Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label baju ZALORA. Show all posts
Showing posts with label baju ZALORA. Show all posts

Saturday, 9 July 2016

Happening Raya di Gopeng

Salam (n_n)


Hoho~ tahun ni first time aku beraya kat kampung suami di Gopeng, Ipoh. Meriah dan happening tak terkata tau! Aku pun tetiba hilang rasa segan, entah camana boleh blend dengan sedara-mara belah suami dengan cemerlang sekali! Hahahaha~

Banyak gila aktiviti masa raye kat sana, sampai-sampai je, kena kemas rumah lah dulu...

Malam pulak, ada macam berbuka ramai-ramai kat rumah Uci (nenek/opah). Sekali dengan sambut birthday sorang anak buah ni ha...berderet diorang makan sesama dengan pakai topi memasing..dah macam ahli sihir kenit dah aku tengok~ Hahah

Esok malam iaitu last berbuka puasa pun kami berbuka kat rumah uci, tu yang malam raya tu meriah temankan anak-anak buah dan anak sedara main bunga api...seronok betul ramai bebudak kat belah Gopeng ni, hihi (n_n)

Memang penat gila~ budak baju pink yang bulat tu beria nak naik beskal tapi tak reti kayuh. Tak nak 'merangkak' pulak aku tolakkan beliau ke hulu- ke hilir. Tak nak berhenti main pulak tu, nak tercabut tulang sebab penat gila, hahah (T_T)

Dah penat main dengan diorang, aku lari pergi umah kak sedara sorang ni, saje nak tolong dia buat brownies kedut. Datang jugak si kenit-kenit tu mengacau, hahadoi :D

Sampai je dapur, masing-masing dah 'wahh, coklat! wahh coklat!'. Pastu memasing nak tengok aku kacau periuk macam nak masuk sekali dalam periuk tu. Lawak betul bebudak ni :p

Dan tibalah keesokan harinya, iaitu HARI RAYE!! Yeayyyy!!!

Dan kami sedondon berwarna sehijau warna daun!!!



Sangat meriah dan seronok dapat beraya di Gopeng belah suami. Dan esoknya iaitu raya kedua, aku dan suami bertolak pulak pergi ke Jb, balik kampung aku pulak lah kan~ 


Hahaha...ni rombongan cik kiah yang hantar kitorang kat stesen ketapi. Naik ketapi dowh, first time in my life. Memang best! Haha nanti aku cerita ye...so tu saje cerita hari raya aku di Gopeng, Ipoh. Thanx sudi baca dan selamat hari raya untuk korang, maaf zahir dan batin ya.. (n_n)

P/s: baju aku dengan suami ala-ala warna kusyen kat rumah Uci. So penyamaran kitorang berjaya bila duduk berdua di kusyen tersebut :p

Thursday, 8 October 2015

Beli Kurung Moden Hitam Putih Cantik & Murah

Salam!


Wahh sungguh teruja aku nak update entry koleksi terbaru kurung moden daripada butik Gene Martino ni :D Menarik tau sebab most of them guna color block black and white. Jom kita tengok lagi!
(Rm129) Beli di sini (Klik)

(Rm129) Kiri beli di sini (Klik) - Kanan beli di sini (Klik)

Haa...baju bercorak memanjang ke bawah macam ni sangat sesuai tau untuk orang yang chubby atau mereka yang rendah, sebab ia akan beri ilusi 'tinggi' kepada si pemakai!
(Rm129) Kiri beli di sini (Klik) - Kanan beli di sini (Klik)

Owh ye, untuk pattern geometri black and white ni juga didatangkan dalam bentuk jubah, kot korang berminat, boleh lah ushar jubah-jubah / dress kat bawah ni ye..


