Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Tuesday, 19 July 2016

Sindrom Takut Nak Bukak Almari Memalam Buta...

Salam,
nak dengar satu cerita?


Di suatu malam yang murni, aku masuk ke dalam bilik yang gelap-geliter~

Lepas lampu dibuka, aku pun terus ke arah almari baju aku.

Niat di hati nak salin baju, 

...so tanpa berfikir apa-apa yang buruk,

aku pun bukak ler almari tersebut,

lalu jantung hampir terhenti kerana melihat ini...














"Penampakan mambang tengkotak apakah ini?!!!"

*tengkotak adalah geng penjahat dalam filem Boboiboy The Movie

Cucur kodok punya baju! Ni sweater husband aku lah ni yang telah menakutkan aku malam tu! Chisdale betul lah...ingat tengkorak makmal mana lah yang tersesat dalam almari baju aku tu..isk2 T_T

Btw, masa aku asrama dulu kan, aku pernah jugaklah mengalami sindrom ketakutan nak bukak wardrobe memalam buta. Perasaan tu datang macam tetiba rasa cam suspennn je nak bukak pintu almari, takut kot-kot ada something kat dalam tu..hahaha~ Kena pulak masa dah lights off (lepas lights off biasanya HARAM bukak lampu bilik)... 

Tambah pulak baru lepas dengar cerita seram senior yang ehem-ehem muncul bila bukak almari kan, lagilah serammm segan nak bukak almari dalam gelap-gelap camtu. Hahah~ Korang pernah tak rasa sindrom yang sama macam ni? :p

Apapun, aku dah alih dah baju tu kat celah baju-baju lain supaya aku tidak merasa segan lagi untuk membuka almari tersebut. Tamat... (n_n)

P/s: seram pulak tengok gambar yang aku letak paling atas tadi tu, dah iras-iras Valak dah aku tengok.. Hahah!

Friday, 23 November 2012

Misteri Bunyi Sistem Penggera di Pejabat


Korang~~~nak dengar cerita hantu tak~~~
Hihihihi (n_n)
Okay, sumber cerita ni adalah daripada
Kawan Baik Saya (n_n)
Aku ringkaskan ceritanya yang penting-penting je ye :


( Sila imagine kan di tengah malam yang sunyi,
anda berada di office dengan beberapa rakan sekerja anda )


Satu malam tu,
dia dan kawan-kawan office dia balik lambat
Kena stay back sebab banyak kerja
Jadi, lepas siap semua kerja
Aku tak ingat dalam jam berapa,
mereka pun keluar lah dari office

Dan dekat office mereka ni,
ada pasang sistem penggera
Untuk elak kan pencuri / penceroboh masuk
So, orang last akan set semula nombor pin sistem tu
Dan tutup pintu..
So kalau orang lain main pecah masuk je
Memang berbunyi lah penggera tu..
Ala korang pon tahu kan,
mesti ade sesiapa yang dah pasang kat rumah..

Okay so lepas tu, mereka pun
turun lah ke bawah,
masing-masing nak balik dah..
Office mereka kat tingkat 3,
mereka dah turun sampai bawah..

Tiba-tiba.....


Penggera tu berbunyi !
Memecahkan kesunyian malam masa tu.

Kawan aku ni dan member-member dia pon
bergegas lah nak naik semula
office mereka yang dekat tingkat 3 tu...

Tapi...


Apabila mereka sampai di tingkat dua,
ketika diamati betul-betul..
Ia bukan lah bunyi sistem penggera itu...

Bunyi itu adalah bunyi wanita mengilai....
yang menyerupai bunyi penggera itu


" Hieeehieeehiieeeeehieeee~~~~"


Hmm..korang pernah terfikir nak pasang sistem penggera di rumah?
Fikir betul-betul.
Jangan biarkan diri anda di selubungi....mistewiiiiieeeee~~~

...

...

...


CUT !!!!

