Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Tutorial Photoshop. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Photoshop. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Cara Edit Tulisan di Adobe Photoshop


Salam :D


Okay, ini entry tentang tutorial adobe Photoshop ya :)
Berkenaan text and wording. Dalam tutorial kali ni, anda akan belajar :

1. Macam mana nak buat stroke / outline pada tulisan?
2. Macam mana nak buat warna tulisan jadi gradient (bertona)?
3. Macam mana nak letak bayang-bayang (shadow) pada tulisan?

Bila bukak Photoshop, pastikan terdapat 3 table yang utama telah 'dikeluarkan' dan terpapar di skrin iaitu Table Tools, Table Layer dan Table Characters. Kalau takde, sila :

Lihat pada Top Bar ---> click Window ---> Select 3 table tersebut

Cara 'menulis' di Photoshop adalah :-

i. Click File (Top Bar) --> New --> Select 'T' (Tools Table) dan click pada 'canvas' korang dan boleh lah menulis. Adjust jenis tulisan, saiz dan warna tulisan mengikut citarasa anda di Character Table :

Inilah rupa character table
*******************************************

Dah siap tulis, okay, sekarang kita akan hias tulisan tersebut dengan menggunakan 'Layer Style' :)

1. Macam mana nak buat stroke / outline (garisan luar) pada tulisan?


Lihat pada 'Layer Table' :


dan akan muncul table 'Layer Style' seperti ini :

Okay inilah rupa layer style, yang mana kat sini bermacam-macam jenis gaya utk anda 'cantikkan' tulisan anda tadi tu. Mula-mula aku ajar buat stroke tulisan dulu okay...ikut je macam apa yang aku dah noted kan kat gambar tu :) bahagian size tu, lagi besar nombor, lagi tebal lah garisan luar tulisan tu. Korang boleh tick kat kotak preview tu untuk lihat hasilnya, so dah confirm click OK.
Jadi kan?? (n_n)


2. Macam mana nak buat warna tulisan jadi gradient (bertona)?


Okay ulang langkah macam tadi, klik 2x pada layer text (di Layer Table) sampai keluar table 'Layer Style', cuma kali ini, select Gradient Overlay:

Macam biasa, tick kotak preview dan OK bila dah rasa okay ya
Haa..jadi tak?? (n_n)

3. Macam mana nak letak bayang-bayang (shadow) pada tulisan?


Ulang langkah macam tadi, klik 2x pada layer text (di Layer Table) sampai keluar table 'Layer Style', dan kali ini, select Drop Shadow :

Adjust mengikut citarasa anda ya, Angle: adjust arah shadow, Distance : adjust jarak shadow dengan tulisan, Spread : adjust berapa banyak sebaran shadow dan Size : adjust saiz shadow. Dah siap, klik OK

Haa jadi tak?? :)

Kalau jadi, tahniah, kalau stuck, boleh tanya aku dan bagitau korang stuck kat mana ya..:) Okay, next kalau aku tak busy, aku buat tutorial untuk letak gambar pada tulisan macam ni :


Okay itu saje, semoga bermanfaat untuk mereka yang baru-baru berkenalan dengan Adobe Photoshop yang ala-ala segan nak bertanya tentang ilmu-ilmu basic Photoshop. Hehe :) Bye~

P/s : kenapa aku guna 'donut' ek? sebab lapar kot? Hmm~


Wednesday, 2 July 2014

Tutorial Cara Cropping Guna Photoshop dengan kemas


Salam okay, entry ni pulak khas untuk Kak Eima, semalam beliau tanya aku macam mana nak crop (cut out) sesuatu image daripada satu gambar ni, untuk ditempekkan pula ke atas gambar yang lain?