Untuk tengok banyak lagi koleksi kurung moden dan jubah daripada Gene Martino yang cantik dan murah, bolehlah klik SINI ya..(n_n) dan beli dengan menggunakan kod diskaun iaitu: ZBAPpgb

P/s: suka baju hitam putih camni, terasa nak beliiii pulaaa...hahaha

Wednesday, 5 August 2015

Shopping @ Zalora Kali Ke-7

Salam.
Ya!!!! Aku pun tak sangka dah banyak kali aku beli barang kat Zalora ni rupanya. Kira-kira balik, dah 7 kali rupanya. Hahaha..so, apa yang membuatkan aku suka gila bershopping di Zalora ni ek?

1. Laman web yang mesra pengguna



2. Staff Yang Pantas & Mesra Pelanggan
Sistem Inquiry dia sangat-sangat bagus. Aku pernah email bagitau urgent nak cancel order, sebab aku order dan COD, tapi tiba-tiba macam tak jadi nak beli. Tu yang kena cancel urgent, takut esok dah sampai.
Then, tak sampai 5 minit. Aku tak jadi nak cancel. Aku email lagi untuk bagitau abaikan Inquiry aku sebelum ni. Aku harap order aku tak dicancel. Banyak songeh kan aku. Hahaha~
Esok pagi, staff Zalora reply email bagitau yang dia go on order aku dan takde pape yang akan di cancel, macam yang aku request. Esoknya barang pun sampai. Bestnyaaa!!

3. Kualiti Sama
Macam mana yang kita tengok dalam gambar, macam itulah rupa dia bila kita dapat. Setakat ni aku sangat-sangat berpuas hati dengan kualiti dan keadaan barang yang aku beli di Zalora :D

4. Cara Return & Refund Yang Mudah!
Serius Zalora adalah syarikat yang telus. Setiap kali kita order barang, parcel akan sampai dengan satu sampul pos laju yang belum digunakan + slip pos laju lengkap dengan alamat dan no.fon pihak Zalora + Borang Return & Refund Item.

Sangat-sangat mudah untuk pulangkan item just in case kalau kita salah size, tak suka atau item rosak (ini jarang berlaku). Means kalau kita nak pulang, isi form, masuk barang dalam sampul pos laju, letak slip, dan pos. DONE!! 30 Days Return Guarantee!

********************************************

Sebab tu lah aku suka shopping di Zalora. Ini pembelian aku kali yang ke-7. Kualiti tip-top, Alhamdulillah (n_n)


Ini jubah unik yang aku beli di Zalora
Ini baju tunang, juga beli di Zalora
Ini Kod Diskaun Zalora untuk korang yang 1st time nak shopping kat Zalora

Next entry, aku nak cerita pengalaman aku shopping dekat satu online store ni. Harga murah dan delivery pantas gila! Cuma satu je, cara untuk return & refund item menyusahkan. Dekat web dia langsung takde letak alamat, even dekat bahagian Contact Us. Jahat tau! Susah aku nak return barang hari tu. Nanti aku citer. Bye and thanx sudi baca (n_n)

P/s: hati-hati beli barang on9, takut ada yang menipu. Hehe

Wednesday, 17 June 2015

Kempunan Baju Ni.....

Salam.
Cuak gila search kat Zalora tadi cari baju ni, tapi tak jumpa!!!


Pelik sebab tak muncul langsung baju ni, then bila type secara details maklumat tentang baju ni, laaa haaiiii....


Dah closed rupa-rupanya. And patutlah aku tak beli hari tu, pre-order items T_T wuwuwuw...sedeyyy! Apapun, koleksi baju design Nurita Harith ni memang menarik minat aku, sebab ia bagaikan corak watercolor yang abstract!! Nyum~nyum~



Apapun, ia sudah ditutup. Jadi, jangan bersedih ye Lynn. Hahaha~ 

P/s: Selamat berpuasa semua (n_n)


Wednesday, 10 June 2015

Baju Kurung Moden 2015 ZALORA


Salam!
Aku rasa ramai yang dah tercari-cari baju raya untuk tahun ni kan? Bagi mereka yang gemar beli baju kurung yang dah siap, plus suka beli secara online, mari aku tunjukkan few design baju kurung moden yang dijual di Zalora untuk raya tahun 2015 ini.

