, kalau aku tanya direct kat orang yang dah pernah buat, dia takkan bagitau. Same goes to me, hahah. Kalau aku boleh cari, korang pun boleh cari ;)

Apapun, semua ni masih dalam fasa eksperimen di mana aku kena cari material yang lebih lembut dan selesa dibuat tudung, dan tengah fikirkan cara nak jahit bahagian tepi guna mesin jahit lurus, sebab aku takde mesin jahit tepi. Daripada segi corak berwarna tu pulak, aku nak kena basuh guna tangan, basuh guna washing machine untuk pastikan warnanya tak luntur. Aje kang kena hujan, tudung jadi bersih suci sebab warna corak semua hilang sebab menurun. Hahaha :p

Okay tu saje. Terima kasih sudi singga sini (n_n)

P/s: buat masa ni, buat untuk pakai sendiri je kot...Nak jual takut takde orang nak tudung camni~ Hipster sangat! Kahkahkah :p


Wednesday, 8 October 2014

Doodle Perempuan Comel Berselfie


Salam (n_n)
Okay, asalnya nak publish doodle ni sempena hari raya puasa hari tu, tapi terlupa. So, publish je lah sekarang ek? Hahaha, nah!

Doodle Awek Muslimah Berselfie-selfie
Haaa gitu je lah ghopenye. Plain habis aku buat, shadow pun nampak tak nampak je haha. Semua perempuan kat atas tu ada karakter masing-masing tau :

1. Pempuan tudung pink yg pegang kamera : Ni biasanya gadis impian jejaka-jejaka gitu~ sangat cantik, ayu dan manis. Ladies~ orang kata~~

2. Perempuan tudung hitam : Jenis yang macam kasar sikit, macam lelaki, tak suka mekap biasanya. Perempuan yang agak kepoh sikit. Hahah

3. Perempuan tudung hijau : Haa tu tudung labuh tau, tapi tak nampak...itu jenis perempuan yang baik budi pekertinya. Islamik sedikit~ :)

4. Perempuan tudung ungu : Jenis yang cun jugak, tapi lebih kepada comel-comel dan sweet gitu.

5. Perempuan tudung kuning : Ini jenis yang berani, biasa perempuan yang pakai dress warna terang-terang dan bold camtu berani dan yakin orangnya! Sentiasa ceria dan suka memeriahkan suasana. Agak lantang bersuara gitu~


Okay, jadi itulah dia doodle selfie dan sedikit penerangan mengenai jenis-jenis perempuan yang aku terjemahkan dalam bentuk lukisan camtu. Bajet betul je pentafsiran aku tu kan~ hahaha okay, nak guna, guna lah ye :)

Terima kasih sudi singgah sini (n_n). Bye~

P/s : cara aku buat doodle, sketch atas kertas, scan, trace di AI dan color di Psd...sungguh manual kan~ haha


Wednesday, 16 April 2014

Personal Car - 1 seat only :D


BMW-Isetta-Picnic-Car_600

Aku berfikir, alangkah bagusnya kalau ada sebuah kereta
yang khas untuk kegunaan seorang diri saja. Maksud aku,
just untuk kegunaan sendiri untuk pergi balik kerja sementara
belum kahwin / berumahtangga ni haa...Harga pulak haruslah
mensasarkan golongan-golongan graduasi lepasan U yang baru
je nak 'hidup' ni kan.

So, bolehlah bergerak dengan Car-for-a-person ni kan..macam
ni pun okaylah, sebab dah memadai untuk kebebasan bergerak
secara sendiri :




personal electric vehicle
Senang nak parking, boleh menyelit time jem..hahah

Simple je haa..sangat cukup dan bajet kalau untuk diguna
semasa pergi dan balik kerja

Kereta ni di-design untuk orang yang kurang upaya, boleh
klik SINI untuk tahu lebih lanjut, tapi design kereta tu boleh
dijadikan 'kereta untuk kegunaan seorang'. Comel je tau :D


image of Ropits, the self-driving robot car

no more gas vehicle

Aku tak tahu sama ada ia praktikal atau tak, tapi pada aku,
ianya berguna jugak. Sekurang-kurangnya untuk mereka yang
nak drive untuk pergi balik kerja je, yang maybe belum cukup
duit untuk beli kereta yang untuk 4 orang, or yang mana ngeri
nak bawak motor lalu di jalan-jalan besar...maybe boleh beli
personal car ni...

Tengok ni, comel kan :

no more gas personal vehicle

Aku nak warna hijau! Tengok ada sebijik je tu yg warna
hijau! Aku punya lah tu! Ngehehehe (n_n)


Weird Heels Design (O_o')


Hai tak pernah aku jumpa heels begini di kedai kasut... (-_-')


Comel ade hidung Teddy Bear
Bananana !