(semoga pic baby ni dapat melegakan perasaan korang tadi, hahaha)


Seram tak?
Aku sebenarnya tak reti nak tulis entry seram-seram macam ni,
kalau bercakap tu reti lah

Haha btw maaf lah kalau ada antara korang
yang menyesal baca entry seram ni.
Tapi, ianya memang kisah benar dan Alhamdulillah,
selepas diadakan kenduri dan bacaan Yassin,
benda tu makin kurang mengganggu di office tersebut :)

Korang ada kisah seram jugak?
Meh lah share link kat aku, hihihi
Owh btw ni kisah hantu yang lain, enjoy ! (n_@)

Misteri Bilik Sebelah
Pengalaman Seram Crew Filem (3)
Pengalaman Seram Crew Filem (2)


Friday, 24 February 2012

Kisah Seram Untuk Orang Bijak Sahaja !!


Assalamualaikum and hi readers. Aku tak tahu lah sama ada korang
pernah tengok ke tak cerita hantu ni, tapi ianya agak bijak dan aku
nak share kat korang pasal kisah ni :)


****************************************


Ada seorang lelaki ni datang menginap di sebuah hotel. Setelah settle
semua hal, lelaki itu pon berjalan masuk ke dalam biliknya. Dipandang
pintu bilik yang terletak bersebelahan dengan biliknya dengan rasa
ingin tahu. 


"Ingat, jangan buka atau masuk ke dalam bilik sebelah bilik kamu tu!"
owner hotel itu memberi warning kepada lelaki itu tadi.



Nak je lelaki itu bukak je pintu bilik larangan itu, tapi badannya
berasa penat, lalu dibatalkan niatnya dan terus saja masuk ke
dalam bilik penginapannya. 




Selesai mandi, dia berbaring di atas katilnya sambil menonton
televisyen. Tiba-tiba, dia teringat kembali kata-kata pesanan tuan
hotel itu tadi. Rasa ingin tahunya begitu membuak-buak. Dia mencari
jalan untuk melihat dalam bilik tersebut.




Dan kini, dia telah berada di hadapan pintu bilik larangan yang
terletak bersebelahan dengan pintu biliknya. Perlahan-lahan dia
membongkokkan badan dan mengintai melalui celah lubang yang
terdapat di tombol pintu bilik larangan tersebut.




Suasana dalam bilik kelihatan biasa sahaja. Dan daripada lubang
kecil itu, lelaki itu dapat melihat seorang perempuan sedang bersandar
di tepi katil, membelakangkan lelaki itu. Lelaki itu hanya dapat
melihat paras perempuan itu dari belakang sahaja. Cantik. Kulitnya
halus, dan rambutnya paras pinggang.




Lelaki itu berdiri semula, berasa hairan.




" Biasa je, kenapa orang tua (owner hotel) tu tak bagi langsung
aku bukak or kacau bilik ni?"




Akhirnya, lelaki itu mengambil keputusan untuk tidur saja kerana
hari sudah lewat malam.



...............................................................




Keesokan harinya, lelaki itu pulang ke hotel agak lewat malam.
Ketika melintas di hadapan pintu bilik itu, hatinya terdetik lagi
untuk mengintai di lubang kecil itu. 



Lalu perlahan-lahan dia mengintai, dan apa yang dilihatnya kini
ruang bilik itu bertukar menjadi warna merah semata-mata.
Merah !



Lelaki itu semakin pelik ! Semalam okay, tapi ni mengapa jadi
warna merah pulak??



Tetapi, dia simpan perasaan hairannya itu sehingga esok pagi,
akhirnya dia bertanya juga kepada owner hotel itu.


"Uncle, apa sebenarnya yang berlaku kat bilik sebelah bilik saya tu?"


Lama uncle tu diam, tetapi akhirnya membuka juga cerita sebenar.

" Dahulu, terdapat satu kes perempuan kena bunuh dengan
suaminya kat dalam bilik tu...."


" Eh, mustahil lah uncle, hari tu saya tengok okay je, ada perempuan
cantik, putih kulit licin....." potong lelaki itu.