*bagi siapa-siapa yang nak Special Kod Diskaun Zalora, sila scroll entry ini sampai habis ya, kod tu boleh 'memurahkan' lagi harga-harga baju di bawah ni~ Hehehe :D 

Brand: Gene Martino
Range Price : Rm100 - Rm150

Keunikan: Lace dengan warna yang lembut dibahagian hadapan
RM 119.00
(Polyester - Relaxed Fit - Grey/Pink)

Keunikan: Lipatan Kain yang beralun seperti renda, dan riben di bahagian belakang baju
RM 139.00
(Polyester - Relaxed Fit - Red/Black)

Keunikan: Lace di bahagian depan baju dibuat dengan glittering fabric yang membuatkan ia menonjol walaupun simple. Sesuai guna untuk bertunang.
RM 139.00
(Polyester - Relaxed Fit - Grey)

Keunikan: Lace di bahagian depan baju dibuat dengan glittering fabric yang membuatkan ia menonjol walaupun simple. Sesuai dijadikan baju pengantin.
RM 139.00
(Polyester - Relaxed Fit - Green)

Keunikan: Dah tentunya pada design bertingkat tersebut! Hehe
RM 119.00
(Polyester - Relaxed Fit - Purple)

So, itulah antara baju kurung moden yang simple tetapi tetap menonjol rekaannya pada beberapa bahagian. Sesetengahnya pulak guna fabric berkilat yang menjadikan baju tersebut sangatlah sesuai dijadikan baju tunang, baju kahwin atau baju dinner.

Haaa okay! Seperti yang dijanjikan, inilah kod diskaun untuk anda yang sudi baca entry ni sampai habis!


Kod ni bukan je korang boleh guna untuk beli baju-baju kurung cantik kat atas tu, tapi jugak boleh guna untuk beli hampir 90% item di laman web Zalora tu :D

So, kalau nak tengok tutorial dan syarat-syarat nak guna kod ni, sila lah klik Nak Guna Kod Diskaun. Terima kasih sudi singgah!

P/s: rasa nak beli jugak je baju-baju ni..hahaha

Thursday, 7 May 2015

Koleksi Baju Raya Jovian Mandagie 2015 Dah Publish di ZALORA !!


Salam!!!
Ahakz! Ahakz! Inilah yang aku tunggu-tunggu selama ni!! Koleksi raya daripada Jovian Mandagie untuk raya kali ni! Phew~ sangat tidak mengecewakan. Di saat fashion designer lain masihlahh guna konsep laces / color block / split sebelah lain-sebelah lain...Jovian Mandagie tetiba muncul dengan design baju yang aku rasa unik dan FRESH GILAA!!! Memang tak mengecewakannn!!


Satu yang best kalau kita tengok koleksi baju daripada fashion designer yang bagus, kita dapat lihat signature atau inspirasi dia pada semua design baju dalam koleksi tertentu dia. Contoh macam koleksi ARTDECO Jovian Mandagie ni, sekali pandang je dah dapat feel aku berada dekat gurun dan piramid. Sebab konsep koleksi beliau kali ni guna fabric berkilat dengan warna emas dan corak geometri dia ala-ala kepala Sphinx tu ha..very nice concept. Tak tahu pulak bila tepek atas baju jadi lawa. Hahah :D

Jom tengok antara design baju yang aku minat untuk koleksi ARTDECO beliau nih :D

Suka gila yang hitam ni boleh takkk!!! Urghhh!!



Okay, tiga-tiga ni aku suka. Sukaaaaaa sangat!! Hahaha bajet cakap camni ade orang nak belikan lah kan..haha okay tu saje. Thanx sudi singgah sini (n_n)

P/s : aku ni suka citer pasal baju raya, kan? Hahaha


Monday, 30 March 2015

E-day's Throwback : Kat Mana Beli Baju Tunang??


