Happy Three Friends

Miss Money

Monday 28 May 2012

Beronok-ronok di Cameron Highlands III (Ahad)


Alaaaaaa~~~~~~~nak balik dah :( Wuwuwu
Anyway, hari ni all girls berkumpul lambat sebab...........


TADAAA !
sebab kami bergambar ala-ala family potrait masa raya...
Hahaha, siap setting kerusi lagi tu, hihi (n_n)

Owh ye, pagi tu breakfast dalam bus. Sangat mencabar sebab
rasa macam breakfast dalam roller coaster~ Ok, exaggerate!

Hari ni adalah aktiviti bebas iaitu pergi ke Ladang Teh Cameron Highlands!!
Yeaayyyyyyyyy (>_<) 

Seronok tengok pekebun-pekebun teh ni bergembira bila gambar
mereka diambil, Hahahaha (n_@)

dan aku juga tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar
pasport di situ dengan berlatar belakangkan ladang teh~

Ni gambar pasport aku, hehehe

Haa, kat sana aku ada beli Iced tea tau, aku beli sebab packaging
dia menarik, boleh jadi souvenir untuk diri sendiri :D

Ha yang belakang tu Afiq, dia lahh maskot untuk air ni !


Haha, okay itu lah dia cerita beronok-ronok di Cameron Highlands
sepanjang tiga hari lalu. Dan aku tersedar something bila aku balik
bilik aku semalam.....

....

....

....

Bantal strawberry yang aku beli semalam sangat matching
dengan cadar tilam aku yang jugak berstoberry-berryan...hmm
(u_u)

Baca kisah beronok-ronok yang lain :

On the way ke Cameron Highlands
Sabtu yang tidak tenang di Cameron Highlands


Beronok-ronok di Cameron Highlands II (Sabtu)


Sabtu yang nyaman dan indah. Duduk terus kat Cameron pon boleh,
bangun pagi rasa fresh sangat. Aircorn semulajadi. Cuma kalau
macam tu, hari-hari lah aku selsema~ :p

Pemandangan Subuh dari apartment aku, sejuknyeeeeer masa ni~

Nice to meet my juniors (n_n) and ada orang yang sama nama
dengan aku iaitu Damya...hukhuk :( tp xpe eja dia Damia, haha

Ini mambang strawberry, budak ni je yg semangat pakai baju
strawberry....amek mood katanya~

Aktiviti hari ni ala-ala Running Man, di Mardi Cameron Highlands
..melawat tempat sambil mencari
jawapan. Honestly, aku tak suka! Sebab aku kena cari jawapan,
dan tak boleh berlegar-legar dengan tenang untuk menikmati
pemandangan dan amek gambar :( wuwuwu

 Groupmate aku (n_n) kami menang no.2..tahniah semua :D

Besar punya teh kundur ! (O_O)

Lepas dah berpenat-lelah kat sini, kitorang pergi ke Strawberry farm.
Kat sini pon ada task jugak, halahai~~~ (>_<) !!!

Comel tak kucing ni? Kucing ni kitorang jumpa dekat strawberry farm
tu lah. Sangat comel, gebu dan paling pelik ialah sangat-sangat-sangat
hyper active ! (-_-') keje dia asyik nak berlari, melompat, menggigit.
Semua pasu dia nak jatuhkan, haha tapi comel sangat ! (n_n) <3


So, lepas habis semua task, kami pergi lah ke pasar malam
pada jam 4 lebih, malam~~~ sangat (-_-') sunburn muka aku!
So, kat situlah aku terborong keychain, bantal strawberry dan
brokoli goreng, sedap ! Nym2..okay tu je part III sambung jap lagi






Beronok-ronok di Cameron Highlands I (Jumaat)


Hellow Mellow~~
 
Lama sudah aku tak update blog ni, untuk pengetahuan korang,
last weekend aku pergi trip ke Cameron Highlands. Dan masuk
ni kali ketiga aku pergi, cuma kali ni first time aku pergi naik bas,
so perasaan aku masa tu agak risau sebab jalan naik ke sana
amatlah berliku-liku dan tebing tak nak curam 90darjah pulak kan~