"Hmm, memang lah kulit, badan rambut dia semua cantik,
tapi....












mata dia.........
 
 
 

 
 

 
merah !"



.......


*************************************


Okay, sila imagine apa yang berlaku semasa kali kedua lelaki itu
mengintai di lubang tombol pintu itu. Korang akan rasa meremang
jika korang dapat tangkap 'sesuatu' ?


Hihihihiiii~~~~~~



Hanya orang bijak yang akan menikmati kisah seram ini ;)



Saturday, 28 January 2012

10 Gambar Perkhawinan Dengan Tema Yang Menyeramkan di Malaysia


Assalamualaikum and hi readers. Semalam aku dah buat entry pasal ni tapi
aku tak letak gambar sebab aku sendiri seram nak tengok, yelah sebab aku
tulis entry tu tengah malam kan, so agak meremang sikit bila tengok lama-lama.

So, sementara tengah siang ni, aku buat semula entry pasal ni dan share
terus gambar-gambar menyeramkan tu dengan readers sekalian okay :D

Tema : The Walking Dead / Zombie

Photographed by : Critical Episode (FB)

Sinopsis : Kisah sepasang pengantin baru yang menginginkan sebuah percutian
          berbulan madu yang menjimatkan dengan memilih sebuah resort 
                    terbiar sebagai destinasi mereka. Dan tanpa mereka sedari, resort yang
                    kelihatan usang dan kosong itu sebenarnya didiami mahkluk yang lain...














Korang nak tak gambar khawin nanti buat macam ni? Kalau aku diberi
peluang untuk buat satu wedding photoshoot yang ada concept macam
ni, aku rasa aku tak nak lah jai zombie, aku nak vampire/gothic style~
Hehehe, ini sekadar suka-suka saja, gambar wedding yang normal tetap
ada kann :) Tapi, kalau tengok betul-betul cara editing dia, memang sangat
style ! I like~~ (n_n)

Okay, thank Q sudi baca..hehe

Monday, 3 October 2011

Angker : Pengalaman Seram Krew Drama 'Cer Citer...Cer citer...'(3)

Kisah Ketiga
Ok, dalam drama ini ada satu scene yang memerlukan tiga watak hantu iaitu Langsir (faham2 jelah), hantu cina dan hantu rumput. Proses per'make up'kan watak-watak ini pulak dibuat dekat bilik Iskandar yang tadi tu. Korang tahu je lah kan, muka-muka yang asalnya cantik bila di make up oleh jurumekap yang memang pakar wat special effect hantu...memang sejibik lahh sama dengan yang real...errr.....

nak dijadikan cerita, tengah-tengah shooting (area-area situ je) itu, makanan pun sampai...so, mereka pun nak makan lah, tapi tengok-tengok, senduk pulak takde...tertinggal...dan kalau bab-bab macam ni, memang keje iskandar lah yang kena ambil. Iskandar pun pinjam lah motor krew lain yang kebetulan ada kat situ, dan terus balik ke chalet penginapannya seorang diri untuk amek senduk.

Bila dia dah sampai ke chalet dan masuk ke biliknya utk cari senduk, dia ternampak pulak watak si Langsir itu baru turun rumah dan lalu di tepi tingkap biliknya dan tergesa-gesa nak pergi ke set shooting..Dan terus blah daripada situ.

"Oh...datang set lambat ye.....ko dah lah pakai make up baju camtu, buatnya orang-orang kat sini ternampak tak ke naya..hish, nanti kau aku datang set nanti siap kau.." getus hati Iskandar.

Setelah berjaya mengambil senduk....(ye, aku suka ulang senduk ni banyak-banyak kali..) terus dia balik semula ke set dan terus pergi mendapatkan si Langsir itu.

"Weyh, kau tadi lambat pergi set kan? Dah la pakai macam ni, orang lain nampak kang terkejut susah tau..." dengan nada ala-ala nak mengenakan perempuan yang memegang watak Langsir itu.