Salam :D


Kat mana aku beli baju tunang aku?? Mestilah di ZALORA :D Butik favourite aku tu~ Hihi..actually tak rancang pun nak beli baju tunang, sebab aku nak recycle je baju-baju raya yang aku ada before ni. Hari tu pun aku sesaje je nak cuci mata kat Zalora...tapi tiba-tiba terpandang si merah jambu ini....


Wuuuuu cantiknyaaaaa!! Oleh kerana hanya ada aku dan kawan aku sorang je dalam ofiz, maka aku pun slumber ber-mini histeria depan pc sebab aku rasa dress tu cantik gila! Aku suka bahagian bawah kain tu ada lace-lace macam tu. Sukaaaaa...tapi regenye mahal sangat dekat Rm300 :'( so aku tak beli lagi masa tu...cari baju lain.

Few days lepas tu, aku ushar lagi baju kat ZALORA, and guess what masa tu dress-dress bawah kategori 'ZALORA Market Place' tengah sale sehingga 70% - 90% macam tu. Aku pun apa lagi!! Terus tengok dress pink idaman kalbu aku tu. Tengok harga dia turun daripada Rm 279 sampai Rm 190. Banyak gila dia turun! Tapi still tetap mahal. Then, aku terperasan banner iklan kat atas webpage tu. Dia tulis 90% + 20% kalau guna kod yang Zalora bagi tu. So, aku try.


Dannnnnnnn.....harga dress tersebut terus jatuh sampai Rm 166!! Hahaha time tu lagi lah histeria aku, yelah sebab banyak gila boleh save time diskaun dan guna voucher. Hahaha, so terus aku beli tanpa fikir apa lagi dah. Excited gila sebab diskaun banyak sangat. Aku tak terfikir pun nak guna baju tu masa tunang, aku fikir nak guna masa kahwin nanti sebab pada aku baju tu agak grand juga lah. Haha! Sekali tunjuk kat mak aku, terus mak aku cakap pakai je untuk tunang~ Hehehe :D

Photo by White Shadow

Owh, inner shawl pun aku beli kat Zalora tau. Satu Rm 10, warna pink maroon gitu. Shawl pula aku beli di ZAWARA Boutique yang baru je bukak kat Jb tu haa...very nice...Rm 49. Aku beli halfmoon dan paksa orang kedai tu ajar aku pakai, nasib akak tu sporting. Hihi (n_n)

Okay, tu saje. Terima kasih sudi baca :D

P/s: aku ingat nak jual baju tu, sekali tunang tak bagi dia cakap jangan jual, sebab itu kenangan. Haha (n_n) betul gak tu, aku ni fikir nak duit je..Ish3~


Wednesday, 17 September 2014

Beli Jubah di Zalora


Salam...\(n_n)/
Hoho...tak sangka akhirnya ada jugak jubah yang kelihatan menarik di mata aku ni hah, aku ushar kat Zalora :

LUXE by Ethnic Chic
(Klik untuk lihat dress lain)


Aku tertarik dengan corak simetri dia tu, sebelah lain, sebelah lain. Aku kan suka design-design separuh macam tu. Hahah, paling style bahagian belakang dia tu. Nice~nice sampai aku terbeli akhirnya. Lama gila aku ushar baju ni, daripada rege dia Rm169 sampailah turun, dan turun, dan turun kepada Rm118 sekarang ni.