Kami start naik jalan gunung dekat Maghrib, hari dah gelap.
Memang aku makin risau, semua benda aku baca supaya kami
selamat sampai. Aku duduk seat tepi tingkap, memang pakej lah
dapat tengok pemandangan cantik + cerun-cerun curam yang
betul-betul sipi je bila bus lalu...hadoi~ nak pengsan tengok (-_-')


Tapi, bila naik malam-malam, kami dapat tengok suatu pemandangan
yang sangat cantik masa tu :) Malam-malam, ladang-ladang strawberry
yang luas terbentang kat lereng-lereng bukit tu di pasang dengan
berjuta-juta lemon lilin, dan ianya sangat cantik (n_n)

Satu bas jakun tengok lilin yang banyak tu, hihi cantik ! :D


Perjalanan hari tu banyak dihabiskan dalam bas sahaja. Sampai
pon dah malam, so takde pape yang menarik sangat. Tengah-tengah
malam kami beramai-ramai pergi ke pekan berhampiran untuk
cari makan~
 
 
dan on the way balik masa tu, gelap dan sejuk. Dari jauh samar-samar
ada lembaga yang berpakaian pelik. Jalan dari arah bertentangan
dengan kami. 
 
Aku dah suspen jugak, siapa pulak lahh yang jalan malam-malam
pakai baju kimono lak ni. (O_o') gulp!
 
Lembaga itu makin dekat......
dan dekat.....
dan.....
 
 
 
Cis, rupanya petani kat situ, baju dy kembang-kembang dibuat
daripada plastik agaknya, hadoi...suspen aku :p Haha
 
 
Haha, okay itu je...part II & III akan disambung nanti, thank Q
sudi baca (n_n)
 
 

Aku Tahu Sikap Lahanat Kaum Aku


Perempuan penuh muslihat
Sentiasa merancang untuk memusnahkan
Sentiasa terfikir untuk menghancurkan
Kebahagiaan kaumnya sendiri


Perempuan memang lahir dengan kecantikan
yang selalunya disalahgunakan
Untuk menawan semua hati lelaki
Termasuk yang sudah dimiliki
Tanpa segan silu dan bermaruah


Perempuan memang lahir dengan sifat manja
Yang dilebih-lebihkan menjadi sifat gedik
Yang memang selalunya akan melahirkan kemesraan
Yang membuatkan semua lelaki cair
Dan terlupa mereka sedang dan telah pun dipunyai
oleh seseorang


Perempuan memang lahir dengan sikap perasan yang terlampau
Yang terus tersalah tafsir dengan bodohnya
Saat ada lelaki yang melayan mereka dengan baik
Apatah lagi bila sudah boleh ketawa mesra
Bersama-sama
Perempuan akan cepat perasan,
dan berfikir mereka boleh buat apa saja
terhadap lelaki itu meskipun di hadapan teman wanita
lelaki itu sendiri


Perempuan akan menikmati kemenangan
Saat berjaya merampas hati dan perhatian
Lelaki terutamanya lelaki yang sudah pun berpunya


  Perempuan tidak pernah serius,
sentiasa inginkan lebih dan lebih dari semua lelaki
Sentiasa ingin menawan semuanya
Sentiasa ingin menunjukkan bahawa mereka lah yang ter-sempurna
Di samping terus-menerus menyakitkan hati kaumnya sendiri


Perempuan lahir dengan kekuatan
untuk melemahkan lelaki
Dan terus membuatkan lelaki bodoh dan buta akal
Lantas memilih nafsu dari realiti


Perempuan....akan selamanya begini...
Dan mereka adalah pemusnah dan perampas....


Aku sangat benci perempuan seperti ini....
Perempuan yang tak guna...perempuan yang bodoh !


Aku ada maruah, jika aku tahu dia sudah berpunya,
aku takkan musnahkan kebahagiaan itu, Aku takkan
menggedik seperti kau wahai lahanat !


dan perempuan, aku mungkin bukan seperti kau....kekerasan
dan dendam telah lama berleluasa dalam hati sejak aku kecil lagi,
aku senang untuk memaafkan tapi bukan memaafkan perempuan
jenis engkau



Kepada yang tak kenal aku ini siapa, jangan cuba persoalkan
di mana kebaikan aku, jangan cuba mempertikaikan tentang dendam
dengan aku, jangan cuba berceramah dengan aku tentang keburukan
dendam......


Aku tahu dendam membawa padah, dan tentang kebaikan aku?
Biarlah orang tertentu sahaja yang tahu....

Sunday 20 May 2012

Ketenangan Hari Ahad


Pagi ini....
err tak berapa nak pagi sangat lah.....
Aku bangun jam 10.40 pagi......
Mengeliat sambil berguling-guling~

Lepas mandi ala-ala di waterfall, 
perut mula berdendang sayang lagu Terukir di Bintang,
meminta di isi.....

Berlenggang kobis lah aku turun ke bawah
untuk mencari dua bungkus nasi, 
pakej makan tengahari dengan makan petang sekali...

Cuaca sangat baik hari ni, 
panas terik tapi angin meniup mesra selembut bahasa

Selepas beli nasi, aku kembali ke bilik dan makan
sambil menonton filem-filem Melayu tempatan atau
yang aku panggil ' movie masa makan' seperti cerita
Cuti-cuti Cinta (u_u)


Owhhh angin hari ni sungguh merdu sekali, 
menerpa masuk ke bilik aku dengan indah sekali
sampai membuatkan aku rasa seperti berada di pantai


Lalu tanpa berlengah aku pasang lagu-lagu berentak slow
dan instrumental, dan berbaring ala-ala di kerusi malas
tepi swimming pool. Cermin mata di tolak ke atas dahi.
Perasaan masa tu macam artis yang bercuti ke luar negara
untuk release tension.


Kemudian, aku tertidur lagi.....lagi dan lagi, dan bila
bangun, aku terus menaip entry ini untuk berkongsikan
ketenangan hari Ahad yang begitu aman hari ni.

Sekian, terima kasih~

Ditulis oleh si hijau daun <-- sape ni? (O_o')

 

Harimau Tak Sama dengan Siput


Assalamualaikum. Okay entry ni just nak share my opinions
towards something. Perlu ke? Perlu sebab certain orang
bila membaca ni, baru otak dia terbukak sikit, kalau nak
explain guna comm, nanti dia tertidur siap mengaruh lagi nanti.


Okay, tengok masyarakat kita, orang-orang sekeliling kita.
Macam-macam jenis, macam-macam ragam kan? Dan
kali ni aku nak betulkan persepsi kita terhadap orang kaya
even aku pon kadang-kadang prejudis jugak dengan golongan
berada nih.


Before aku start, kat sini aku tak libatkan orang kaya yang
hidup liar tak tentu hala macam orang barat, okay? Good.
Now, lets continue~


Some of our friends, kaya dan suka beli barang-barang
branded. Kita yang tak berapa nak kaya ni jangan nak tipulah,
confirm pernah gak terdetik dalam hati, 'dia ni tak reti
jimat ke, beli barang-barang branded, mahal gila lak tu!'


Tapi, kalau kita fikir balik, itu memang gaya hidup diorang.
Thier lifestyle. Daripada kecik, parents diorang dah educate
diorang dengan benda-benda macam tu. Terbiasa pakai
barang branded daripada kecik. So, dah besar, confirm
diorang kenal jenama-jenama mewah je.


Diorang tak kenal jenama-jenama yang err...tak berjenama
sangat macam yang aku pakai ni, sebab diorang tak berpeluang.
Dan jangan kecik hati kalau diorang tak berapa kenal or tak
kenal langsung jenama yang korang guna sejak kecik lagi sampai
sekarang.


Then others friend lah yang juga kaya, certain tak pernah
makan di kedai-kedai makan tepi jalan, ada kawan aku
yang macam ni...first I thought' ehh berlagak gila minah ni tak
nak makan kedai tepi jalan'


Rupa-rupa-rupanya, memang daripada kecik dah di bawak
pergi makan kat fast food, restoran mewah, hotel, so bila
besar kalau dia demand jangan salahkan dia. Memang lifestyle nya
begitu. Tapi still, ada yang sporting dan boleh ikut cara hidup
kita yang tak berapa kaya nih, hehe~


Cuma, yang jadi problem nya bila, yang tak berduit ni pon
nak bergaya sama beli barang branded, makan tempat high class
macam orang yang kaya. Tanya mana dapat duit?


Owhh rupanya kikis pakwe, mintak parents cakap nak bayar
itu bayar ini, heyyy......jangan tipu parents boleh tak? Tak berkat
hidup kau tau, lagi-lagi pasal duit.


Then, berhutang sana-sini sampai beratus riban, duit yang dipinjam
tu dipinjam semata-mata untuk kegunaan nafsu, bukan kepentingan,
tu yang merana hidup. Keliling pinggang punggung semua hutang!

Hah, padan muka kau!

Cara hidup kita, dengan cara hidup orang lain, berbeza.
Agak-agak lah, ikut kemampuan, baru hidup rasa cukup :)

Cuba tengok hidup harimau dengan hidup siput. Harimau tu
laju, siput lembap, tapi harimau nak gak jadi macam siput
sebab siput nampak macam cool...so harimau pon jalan lembap nak
mampos gak untuk kelihatan seperti seekor siput...
 (-_-') err faham tak?

 
Orang kata, kalau dah banyak sangat hutang then tak boleh
nak bayar, gadai saja body.....uiks?


 Melalut dah entry aku ni, and lagi satu kalau dah tau takde duit,
jangan makan mee kari ketam KL yang katanya sedap sangat tuh.
Aku makan biasa je, ketam pon takdelah hensem sangat. Mi Maggi kari
takde ketam lagi sedap, huh !


Wayang dan Manners


Ok. Tadi tengok Dark Shadow. Best gila ! Sebab kelakar.
Hihi (n_n) Tapi, tiket RM 14, padan muka sapa suruh pergi
time weekend. Lepas tu air soya bean RM 2.50, Fries RM 7

Semua itu sangat memiskinkan aku, Oh Tuhan murahkanlah
rezeki hambamu ini supaya aku ada duit untuk print segala
final major dan minor project aku nanti. Amin~~


Okay, mukadimah dah habis. Tengok tajuk entry aku tu.
Siapa yang fikir antara cinema dengan manners takda kena-mengena
antara satu sama lain, sila butakan mata anda dan jangan jejak
langsung dalam cinema di dalam mahupun di luar negara,
okay~


Aku tak tau lah, mula-mula aku rasa budak-budak baru nak
up je yang jakun tak tentu hala bila masuk dalam cinema.
Masuk panggung ramai-ramai bajet macam hanjing hartis,
lepas tu main lari-lari turun naik tangga, cakap dengan kawan
sebelah pon macam bersembang dengan kawan daripada tingkat 1
ke tingkat 15 (amboi exaggerate sungguh~)


Next, orang datang cinema, nak tengok movie lah, bukan nak
dengar ulasan cerita daripada kau, tau? Kau kalau nak explain
pasal movie tu kat awek or pakwe ko kat sebelah, slow-slow lah,
tak payah nak menandingi sound system dalam wayang tu pulak..


Aku pantang betul, bila orang bagitau aku ending cerita yang aku
belom tengok, tapi sedang excited nak tengok...Like illegal you know!
Rasa macam beli tiket, dan duduk ramai-ramai keliling kau,
dengar kau bercerita...apakah??


Ok, ni lagi yang membuatkan aku rasa nak sewa je satu cinema
tu bila aku tengok movie. Golongan-golongan yang darjat kakinya
lebih mulia daripada kepala orang lain. Amboiiiiih bro, bukan
main sedap ko angkat kaki ko yang bau cam @$^*(&%$#$ tu
kat atas kerusi depan. 


Actually, sebelah aku tadi, and this is not the first time...
Badan besar, baju ketat, mulut bising macam joyah Twitter <-- entah sapa
Duduk sebelah aku dengan member dia gak, depan seat dia kosong,
tapi sebelah-sebelah ada kepala manusia. Selamber badak je
dia angkat kaki dia dan letak atas kerusi tu. Means kaki dia yang
mulia cam babi doll tu (sory, aku tak reti eja permainan tu dengan betul)
 terletak di antara kepala manusia......


Tak ke biadap tuh !!!!!! and FYI, those guys are bitches !
Opz sorry i mean, Bapok !


So, banyak lagi manners yang sungguh kurang hajau dan biadap
dalam cinema tu. Yup, mula-mula ingat budak-budak baru nak
up, rupa-rupanya yang tua pon like illegal jugak~~~

First time tengok wayang ke bro? Kecoh macam Max 24:7 lah lu~

That's all, chow~

(ni Inspector Gadget yg tulis)

Inspector Gadget sedang mengkaji perlu ke dimasukkan subjek
etika di dalam panggung wayang dalam syllabus Matematik...Hmm~
(O_o')


Thursday 17 May 2012

Poster Movie Terbaru untuk Filem Resident Evil : Retribution (2012)


Hoyeah ! Hoyeah !
Peminat Resident Evil sekalian....ini berita gembira untuk kitaaa (n_n)
sebab heroin kita yang stylo iaitu Milla Jovovich akan kembali
beraksi dalam filem terbaru beliau iaitu :

Resident Evil 5 : Retribution ( 2012)



Watak Alice berambut panjang pulak kali ni ye, before ni
semua rambut pendek :D


Tak sabar nak tengok !


Harap-harap Retribution ni tak menghampakan seperti filem
yang sebelum ni iaitu Afterlife :)


Nampak tak, FALL 2012

Adakah filem Resident Evil yang kelima ni sengaja di-release-kan
pada tahun 2012, iaitu tahun yang dikatakan bumi bakal mengalami
malapetaka yang dasyat? Dan mungkin ramalan itu akan diselitkan
dalam filem ini...

Apapun, kita tengok lah macam mana jalan ceritanya nanti.
Filem ni lagipun lambat lagi nak release, 14 Sept 2012 nanti.

So, sekarang sila layan filem Cabin In The Wood, Dark Shadow,
dan pape sajelah yang terhangat di pasaran. Hehehe :)


Wednesday 16 May 2012

Baik aku buat syiling bentuk Love je


Hai, first of all wanna wish Happy teachers day kepada semua guru
yang mengajar aku daripada aku tadika sampailah sekarang. 
Happy teachers day too kepada parents aku yang selama ni
banyak educate aku di rumah tentang nilai-nilai kemanusiaan :)


Okay, suka tak duit syiling baru yang cantik tu kawan-kawan?
Duit 50 sen dia siap ade lekuk-lekuk bunga kat tepi-tepi tu.


Ya, syiling bertukar ni bukan sebab apa sangat pon, yelah
nak orang memperingati zaman pemerintahan kita. Contoh
masa zaman sekolah dulu, batch kita lah batch first time yang
berjaya membakar sekolah beramai-ramai, so orang akan ingat kan?


It goes same with this, tengok je duit syiling ni, orang akan ingat
zaman bila wujudnya duit ni. Dan sebenarnya lagi ramai yang
tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang men-design syiling nih??


For honest, aku tak suka syiling yang cantik ni. Sebab aku pakai
bukan sebab nak belek-belek sambil memuji-muji or nak framekan
ke apa, aku guna duit syiling untuk dilaburkan kepada meter
parking, kat mesin gedegang, you know mesin jual air tin tu, 
then nak cucuk kat troli kat supermarket tu, nak masuk kat
washing machine kolej, nak beli tiket-tiker train di KL Central...

dan apa yang orang ramai tahu, syiling ni tak praktikal....
Hahaha....


Aku berniaga kat pasar malam, bila orang tengah ramai kat gerai,
dan bagi duit syiling baru yang berat 5 sen sama besar macam 10sen,
bagi duit syiling baru yang berat dia lebih kurang berat coin kat
KBOX tu, boleh mendatangkan kerugian, tahu?