Perempuan itu terdiam, dan hanya memandang Iskandar.

"Aik, dah kenapa dia diam je ni?" Iskandar tertanya dalam hati. Hati dia masa itu dah rasa tak sedap dah.

"Takde bang, saya memang datang awal daripada tadi kat sini...." jawab perempuan itu.

Iskandar masih tak percaya ;" Betul ko takde balik kejap ke amik barang tertinggal? Handphone ke? Apa ke? Takde?"

Tiba-tiba, kawan-kawannya menyampuk "Betul bang, dia ni pergi sini sekali dengan kitorang naik van, daripada tadi memang kat sini je bang..."

Ah, sudah ! Giliran Iskandar pulak terdiam. Dia termenung memikirkan balik kejadian tadi. Mati-mati dia sangkakan yang tergesa-gesa turun daripada chalet tadi itu adalah perempuan ini, rupa-rupanya............................erkkk...Gulp !


Kisah ini adalah kisah benar. Kepada para pembaca, diharap basuhlah kaki sebelum tidur, amek wuduk, dan bacalah ayat Qursi sebagai pendinding dan pelindung diri, ingat, baca dengan yakin ! Semoga kita semua dihindari daripada segala gangguan syaitan. AMIN~~

Angker : Pengalaman Seram Krew Drama 'Cer Citer...Cer citer...'(2)

Kisah Kedua
Kejadian ini berlaku pada malam hari juga.... (err...memang lah malam kan) malam tu, mereka shooting di sebuah banglo usang yang lama terbiar, berdekatan dengan pantai dan terdapat sebuah menara untuk melihat pemandangan di puncak bukit berdekatan rumah itu. Suasana pada malam itu creah kerana bulan sangat terang.

Aktiviti penggambaran telah selesai, dan mereka sedang berkemas-kemas. Rahman (bukan nama sebenar) melihat pemandangan pada malam itu sangat cantik. Menara pemandangan itu sangat indah berlatarbelakangkan laut yang terdampar luas dengan bulan terang menyuluh di belakang menara itu. Pantas dia mengeluarkan kameranya, dan dihalakan ke arah pemandangan itu. Sedang dia meng'adjust'kan focus kameranya, tiba-tiba ada sesuatu berwarna hitam bergerak-gerak di hadapannya (dalam view finder tu). Rahman mengeluh dan diperiksa bahagian lensnya. Mungkin ada habuk, lalu dia lapkan lens kameranya itu.

Kemudian, lagi sekali dihalakan ke arah pemandangan itu, dan lagi sekali objek hitam itu bergerak-gerak. Dia tak dapat mengenal pasti apakah objek tersebut sebab dia hanya melihat objek itu hanya di dalam view kamera tu sahaja. Dia kesat lagi lenssnya, dan ketika itu dia memandang ke hadapan, ke arah tingkap yang berada di atas menara itu..........................................................G.u.e.s.s what he's saw???

Ada kepala dengan rambut yang mengurai dan mengerbang ditiup-tiup angin sedang main cak-cak dekat tingkap menara itu, okay !! Owh my God, aku yang dengar dia citer tadi dah macam............(-_-') errrr......Benda tu main cak-cak bukan secara mengejut, 'dia' keluar daripada tingkap itu ala-ala menjenguk keluar secara perlahan-lahan, masuk semula, keluar semula..perlahan-lahan....masuk balik....
Na'uzubillah hi min zalik !

Tak nak tergamam pulak Rahman ketika itu....terus mati niatnya nak ambil gambar dan teus blah daripada situ !

Kisah ini adalah kisah benar. Kepada para pembaca, diharap basuhlah kaki sebelum tidur, amek wuduk, dan bacalah ayat Qursi sebagai pendinding dan pelindung diri, ingat, baca dengan yakin ! Semoga kita semua dihindari daripada segala gangguan syaitan. AMIN~~

Angker : Pengalaman Seram Krew Drama 'Cer Citer...Cer citer...'(1)

Salam readers, ok ni adalah kisah benar yang aku baru tahu tadi...(-_-') sama-sama lah kita menelan liur membaca cerita seram Iskandar (bukan nama sebenar) ketika beliau bersama-sama membuat penggambaran sebuah drama berjudul Cer Citer...Cer Citer....gulp !