Aku dah rasmikan baju ni masa pergi kenduri kahwin sepupu aku hari tu. So, tabahkanlah hati ye, sebab aku nak interframe gambar aku ni, haha :p


Baju ni belt dia berasingan. Mak abah aku cakap tak pakai belt tu lagi cantik...tapi aku rasa macam tak best, sebab rasa macam diri ini sungguh ladies dan muslimah sekali..lepas tu rasa macam aku ni seekor umbai-umbai..ko tau ape tu? Umbai-umbai itu ialah obor-obor. Haa rasa macam tulah bila aku pakai jubah tanpa belt~

So, aku tak kira...aku nak pakai gak belt dia yang macam tali taekwando tu, nasib adik aku sokong jubah tu lagi cantik kalau pakai dengan belt. Hahaha~


Aku baru nak menggayakan jubah aku ni depan kamera, sekali kena marah dengan nenek aku, dia tak kasi amek gambar bertiga, tu tangan aku tengah tunjuk kat nenek lah tu, cakap takde pape lah nek~ hahah

Last-last kena cari port lain untuk bergambar...ngehehehe~


Ya..rambut adik aku agak pelik..hahah

Okay, baju ni material dia jenis Polyblend, so memang sangat selesa dan tak panas. Ringan pun ringan, cuma baju ni ikut tinggi model kan, so aku yang rendah daripada model ni kenalah potong sikit bawah jubah ni adelah dalam 3 inchi camtu. Hehe~

Okay, nanti aku ceritakan pengalaman aku membeli di Zalora ni, kenapa aku suka beli kat Zalora dan macam mana untuk korang yang baru pertama kali nak shopping di Zalora ni supaya dapat diskaun ya :D Nanti aku update! Thanx sudi singgah sini (n_n)


Thursday, 3 July 2014

Beraya dengan Dress Labuh?? Kenapa tidak :D


Hoyeah ! Hoyeah ! Entry baju raya lagi \(n_n)/ Hahaha...kali ni tentang dress labuh pulak. Even ramai yang masih setia dengan berbaju kurung untuk berhari raya, tetapi ramai juga sebenarnya yang dah pun beraya dengan dress labuh macam kat bawah ni. Ayu dan sopan-santun gitu~ hehe


 

Ramai yang takut nampak terlalu glamour untuk pakai baju ni pada pagi raya di kampung, sebab takut orang kampung kata kita ni retis~ 

Hahaha...sebenarnya tak pun jika anda bijak memilih rona warna dan corak dress tersebut. Kalau nak nampak simple, boleh gayakan dress labuh yang plain dan berwarna gelap...kalau nak nampak awet muda ala-ala remaja sikit, boleh ambil dress labuh yang bermotifkan bunga-bunga dan berwarna cerah seperti pink lembut.


 

Bagi dress labuh yang bermotifkan hiasan manik dan bling-bling pula lebih sesuai, atau aku boleh cakap sangat sesuailah untuk dikenakan masa korang pergi open house rumah kawan-kawan or sedara mara kan~ (untuk efek glamour gitu..hehe)

Time tu boleh lah nak melaram sikit kan~ Nak-nak time dinner raya yang company or office kita anjurkan. Kenalah pakai glamour sikit. Dan kalau kita dah biasa sangat pakai baju kurung, time tu lah nak menunjukkan aura kelainan kita lah konon dengan mengenakan dress labuh yang memukau-mukau belaka :D


  

 


Sekarang pun dah banyak gila design dress labuh yang cantik-cantik dan unik, lebih-lebih lagi yang jual secara online seperti ZALORA yang memang dah tak asing lagi namanya dalam kalangan hijabista-hijabista sekalian :D Aku kalau pergi page ZALORA memang asyik teruja je lah sebab yelah, semua pakar fesyen dok 'ada' kat situ, so koleksi-koleksi dress yang dijual memang lah lain daripada yang lain tau!

So, kalau korang teringin nak try dress labuh untuk raya ni, dan dah terkenan dengan design-design dress labuh kat atas tu, meh lah kita beramai-ramai terjah koleksi DRESS LABUH Zalora ya sebab semua tu adalah koleksi Zalora. Banyak lagi design lain, rajin-rajinlah usha kalau berminat. Hehehe :)

Okay tu saje, terima kasih sudi singgah sini (n_n)


**************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut