Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Bantal Handmade. Show all posts
Showing posts with label Bantal Handmade. Show all posts

Tuesday, 30 June 2015

Hummy Lovey Pernah Di-offer Masuk Rancangan TV

Salam.
Hari ni last day bulan Jun 2015. Esok pula dah 1 July. Cepatnya masa berlalu, kan? Dan esok juga adalah bulan ulangtahun kedai craft aku buat kali yang ke berapa ya...lupa pulak...mula dulu tahun 2012...so skang dah dekat 3 tahun. Alhamdulillah (n_n)


Seronok rasanya bila ingat balik masa mula-mula menjahit dekat hostel dulu. Belajar jahit insang pari dengan roomate. Sangat tenang menjahit kat bilik di tingkat 4 sambil buka pintu. Jahit sambil baring pun seronok sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Produk craft aku masa mula-mula dulu hanyalah button,

Keychain yang kasihan...sebab tali dia guna benang je, hahah :D

dan hand bangle ini...

Ingat lagi masa aku first time dapat customer, kemain gembiranya aku bercerita dengan pakwe aku yang dah pun selamat menjadi tunang aku skang nih. Gigih lah dia dengar cerita, sebab masa tu setiap kali dapat customer pun aku mesti nak excited. Hahah :p

Masa tu dah nak habis degree, so bila dah habis degree, dekat setahun aku tak kerja. Memanglah sedih sebab area tempat aku susah nak cari job graphic designer, tapi takpelah sebab dalam masa yang sama, aku boleh kembangkan sikit-sikit craft aku ni. Dan lepas tu lah terhasilnya idea untuk buat bantal craft.

Ini adalah antara design terawal bantal handmade yang aku buat:




Dulu aku jual memang murah, sebab semua aku tampal je guna gam. Hahaha, dasar pemalas! Tapi okaylah kan, sebab tu murah. Skang nak murah, aku memang tak dapat bagilah, maaf sesangat. Sebab hampir 99% akan aku jahit satu-persatu demi kualiti bantal tu sendiri. So takdelah masa customer peluk-peluk bantal, tetiba tercabut huruf. Hahah..


Zaman kegemilangan aku adalah bila aku berjaya menyiapkan bantal-bantal yang aku kategorikan sebagai gila mencabar seperti ini...




Alhamdulillah, syukur sangat sebab daripada buat craft ni, banyak memberi duit sampingan kepada aku selama 3 tahun ni. Sangat-sangat membantu. Tapi bila aku cakap sebulan aku dapat Rm200++ je daripada menjahit ni, orang tak percaya. Hahah, sebab sikit sangat katanya..:p

Pernah sekali masuk majalah Ratu Sehari...hahaha sekali je tau..itupun dah happy gila! Boleh tengok sini untuk lihat gambar. Pernah juga dioffer masuk rancangan TV. Tak ingat rancangan apa dan channel apa. Dapat call, dorang cakap nak exposedkan Hummy Lovey. Diorang minta aku rekod sendiri video dalam 2 minit, edit sikit dan hantar pada diorang.

Aku fikir-fikir, deadline tinggal lagi seminggu plus laptop aku baru lepas format. Takde langsung software untuk edit video, even Movie Maker pun takde gamaknya. Dah tu, nak rekod ape entah sebab pillow readymade memang takde masa tu. Takkan nak rekod muka aku bercakap-cakap ala-ala pengacara Nona? Hahaha memang tak ah! So, aku assume itu bukan rezeki aku. Plus, malas nak buat pun ade. Kah3..(n_n)

Okay aku tak tahu, apesal tetiba mukadimah jadi panjang gila. Mungkin sebab nak mengenang semula kot? Hahaha..btw, Alhamdulillah...untuk 3 tahun ni, even aku tak promosi sangat pun, pagelike FB Hummy Lovey dah ada seribu lebih Like...terima kasih sangat-sangat.

Pada korang yang nak stalk hasil craft aku, bolehlah klik sini.


P/s: Terima kasih pada yang menyokong dengan ikhlas (n_n) Semoga anda juga dimurahkan rezeki :D Aminn~

Tuesday, 10 March 2015

Bantal Felt ReadyMade Untuk Dijual (n_n)


Salam.
Sekarang ni, supplier aku masih belum restock lagi kain-kain felt mereka, menyebabkan bekalan felt aku kehabisan. So, dalam masa tu, aku guna kain-kain yang belum digunakan lagi untuk buat beberapa bijik bantal felt readymade ini.