 Kisah Pertama
Malam itu, penggambaran dijalankan di tengah hutan yang belum pernah diredah oleh manusia sebelum itu. Kiranya hutan itu masih belum diteroka lah oleh sesiapa pun. Krew-krew drama ini pun mula lah meneroka dan membuka jalan untuk aktiviti penggambaran mereka. Setelah jumpa kawasan yang sesuai, mereka pon set up peralatan masing-masing, dan kawasan shooting yang gelap itu akhirnya terang-benderang setelah segala bagai lampu sportlight dipasang. Untuk pengetahuan anda, jarak van yang mereka naiki sebelum itu dengan kawasan penggambaran agak jauh lebih kurang 100m atau mungkin lebih. Van dan sebuah lagi lori (bekalan elektrik) diparking jauh supaya tidak mengganggu aktiviti penggambaran.

Seperti biasalah, mesti ada barang yang tertinggal atau tak lengkap peralatan dan Iskandar telah ditugaskan untuk mengambil alatan-alatan itu di van. Bayangkan, hutan baru yang belum diterokai oleh sesiapa lagi pun, dengan jarak hampir 100m, dia harus berjalan kaki seorang diri ditengah-tengah kegelapan malam itu ! Anda berani? Iskandar juga agak was-was tapi dia harus demi tugasnya. Berbekalkan 3 buah torchlight (ye...tiga, naseb dia lelaki, kalau aku yg perempuan ni, aku bawak 10 torchlight + 10 members lagi utk teman aku..), dia pun tabah je lah balik ke van yang jauh tuuuu.....

Sampai di belakang van, dia terus membuka bonet van itu, dan matanya terpandang ke arah depan. Ada seseorang yang sedang duduk diam di bahagian kerusi pemandu....Iskandar terdetik dalam hatinya, 'siapa pulak yang duk dalam van ni??' Orang itu duduk diam sahaja, memandang ke arah depan. Iskandar memerhati daripada belakang. Ketika itu, tergerak pula matanya untuk memandang pada side mirror di bahagian pemandu dan bayang orang itu langsung tak kelihatan pada dalam side mirror, sedangkan orang itu masih lagi berada di situ. AkhirnyaIskandar tau, itu bukan manusia. Segera dia mengambil peralatannya dan menutup kembali bonet van lalu terus beredar dari situ.Tetapi, Iskandar harus melalui jalan yang bentuknya seakan-akan huruf S, dia dah berjalan membelakangi van tetapi kemudian jalan itu membawanya belok ke kiri yang mana memang van itu masih kelihatan daripada situ. Dan Iskandar dapat melihat 'benda' itu masih duduk di situ, tetapi mukanya terlindung.

Kemudian, dia segera kembali ke set penggambaran, dan sebaik dia sampai, semua lampu di set itu terpadam dan kawasan itu serta-merta gelap giler ! Ini satu hal lagi, lori yang merupakan punca elektrik juga diparking jauh, dan lagi jauh daripada van tadi. Seorang lagi krew mengajak Iskandar pergi ke lori itu untuk memeriksa suis-suis di sana. Setelah sampai, mereka dapati suis tidak terusik dan semua elok saja.

dan krew itu berkata... " biasalah ni...benda itu nak main-main dengan kita..."
dan mereka kembali semula ke set penggambaran.

Kisah ini adalah kisah benar. Kepada para pembaca, diharap basuhlah kaki sebelum tidur, amek wuduk, dan bacalah ayat Qursi sebagai pendinding dan pelindung diri, ingat, baca dengan yakin ! Semoga kita semua dihindari daripada segala gangguan syaitan. AMIN~~