Salam.
Ini entry kedua yang aku tulis berkenaan DIY Pelamin sendiri selepas entry pertama ini. Aku rasa masing-masing mesti ada bakat terpendam ataupun impian untuk buat sendiri pelamin korang kan? Tapi, rata-ratanya tak tahu apa yang diperlukan dan apa jadah nama khas bagi barang-barang yang diperlukan untuk buat pelamin pun tak tahu. Jadi, dalam entry ni aku akan kongsikan sesuatu yang penting agar korang boleh DIY pelamin ala-ala professional gitu~
1. Kenali Set Jet Pelamin
-Set Jet ni boleh didapati dalam bentuk besi / kayu
-Berfungsi sebagai stand untuk gantung langsir background
-Ketinggiannya boleh di-adjust ikut kesesuaian
-Boleh didapati dalam pelbagai saiz lebar dan ketinggian
-Contoh pelamin yang guna set jet untuk gantung background:
-Set Pergola ni boleh didapati dalam bentuk besi / kayu / plastik
-Berfungsi sebagai 3D stand untuk gantung langsir atau apa saja decoration yang bersesuaian.
-Ketinggiannya boleh di-adjust ikut kesesuaian
-Boleh didapati dalam pelbagai saiz lebar dan ketinggian
-Pergola boleh dilipat-lipat, so boleh masuk dalam kereta.
-Contoh pelamin yang guna pergola untuk dekorasi pelamin:
-Selain Pergola 4 Segi macam ni, ada juga pergola berbentuk kubah / dome seperti ini:
So, itulah dia dua benda yang penting sebenarnya kalau anda nak DIY Pelamin sendiri. Lain-lain barang, termasuk jet set / pergola ni, korang boleh try sewa dekat butik-butik pengantin, tak pun yang mana duk area Sg. Besi, KL...bolehlah sewa kat link SINI. Banyak gila pilihan untuk memenuhi impian dan citarasa pelamin tunang / perkahwinan anda.
Selamat ber-DIY (n_n)