Kalau ada yang berkenan, boleh email aku di lynndamya@yahoo.com untuk booked mana yang korang nak ya. Kalau beli dua, dapat diskaun. Hehe okay itu saje (n_n)

Setakat ni, semua masih Avalaible

*Harga belum termasuk postage Rm6


Monday, 9 March 2015

Tempah Bantal Handmade Felt Murah dan Cantik


Salam.
Ya! Hummy Lovey dah buka semula untuk terima tempahan untuk bulan April dan May 2015 (n_n)


Jadi, pada anda yang memang tengah tercari-cari barang best untuk dibuat hadiah or perhiasan masa majlis tunang / kahwin / birthday / anniversary atau apa saja majlis, boleh lah cuci mata dulu ya, kot-kot ada yang berkenan di hati~ Hehehe

Bantal Birthday Handmade
Rm 45

Rm 50

Rm 45

Rm 45

Bantal Couple Handmade (miko-miko)

Rm 55

Rm 55

Bantal Miko-miko ni adalah bantal karakter yang sangat sesuai digunakan masa photoshoot wedding or pre-wedding anda sebab ia boleh menonjolkan unsur-unsur kecomelan yang melampau kerana mereka ada tangan cenonet yang comel. Hahah!



Bantal Karakter Ganas Untuk Lelaki
Rm 50 / karakter


Rawwrrrr!! Ganas kan?? Hahaha~ okay tu je lah. Dah nak balik kerja ni. So, kalau berminat nak tempah, bolehlah email aku di lynndamya@yahoo.com. Terima kasih (n_n)


P/s: Harap maklum, semua harga produk belum termasuk postage Rm6++

Tuesday, 6 January 2015

'Comelkan' Perkahwinan Anda Dengan Ini :D


Salam \(n_n)/
Ya...jika anda sedang mencari barang hiasan yang kreatif dan unik untuk dijadikan props tambahan di pelamin anda, atau di photobooth barangkali, atau di bilik tidur, atau di mana-mana saja bahkan untuk dijadikan hantaran sekalipun boleh, jom...saya cadangkan anda dan pasangan menempah bantal couple handmade yang ekslusif ini!!



Mohon jangan terkeliru dengan bantal couple yg dinamakan dengan 'Cutebox' ini, ia adalah bantal, bukannya kotak. Nama Cutebox itu dipilih sebab bantal yang berkarakterkan kartun comel ini berbentuk petak 4 segi tepat. Hehe :)

 

Untuk satu set, anda akan dapat sepasang Cutebox iaitu satu Groom (pengantin lelaki) dan satu Bride (pengantin perempuan). Anda boleh customise nama dan warnanya mengikut tema warna wedding anda nanti.



'Cutebox' dijahit dengan sangat teliti kerana setiap sambungan memerlukan penyambungan yang kukuh supaya tak tercabut. Perincian pada 'bride' ditekankan pada bahagian pergelangan baju dan 'handbouquet'nya.

Saiz bantal couple 'Cutebox' ini adalah 11x16.5inchi, lihat gambar di bawah, ya..ada aku yang tengah control pernafasan di situ, menyibuk je~ :p


Itulah saiz bantal Cutebox bila ia siap nanti :)

Itu kalau tema ala-ala Barat, kalau anda lebih gemarkan tema yang Islamik pun, insyaAllah saya boleh buatkan, macam ni...



Bantal couple kahwin bertemakan Islamik. Perbezaannya memang 100% kepada Groom sahaja, daripada memakai kot, saya ubah dia agar memakai jubah. 



Dan untuk menambahkan serinya, saya cuba bereksperimentasi dengan glitter material, dan hasilnya...sangat sesuai untuk wedding! Cuma dalam gambar, kurang nampak kilat-kilat mak jemah dia tu. Hehe :p



Owh lagi satu, customer selalu order set Cutebox dengan sebijik lagi bantal yang ada love-love dan tulisan, seperti ini :





Saya pun tak tahu kenapa, padahal ia bukannya set. Hahaha :p Jadi, pada yang berminat nak tempah, boleh lah tengok harganya dulu ni ya :

Cutebox Set : Rm 165.00
*Tidak termasuk postage Rm6
*Anda akan dapat satu 'Groom' & satu 'Bride'

Bantal petak tambahan : Rm 40 - Rm 50
*Boleh pilih nak glitter atau tidak

Okay, kalau cukup bajet dan berminat nak tempah, bolehlah PM saya di FB 'Hummy Lovey' (Klik).  And sorry, saya takde whatsapp tau. Ngehehe :p Okay tu saje, terima kasih sudi singgah.

p/s : hahah..sopannya entry aku kali ni, ber'saya-saya' gitu...

Tuesday, 14 October 2014

Baby Stroller Pillow Yang Mencabar Minda!