Apalah sangat 10sen tertukar dengan 5sen kan~~ yelah, tapi
kalau dah selalau sangat, aku rasa macam nak gak buat
syiling sendiri yang lagi tak practikal iaitu syiling berbentuk Love!


Lagi sweet kan, nampak sikit aku ni caring~~ (u_u)


Okay, tak tahu lah akan ada tindakan susulan or tidak. 
Yang penting, kalau nak buat something or perubahan yang besar
serta drastik, sila lah buat research dulu dalam-dalam, okay?


Ini satu pembaziran yang boleh dielakkan :)
Chow


Reported by : Inspector Gadget

pss : ada follower baru sy yg bernama Ainun Nasir, awak xtinggalkan
link blog awak, xdpt nk trace balik, bg link blog eh :) TQ

Tuesday 15 May 2012

Pesta Rasa


Pesta rasa....adalah suatu keadaan di mana kita rasa
semua jenis perasaan, kira masa tu macam-macam rasa ada!
Takut, bimbang, teruja, gembira, risau..semua ada...

Ia muncul tanpa diundang di saat kita tengah tunggu
giliran untuk membuat presentation, atau sedang menunggu bakal
suami melafazkan akad nikah, atau apa-apa je lah...
lain orang, lain situasinya...

Ni nasi jagung, mak aku masak. Korang pernah makan tak?


Ia sebenarnya kepelbagaian rasa dalam suatu masa,
oleh kerana pada masa tu selalunya banyak perasaan kita akan
bercampur-baur dan tak tentu arah, maka aku namakannya
saja sebagai...

Pesta Rasa...hehehe

Or nak tukar karnival? Sudahlah jangan mengarut, Lynn Damya~


Palestin dan Hari An-Nakbah


Assalamualaikum :) Jadi baik sikit hari ni sebab aku nak share
something yang aku rasa semua perlu tahu :) Siapa yang rajin
online facebook dan tengok Tv semua, mesti tahu sekarang
tengah kecoh pasal apa kan? Semua dok tukar profile pic
sebagai tanda solidariti terhadap tahanan Palestin yang membuat
'mogok lapar'.


So, aku nak share sikit tentang hari An-Nakbah ini :

Apa itu hari An- Nakbah ?

60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal,
harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami.
Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi
di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka.

Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin
yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab.
Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan
sebagai rampasan tanah air mereka.


Berikut merupakan 10 fakta Hari AN-NAKBAH :
 

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.

Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka
pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir
tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar
di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana
penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia
Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting
dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan
pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh
sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.

‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel
untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion,
 berkata 
"Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, 
dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab
di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan
kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati.


Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda
milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin
untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: 
“Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated 
with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and
become destitute refugees; destitute refugees – 
Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people.
 One group [Palestinians] lost all they had while the other 
[Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, 
sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang
 dikenali sebagai Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal
di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, 
mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.

Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada 
keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan 
bertanding untuk mendapat jawatan. 

Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk 
dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga,
 hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel 
telahpun "dipindahkan",  dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah 
dan tanah mereka yang telah diambil Israel.

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan 
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 
1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa 
untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, 
untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada 
untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan 
dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. 

Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, 
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, 
Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948,

 Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, 
tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan
 tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk 
keamanan di Timur Tengah.

Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu 
dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. 
Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and 
Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu 
 dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.

Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan 
serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah 
dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan 
bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan 
kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." 

Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan 
oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan 
kepada diri mereka secara peribadi. “ 

Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej
Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS
menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram 
Israel terhadap Palestin.


Sunday 13 May 2012

Hari Ini


Hari ni, cuaca sangat terik...Panas..Bahang...
Membuatkan badan aku lesu..mata pon mengantuk je...
Aku ni pelik sikit, waktu hujan segar..
Waktu panas aku mengantuk...Huhu...


