Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Comic Review. Show all posts
Showing posts with label Comic Review. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

Review Komik 'Pasal Meow'


Salam.
Asal pergi 7E je mesti kebarangkalian nak terbeli komik tu tinggi. Menyampah! T_T


Ni komik baru aku. Terbeli pasal apa? Pasal Meow (karya Nishiki)...ya pasal meow, sesuai betul lah tu dengan tajuk komik tu sendiri. Hahaha..first expectation aku, bila ia cerita meow, so mestilah dalam tu banyak kartun-kartun meow yang comel-comel belaka kan? Hahaha~ tetapi aku silap...

Sebab buku ni mengisahkan seekor kucing (bernama Meow) yang entah macam mana mukanya boleh langsung tak comel. Hadoiyai~ cerita pertama je dah tunjuk dia kena buang dengan mak dia sebab muka dia lain..dalam erti kata lain, sebab muka Meow tu hodoh..(-_-')


Hahaha kesian Meow...so macam korang tengok dalam gambar tu, macam tu lah gaya penceritaan dalam komik ni. Kecewa sikit sebab komik ni guna ayat lengkap kat bawah dia, maksud aku...bila ia komik, patutnya gunalah konsep dialog kan? But it's okay lah sebab ayat-ayat lengkap tu menjadikan komik ni lambat habis jugak lah, but still just in a few hours. Hahaha~

 

Part sedih sikit... :p

Overall, kalau kita tertanya-tanya ke maaaaaneeeeeelah menghilangnya kucing peliharaan kita dua tiga hari tak balik rumah kan, better baca buku ni sebab mungkin anda akan jumpa jawapannya, sebab buku ni kira macam journal life si Meow tu. Ada banyak cerita pendek. Hehe :)


Okay tu je, selama membaca (n_n)

Sunday, 1 March 2015

Review TAMU SENJA (Dari Alam Angker Terbaru)


Salam.
Dah lama gila tak beli bahan bacaan. Jumaat lepas aku singgah 7E. Konon nak tengok-tengok je, sekali terpandang 'Dari Alam Angker' dah keluar siri baru, terus beli! Hahah :D


Komik kali ni nipis je, tapi dalam dia ada 20 cerita pendek. So, puas hati lah baca kan sebab ada banyak kisah. Harga dia pun skang dah genap-genap molek je Rm10. Mahal seyh. Entah dah kena GST ke apa entah. Selalu komik-komik paling tidak, harganya antara Rm7.50 - Rm9.50 camtu je. Haihh!

Tajuk 20 Cerita Dalam Komik ni adalah:

Dendam Kesumat - Puaka - Sampai Bila...? - Buli - Suami - Waktu Senja Semasa Bercuti - Langsuir Gunung Jerai - Ustaz - Hei, Mambang - Inat - Seri Dewi Malam - Kisah Mimpi Masa Kecil Dulu - Ada Jin Dalam Bilik Air! - Warung Kak Limah - Rupanya - Harapan - Melahap - Jengah - Abang - Bau

Komen tentang komik ini:

Aku memang suka karya Nizam Bachok ni. Sebab dia orang Melayu, jadi memang dia terapkan nilai-nilai agama, moral dan nilai-nilai murni dalam setiap karya dia, terutamanya dalam komik dia yang terbaru ni iaitu Tamu Senja. Lagi pulak certain cerita dia guna watak kanak-kanak. So, secara tak langsung dapat didik kanak-kanak untuk solat, berdoa dan rajin mengaji supaya hantu tak kacau diorang. Hahah! Kelakar tengok watak budak-budak dalam ni :p Hihi~ Inilah satu-satunya komik seram yang buat aku rasa tenang dan tak takut, sebab even ia pasal hantu, tapi kita masih diingatkan bahawa ada yang lebih berkuasa daripada hantu, iaitu Tuhan :)

Lagi satu yang menariknya si Nizam Bachok ni, cara dia olah dan twist cerita sampai cerita yang biasa pun jadi best, sebab dia pandang dan olah dari sudut yang berbeza. Antara cerita yang diolah dengan kreatif dalam 'Tamu Senja' ni adalah 'Sampai Bila...?' dan 'Melahap'.