Salam!
Urghhh stress aku malam tadi, lepas maghrib begitu berkobar aku nak siapkan bantal baru aku. Kali ni, customer aku tu order pillow konsep kereta sorong bayi (baby stroller) ala-ala yang macam ni :


Dia nak color theme tu pastel, tapi nak ada striking-striking color jugak. Lepas tu dia suka warna merah, dan suruh aku apply kan jugak warna merah tu. Lepas tu, bantal ni dia nak guna untuk universal, means boleh untuk baby boy dan baby girl. Itu yang aku poning nak matchkan color, sebab aku tak boleh nak guna banyak sangat warna pink, supaya bantal tu tak terlalu nampak gegerl~ Warna pink sangat membantu men'sweet'kan bantal aku tau..haha

Dan semalam, dekat 1 jam lebih aku duk mix and matchkan color-color..ya Allahhhhh...punyalah payah...

Kena buat design bantal baby stroller
Lepas 1 jam, aku still stuck dekat 'mangkuk' baby stroller tu haa..sebab aku jenis buat something, aku akan imagine dulu secara overall macam mana gayanya bila dah siap nanti. So, lama gila aku try matching2 kan warna semalam T_T asyik tak kena je..berapa banyak cebisan felt dah aku korbankan..wuwu

Sehinggalah akhirnya, petunjuk dan Hidayah Allah dah sampai kat aku, maka dapatlah aku menghasilkan kombinasi warna yang macam ini...hadoi~ 

Alhamdulillah, idea datang malam tadi jugak, kalau tak, memang aku merajuk dan masuk dalam selimut, tidur! Merajuk dengan siapa entah? Haha :p

Tapi..........bilik aku punyalahh bersepahhhh...

Semua warna kain aku bukak untuk matchingkan color, untuk tengok okay ke tidak..bersepah gila T_T stress nak lipat balik semua, dan susun satu2...uhuk2..

Apapun, aku berharap, design ini menepati citarasa customer aku tu..harganya Rm 65...just in case kalau dia tak berkenan dan paksa aku buat yang lain, terpaksalah T_T...terpaksalah aku jual kat orang lain...ade yang berkenan??

Harap-harap customer tu okay dengan design ni. Hahaha..sebab asalnya, dia nak pillow yg terus bentuk baby stroller tu..aku buat-buat sekali akhirnya, jadik camni pulak..pelik bin ajaib sungguh...:p

P/s : Order tutup sampai awal November. Harap Maklum (n_n)



Friday, 29 August 2014

Quick Updates! Latest Pillow Design :D


Salam... :D


Yaa...aku dah jarang betul update pasal bantal handmade aku kat blog sekarang ni. Kemalasan melanda-landa u'olls~~ So, ini quick updates tentang design-design dan hasil bantal handmade aku yang dah aku buat selama sebelum raya tahun ni. Jom tengok :D

1. 'Meow' what you're like!

2nd Batch Meow (harga bermula daripada Rm 50)

Meow jenis ini, anda boleh request meow tu nak pegang apa. Kalau yang ini, boyfriend customer tu suka something yang macam bertukang-tukang dan bengkel macam tu, so beliau request meow tu pegang something yang ada kena-mengena dengan minat boyfriend dia tu. Jadi, aku suggest lah meow pegang toolbox dan barang-barang tersebut. Itulah hasilnya :D

2. Two is better than One

Doublelove Pillow (Rm 90)


3. Give them the REAL PRESENT !!

 
Present Box Pillow (Rm 55)

4. Baju baru untuk Miko-miko :D

Wedding Miko-miko (harga berbeza mengikut dress miko-miko)
Haaa okay tu je aku rasa..lain semua design yang dah sedia ada dalam album aku. Okay selamat menyambut hari kemerdekaan ya :D Kalau berminat nak cuci mata lagi, boleh lah terjah Facebook online business saya di :


p/s : Cuti 2 hari :)

Wednesday, 29 January 2014

#2 Bantal Felt Handmade (TEMA KUNING)


Salam. Bantal handmade yang diperbuat daripada felt kini memang sangat
trendy dan popular dijadikan sebagai bantal hiasan, bantal peluk-peluk dan
sangat-sangat sesuai dijadikan hadiah untuk apa-apa saja majlis. Jom, tengok
bantal-bantal handmade daripada Hummy Lovey, entry kali ni aku nak share
bantal handmade yang berwarna kuning saja, hehe :

 









Okay, itu saja. Semua gambar dan design di atas adalah milik Hummy Lovey
sepenuhnya. Berminat nak order, boleh pm aku di Sini

Terima Kasih (n_n)