Cuaca terik hari ni, buat tekak aku jadi kering...
Rasa lain macam...Rasa nak demam pon ada...
Bergelen-gelen air masak dah aku minum...
Dengan harapan dijauhkan lah daripada demam...


Payah kalau demam, sebab assignment tengah beratur
tunggu turn nak date dengan aku nih..

 

Saturday 12 May 2012

Kalau dah bukan rezeki kita...


Sejak petang tadi, perut aku dah mula menyanyi-nyanyi memberi
signal kepada aku bahawa beliau sudah lapar...
tapi aku buat dek jek sampai lahhhh lepas magrib tadi
aku betul-betul lapar !

lepas solat terus aku siap-siap pergi koop beli makanan..
Koop aku best~~~

Ada jual bihun, nasi lemak telur mata, nasi lemak ayam,
burger, dan pelbagai lagi yang mengenyangkan..hihi

Dek kerana dah lapar sangat, maka aku membeli
nasi lemak ayam dan bihun, dua sekaligus untuk dimakan
jap lagi dan tengah malam nanti...

Hahaha, siapa yang kenal aku memang tau lahh yang aku ni
jenis makan banyak, tapi maintain je slim world..hakhak :p

So, dah berpuas hati dengan apa yang aku beli tadi, aku
pon naik lah tangga nak ke bilik aku...

Dekat level, terserempak dengan levelmates aku, Mascommers..
diorang ada buat event siang tadi dan ada buat makan-makan
sikit, so tadi ada lebih 4 bungkus..

Dari jauh, dia tanya aku...

"Lynn, dah makan belum?"

Aku nampak kat tangan dia ada 4 bungkus nasi. Dalam hati aku
cakap ni mesti dia nak bagi kat orang yang belum makan lagi ni.
Hahaha...

tapi kat tangan aku sendiri dah pegang makanan kannnn....
 Kalau aku jenis yang tak malu, memang aku boleh je
mintak nak satu, hahaha

tapi, keseganan terlampau tinggi kan... :p


So, terpaksa lah cakap, aku dah beli makanan...

Ish3...kalau lah aku bersabar sikit tadi, confirm dah memang
rezeki aku lah nasik free tadi tu, ngahaha manusia kan~~
siapa yang tak suka barang free..hihihi (n_@)

Itu lah namanya, kalau dah bukan rezeki kita ye tak...

OK, dah lapar gila pon sempat lagi update blog, bye..
Jemput makan semua~~~

 

Friday 11 May 2012

Pehal Facebook aku nih !!


Howhhh damn !
Seriously aku rasa macam lifeless
bila aku sendiri tak dapat nak tengok wall FB aku..

Pehal ekk??

Semalam aku rasa langsung tak bukak FB,
sibuk duk layan movie jer..

Then siang tadi aku log in, 
tapi kosong semata-mata...
Nak check notification tak boleh,
Klik Home pon kosong semata-mata...
Nak klik apa pon tak bolehh

Urghhh mengapakah !!!
Tension betul gua !

Hmm....bukan lah aku tak boleh hidup tanpa FB,
boleh je, masalahnya 
aku geram apehal tiba-tiba je acc aku jadi camtuh..

Grrrrr.... >_<

Urghhh, rasa macam menjadi katak di bawah
tempurung lak skang nih, 
tak dapat tau info-info dan gossip-gossip terkini
kawan-kawan aku di FB....
Serius macam seekor katak...
Ni yang rasa nak panggil hujan nih~~
(-_-')

 Heyyy, ni entah sampai bila pon aku tak tau lahh...
Pehal entah dengan FB aku nih,
Kat mana pulak aku nak post kan 
entry-entry aku ni...
Hmmm....

Buat acc baru?? Memang boleh...
tapi korang pon tau kan,
mesti tak sama punya,
lagi-lagi menatang timeline tu hah...
eeeee........benci aku !

Hmmmm......
ni yang rasa nak buat acc twitter lak ni,
erkk...mampukah?

(O_o')

 

Leo Burnett


Salah satu advertising company yang hebat !
Aku rasa aku nak kerja kat sana,
jadi advertiser....
Client mereka terdiri daripada nama-nama yang besar...
WWF, McD, Volkswagen,
dan lain-lain lagi...