Euwww terpijak chewing gum pula...

hahaha, style kan :D
Rasa nak potong je 'lidah' ni (-_-')
Dah macam alat untuk mematahkan tapak kaki (-_-')
Apakah bentuk tumit dia macam tu...mengkarut sungguh !
Lady gaga mesti suka nih!
Okay, ini comel ! :D

Julian Hakes shoe fashion 03
Ini namanya Spiral Stilettos. Futuristik betul designnya!
Julian Hakes shoe fashion 02


Mojito

Sculpture shoes
Yang ini style, simple dan macam best betul lah kalau
dapat beli satu. Hahaha relax je ha gayanya :D
Siapa sangka benda ni heels kan? takde rupa langsung..hahah


Haa okay tu je, time kasih sudi singgah sini (n_n)




Tuesday, 8 April 2014

Idea Untuk DIY Wedding Photobooth Yang Sangat Jimat



Chewah~chewah~ semenjak dua menjak tiga menjak ni entry
aku ala-ala ke arah percintaan dan perkahwinan gitu~ Hahaha
Sekarang ni, masing-masing kahwin, rasa semua nak DIY je
kan...so, kali ni aku share beberapa idea untuk korang DIY
wedding photobooth korang dengan bajet yang sangat rendah, 
tetapi tetap lain dari yang lain :D

1. Buat Props Photobooth yang unik

Perlu diketahui, untuk buat Photobooth yang best, korang
kenalah jadi kreatif, fikirkan idea yang jarang diketengahkan
supaya hasil gambar nanti lebih menarik, dan yang paling
penting, membuatkan tetamu berasa excited nak bergambar
di Photobooth majlis anda. Barulah meriahhh kan ! :D Jom~



Ya, bertukarlah kalian semua menjadi bunga-bungaan (n_n)
Mana ade orang buat macam ni, jarang kan? Padahal benda
ni lah yang selalu dibuat masa tadika or sekolah rendah bila
ada persembahan. Eh, ke tadika aku je yang ada macam ni?

2. Belon



Dengan membeli belon-belon yang colorful macam ni pun
dah memadai dan boleh dibuat sendiri. Ini sangat boleh DIY
sendiri, isi dengan gas helium ke ape entah yang boleh buat
belon terapung tu. Even nampak macam cikai-cikai je, tapi
hasilnya bila dalam gambar nanti akan nampak sangat relax,
ceria dan gembira :D belon berapa ringgit je pun :D

3. Origami


Cantiknyaaaa kannnn ! Colorful lagi tu~ Siapa-siapa yang
reti buat origami tu, boleh lah run bisnes untuk buat origami
yang dah siap bergantung macam ni..boleh lah jual pada siapa-
siapa yang malas or tak reti nak buat origami macam ni :D
contoh jual kat aku ke nanti~haha..tengok gambar lagi :




4. Pintu lama

photobooth background idea

Ya, buruk kan kalau tengok macam tu je. Tapi pedulik
apa, sebab yang penting, bila ia di captured dalam gambar,
akan menghasilkan mood yang lain daripada lain berbanding
gambar anda yang hanya berlatarbelakangkan bunga-bunga
semata-mata.


Caranya, ambil lah kat kedai kayu ke, or pintu lama rumah
korang ke yang dah tak guna, mohon izin yang berkenaan sebelum
anda cabut pintu tu, haha dan cat lah. Pandai-pandailah nak hias
macam mana pun. Percaya pada diri sendiri yang anda mampu
untuk DIY ya :D

5. Reben






Reben ni, haaai tak payah nak cakap lah betapa murahnya
harga segulung reben ni..contoh segulung reben jenis yang
kain dia jarang tu harga dia Rm 3 (sebenarnya boleh dapat lagi
murah)...dan untuk buat background maybe guna dalam 6
gulung, depends lah....haa baru guna RM 18 untuk buat
Wedding Photobooth korang tu~~~~ Tersangatlah jimatnya!
Hasil pun cantik kan (n_n)

****************************************

Okay! Dah dapat idea dan boleh DIY kan? Tak perlu bayar
mahal-mahal untuk Photobooth ni sebenarnya. Even Photobooth
cantik berhias mahal-mahal, akan menyebabkan tetamu rasa
macam berhati-hati je nak ambil gambar. Kalau jenis macam
ni, tetamu akan rasa lebih relax dan santai nak ambil gambar.

barn wedding vt photobooth 07 Webster Barn Vermont Photobooth with DIY Light Background   Nancy & Zach

Dan jangan segan nak bagitau ia adalah hasil DIY anda.
Biarkan mereka cakap anda takde duit sebab DIY je..haha
itu memang mentaliti yang tak dapat dikikis. Kalau korang
nak tahu, orang Barat lagi dianggap bijak, jika sesuatu hasil
itu di-DIY sendiri dengan kos yang murah ! ;D

Btw, guna sapu tangan macam ni pun diorang layankan aje..
Haha, cuba korang bayangkan setiap sapu tangan tu diletak
mata warna hitam~ Hihihihihihi~~~ (okay, jadi citer hantu plak)

barn wedding vt photobooth 02 Webster Barn Vermont Photobooth with DIY Light Background   Nancy & Zach

Selamat mencuba~ terima kasih sudi singgah sini
\(n_n)/