So, ini tutorialnya ya, harap masih sempat membantu kau kak..hehe. Oleh kerana ni bulan puasa, maka aku ambil contoh gambar ketupat. Kononnya, aku nak crop (cut out) gambar ketupat ni sahaja:



untuk ditempekkan ke atas wallpaper dibawah ni :



OK! Jom tengok step-stepnya :

1. Open gambar ketupat tu masuk dalam Adobe Photoshop.

2. Klik tools 'Pen Tool'

3. i. Klik titik permulaan menggunakan 'Pen Tool' dan buat titik-titik seterusnya..
(titik-titik tersebut haruslah betul-betul di bahagian tepi atau outline objek yang kita nak cut out tu)

ii. jika terdapat permukaan melengkung, anda perlu membuat titik dan jangan lepaskan mouse...(saat anda tengah klik lama tu, gerak-gerakkan cursor supaya garisan titik tu boleh dibentuk melengkung ikut bentuk objek yang kita nak cut out tu, bila dah okay, baru lepaskan mouse) :



sekarang, lihat pada nombor 3, terdapat lebihan garisan yang perlu dipotong...



iii. untuk potong lebihan garis tersebut, tekan ALT di keyboard, dan gerakkan cursor betul-betul pada titik ketiga tersebut, jika muncul tanda seperti tiga segi ini : ^ di cursor anda, baru klik. 



Okay, lepas tu, teruskan lah buat titik-titik sambungan berkenaan, kalau tepi objek tu lurus, just buat titik macam biasa, kalau melengkung, ulangi langkah 3 ii. dan iii. Teruskan buat titik sehinggalah anda kembali kepada titik pertama tadi :


saat ini, kalau anda gerakkan cursor untuk sambung titik terakhir kepada titik pertama, anda akan lihat muncul tanda bulat kecik di cursor anda. Haa..kalau dah muncul macam tu bermaksud ia betul-betul tepat di penghujung, so klik titik pertama tu ya.

Sekarang, objek ketupat telah siap di buat titik-titik sepenuhnya kat sekeliling dia.

4. Right click atas objek yang kita nak cut out tu (ketupat) dan pilih 'Make Selection' :



5. Lepas tu akan keluar table macam di bawah ni. Set kan macam bawah ni, dan 'OK'


Sedikit info mengenai selection ini, semakin besar nilai Feather Radius, semakin blur bahagian tepi objek berkenaan. So, kalau nak objek tu dipotong rata, letak 0 atau 1 ya :)

*objek yang kita nak cut out tu akan dikelilingi oleh satu garisan putus-putus yang macam bergerak-gerak. So, lepas ni dah boleh tarik untuk ditempekkan ke atas Wallpaper hijau tadi, tapi pastikan Wallpaper hijau tu dah di-open ke dalam Photoshop ya.

6. Klik 'Move Tool'

7. Tarik ketupat dan tempekkan atas wallpaper hijau tadi.
(Klik pada ketupat, jangan lepas mouse sehingga anda dah letak ketupat tu atas wallpaper hijau tersebut)

Siap!



Haa faham tak? Harap dapat membantu sesiapa yang masih tertanya-tanya how to crop gambar di Adobe Photoshop dengan kemas dan teliti berbanding guna 'Magic Wind Tool' atau guna 'Eraser Tool' semata. So, ini memang cara crop secara professional yang mana ia sangat memerlukan ketabahan dan ketekunan. So, selamat mencuba ya! ;)

Okay tu je, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

p/s: okay ke tutorial aku ni? Mudah faham or tak? Aku dah cuba sebaik mungkin dah ni..haha :p

Sunday, 2 October 2011

Tutorial : Edit gambar anda jadi vintage

okay, mula-mula korang amek pic ni dulu ok...

 dah amek? ok, skang bukak Adobe Photoshop...pilih lah mana2 pic untuk korang 'vintage'kan jap lagi... lepas tu tarik je bawak masuk dalam photoshop...untuk editing kali ni, aku guna pic Elfira Loy, kenapa? sebab muka dia sesuai untuk diklasikkan...dan lagi satu sebab dia cantik..hehe..ok jom2 kite belajar...

Tadaaa~~ dapat tak macam ni :

tapi maaflah pic ni blur sket, resolution rendah lah..

ni contoh lain...dan lagi satu, background yg aku bagi korang amek td tu korang leh jugak guna background lain yg sesuai untuk tema vintage ni...dan aku dgn baik hatinya, bagi korang beberapa image background kat sini...so, korang try lah edit guna background2 ni ok, hasilnye mesti lain-lain..hehe...jadi selamat mencuba !

okay, selamat mencuba...ni first time aku buat tutorial...jadi, aku xtau kalau korang faham ke tak tutorial aku ni, harap korang leh komen, supaya next time...tutorial aku akan lebih mudah difahami...TQ readers.. :)