Overall, 9/10 untuk 'Tamu Senja'. Novel seram yang santai dan menenangkan. Terbaik dan Tahniah kepada pengkaryanya :D


MUST BUY!!

P/s: Agak mahal lah kalau novel semua Rm10 :( Wuwuwu..sedih!

Thursday, 6 November 2014

Sedang 'Mental'... (FIXI Novel)


Salam..
Aku tahu ramai yang dah baca...tapi aku baru nak baca ni haa..


Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Maya, yang menjadi pembantu rumah pada sebuah keluarga yang macam ada menyimpan 1001 rahsia yang sampai sekarang (lebih separuh pages aku baca)...masih tak jelas apa yang sebenar-benarnya berlaku.

Tuan Jin : curang dengan isterinya

Puan Sierra (isteri Tuan Jin) : lagaknya macam seorang suri rumah yang baik, solat sentiasa, pandai memasak dan buat kerja2 rumah, tapi entah lah, dia macam ada sakit-sakit

Rashid : mengalami Body Integrity Identity Disorder (first time aku dengar). Budak ni asyik nak potong tangan kanan dia, sebab dia rasa, tu bukan tangan dia. Doktor kata, orang yang mengalami sakit ni suka kelar atau potong certain part of their body yang dia tak suka. Ngeri nya!

Rania : join choir dalam gereja dan macam nak jadi murtad

Raudhah : watak yang masih misteri

************************************

Tapi, aku macam dapat rasa...yang mental tu adalah Maya sendiri, bukan Tuan Jin, bukan isterinya, bukan juga Rashid, mahupun Rania. Maya yang mental. 

Nak tau betul ke tak, habis baca aku sambung citer pasal Mental ni :)

Monday, 1 September 2014

Review Komik Tentang Kucing (n_n)


Salam... :)
Akibat tertarik dengan banyak lukisan kucing dan style drawingnya, maka aku terbelilah komik ini..

Tajuk : Sembilan Belas Dua Puluh Satu (19, 21)
Pelukis : Zhena
(awalnya aku ingatkan ini karya Puppeteer, tapi rupa-rupanya bukan..haha)


Komik ni menceritakan bagaimana seorang pemuda berusia 19 tahun dan seorang gadis berusia 21 tahun yang ditemukan secara kebetulan kerana kucing-kucing liar.


Bagi yang memang cintakan kucing, memang akan rasa watak ni sama macam korang, sama macam aku yang memang sukakan kucing, even kucing-kucing jalanan sekalipun.


Dalam komik ni, dua orang watak itu belikan makanan hari-hari untuk geng kucing liar makan, suka main-main dengan geng kucing tu, suka ambil gambar kucing-kucing tu dan menangis serta emosional bila kucing yang kita sayang mati akibat kekejaman manusia.

Walaupun jalan ceritanya agak bosan sebab aayat puitis dia aku lambat pick up sikit, tapi komik ni tetap berbaloi sebab aku dapat tengok banyak lukisan kucing-kucing yang cute gila dalam komik ni tau! :D


Berkisar tentang pemuda 19 tahun ni yang sayang sangat dengan geng kucing jalanan dia ni, dan punya cita-cita besar untuk pastikan kucing-kucing liar ni hidup dengan lebih terjamin dan selamat.




Kucing jalanan kalau dia selesa dengan kita, hilang rasa takut dia tu, boleh jadi dia manja sangat dengan kita..hehe :)
Haa...even komik ni berkisar tentang kucing jalanan, ada terselit seekor kucing belaan yang menjadi kesayangan tuan dia. Ni lah dia meownya, si gemuk ni~~

Okay, tu lah dia review tentang komik Sembilan Belas Dua Puluh Satu ini...owh ya, semalam aku terbeli lagi bahan bacaan, tapi aku beli novel. Aku geram sebab nak pergi beli novel FIXI jauh daripada rumah aku, so aku just pergi Popular je untuk cari novel yang hantu-hantu / misteri / siasat-siasat...dan aku beli ini:

The Lost World (in BM)


Nanti aku review ya :D Thanx sudi singgah sini (n_n)


p/s : rindu seseorang sampai tak terkira berapa peratusnya...berjuta-juta lemon kot? Harap beliau dapat merasa kerinduan aku ni~ hahaha (n_n)