Aku nak betul-betul rasa,
pengalaman bekerja dengan orang-orang
yang sangat kreatif kat sana

Aku nak sangat melalui proses bagaimana
sesuatu advertising yang hebat itu
dihasilkan

Aku nak jadi hebat macam mereka !

Leo Burnett, Saatchi & Saatchi, Mc Kenn
dan pelbagai lagi advertising company
yang memang style dalam dunia ni...

InsyaAllah...amin~~


Thursday 10 May 2012

Ada Pening Dalam Kepala?


Ya, bukan dalam hati ada taman..
Tapi dalam kepala ada pening...

Serius lah sejak kebelakangan ni aku
asyik rasa sakit kepala jer..
Rasa macam migrain pon ade...

Hmmm....

Selalu kalau pening-pening biasa, tidur je lah..
Then bangun tidur dah reda dah...

Tapi ni rasa macam ada je sakit kepalanya tu,
hadoi~~~

Habis sebotol minyak Yu yee aku, hihi :p

MARU si Kucing Kotak


Siapa yang tak kenal kucing ni kan?
Kucing ni lah yang dah feymes gila kerana videonya
yang sedang bermain dengan kotak, tersebar dengan
panasnya di YouTube !

Reaksi wajah Maru bila dapat tahu video panasnya tersebar...


Dan kucing ni tersangatlah comel sungguh-sungguh !
Meh kita tengok kecomelan beliau nih~



Kaki dia tu macam kuih bahulu, rasa nak gigit2 je ! (-_-')



(-_-')

(-________-') .......

Ni masa Maru kecik2 dulu, catwalk~~~sangat ala2 model
Whiskas kan :D

Maru ni memang kegemaran beliau adalah bermain dengan kotak..

opz, ni bukan kotak cuma bentuk nya macam kotak...

Maru sedang bersembunyi~~~~

Hmmm, kotak ni nampak macam seronok....

(O_o')

(-_-')...how you hide your big head in that small box....?

Errr...like i said, Maru really excited playing with box...

Sampai dengan penutup kotak pon dia bernafsu....erkkk O_o'


Apa pon, Maru memang kucing yg hensem.....

dan selebet...


Owh kalau korang nak tengok video Maru sila search sendiri
di YouTube, bersepah video beliau nih, hihi (n_n)



Dunia Semakin Kejam?


First of all, dunia tak pernah kejam pada kita :)
Yang kejam adalah kita, manusia...

Aku rasa majoriti tau dan dah tengok kan video yang
beru tersebar kat facebook hari ni...?


Banyak persoalan yang aku terfikir bila tengok video tu...


1. Kenapa sanggup dia belasah bayi tu macam tu sekali?
2. Dan apa punca sebenar?
3. Apa motif dia sanggup rakam dan upload video tu?





Ini....apa yang aku rasa....


Dia gila. Tekanan. Depression !
MUNGKIN sesuatu terjadi antara dia dan ayah budak itu,
dan dia tak dapat lepaskan tekanan perasaan itu lalu bayi
kecil itu jadi mangsa.
MUNGKIN....

MUNGKIN, dia jadi begitu kerana ayah budak itu....

MUNGKIN, dia rakam dan upload video itu untuk mengugut
ayah budak itu supaya kembali padanya...
MUNGKIN....


Semua itu kemungkinan saja, sebab yelah, manusia
akan mentafsir terus dari apa yang mereka lihat.


Memang perempuan itu sangat kejam kerana tergamak
belasah bayi tu sampai macam tu. Takde perasaan keibuan
ke dalam diri dia? Takde sedikit belas kasihan ke bila
dengar bayi tu menangis kesakitan?


Kalau fikir secara logik, memang gila !

Tapi, kalau fikir secara psikologi, MUNGKIN semua kemungkinan
di atas juga menyumbang kepada perbuatan kejam wanita itu.


Siapa tahu, kan?

BTW, jawapan nya ada kat sini NEWS


Report by : Inspector Gadget