Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label my wedding journal. Show all posts
Showing posts with label my wedding journal. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

MyWeddingJournal #4: Ini Soalan Temuduga Nikah Aku

Salam!
Hohoho (n_n) sekian lamanya aku cuba menyerap kuasa untuk kembali menulis blog, akhirnya muncul juga. Itupun cuma sipi2 je yang meresap. Haha lama gila aku tak BW blog rakan2 dan taulan sekalian. Aku agak bz..wuwuwu T_T

***************************************

Ha! Okay! Hari tu kan, aku dah pergi setelkan borang nikah dan biasalah kan, negeri Johor ni kalau nak kahwin, harus di-interview dulu. So, berikut adalah cerita aku masa pergi interview tu. Haha..

Masa kat meja kaunter tu, sorang staff tu check2 dokumen aku, pastu ada yang tak lengkap. Wuwuwu...kena turun balik pergi cari kedai fotostat. Lepas tu datang balik, nasib baik okay! So, terus je dia suruh masuk bilik interview. Nervous gila. Hahaha~

Bilik dia memang kecik gila. Letak je meja sebijik kat tengah, terus bilik tu jadi macam dua bahagian. Tepi meja memang takde laluan langsung sebab dia terus cecah ke dinding. Jahat betul bilik kecik camni. Kat depan pulak dah tercongok Ustaz yang nak tanye2 aku tu. Lagi ah nervous. Aku dah buat macam sopan-santun je. Maklumlah datang pakai jubah siap haa..orang lain relax je datang pakai jeans. (-..-')

Maka sesi interview pun bermula...

U: Kerja mana ni?
A: Kerja kat Senai.
U: Kerja apa?
A: Pereka grafik... (dalam hati aku dah malas nak layan, sebab aku fikir ustaz ni mesti sengaja tanya2 aku supaya aku lupa nota yang aku hafal malam tadi..haha)
U: Dekat Senai? Yang kedai dia dekat Econsave tu ea?
A: Ehh, taklah...Senai, kat tepi jalan besar.

(perbualan berterusan selama lebih 5 minit dan akhirnya rupa-rupanya dia pernah pergi tempat aku kerja tu sebab nak order design)

U: Design semua boleh buat lah ea? Banner bunting namecard boleh?
A: Boleh.
U: Okay lah, saya nak order namecard lah...
A: (=_=)...(adoi, dapat client pulak time2 camni)

(baaaaruuulah mula sesi interview nikah sebenar)

U: Hmm..okay! Nak tanya apa ek? Tadi dah tanya dah kan...
A: .....*gelak
U: Okay, mengucap 2 kalimah syahadah
A:.....*lafazkan 2 kalimah syahadah...

U: Apa dia tanggungjawab isteri?
A: Jaga maruah dan harta suami, mewujudkan pergaulan yang baik (ayat skema sebab hafal skema jawapan), pastu jangan keluar rumah kalau suami tak bagi...
U:  Kalau awak nak keluar jugak, tapi suami tak bagi camne?
A: Aaa...tak yah lah keluar....
U: Yeke?
A: ...err......
U: Kalau suami tak bagi, pujuklah suami tu. Pujuk pelan-pelan, cakap lembut-lembut, mesti dia bagi nanti...
A: ....*angguk-angguk setuju
U: Ini budak-budak zaman sekarang, kahwin muda-muda...sikit-sikit nak gaduh. Tak kasi keluar gaduh. Pujuklahh lembut-lembut, tau!
A: ....*sengih je

U: Rukun kahwin ada berapa?
A: Lima! (hahaha part ni aku semangat jawab, sebab aku dah baca malam tadi..hahaha)
U: Yeke?
A: Yeeee....
U: Apa dia?
A: Pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, lafaz nikah dan 2 org saksi.
U: Saksi kalau perempuan boleh?
A: Tak boleh.
U: Habis kalau yang aww aww (pondan)?
A: ....(ah, sudah. Benci betul soalan trick camni. Confuse! Haha)
U: Aww aww pun lelaki jugak..haa boleh tak?
A: Tak yah amek dia jadi saksi lahh...
U: Haha...tak yah amek ea? Ramai lagi lelaki yang tulen ye tak?

********************************

So, itulah dia antara soalan temuduga aku hari tu. Dia bukan setakat soal benda-benda yang ada dalam buku teks, tapi juga menyoal dengan memberi situasi dalam kehidupan realiti kita ni. So, time tu dapat lah ilmu tambahan kan. Hehe, apa pun interview aku hari tu santai2 saja..Alhamdulillah (n_n)


P/s: Next aku nak cerita masa aku ushar harga barang kat beberapa kedai borong barang perkahwinan kat Johor ni. Ada yang murah gila, dan ada yg mahal...stay tuned!


Friday, 30 October 2015

MyWeddingJournal #5: Takde Rezeki Nak Mekap Dengan Fyna

Salam...
Dalam entry INI, aku ada citer aku dah booking make up sanding kan. Tapi tu lah, bila kita booking dengan bridal, MUA (make up artist) nya ada lebih daripada sorang. So, ikut nasib dapat yang mana free, haa yang itulah yang attend untuk make up kan kita. The problem is, MUA yang aku suka hasil make up dia tu skang dah amek job buat pelamin. Awal-awal lagi dia dah mention tak sure dia dapat ke tak make up kan aku, sebab dah bz...


Dia ada jugak bagi list MUA yang lain2 (freelancer), tapi semua portfolio tak meyakinkan. Serius okay, kalau kerja dalam bidang-bidang macam ni, portfolio adalah sangat penting!! Barulah customer pun rasa yakin dan percaya nak guna khidmat awak. Ini kalau tak banyak portfolio lepas tu kalau ada pun make upnya nampak mengerikan, camne?? Ade ke patut make up bawah mata kontra gila putih dan tak blend dengan warna kulit. Woo boleh mimpi ngeri pengantin tu tau!

Lebih-lebih lagi bila baca pengalaman-pengalaman malang pengantin yang dimekapkan secara sambil lewa oleh mak andam sampai jadi tak cantik. Hmm~

Btw, korang mesti kenal blogger Fynahere ni kan?


Aku sangat adore hasil make up dia, cantik + sweet + natural + bestnyeeeee kalau dapat di-mekap-kan oleh Fyna. Tapi Fyna jaga area utara sana, kalau area Selatan cam aku ni kat Johor, kena deal dengan adik dia, Mimi. Punn sama cantik jugak si Mimi tu make up... Aku sangat berharap dapat guna khidmat diorang ni, tapi dah full~ Hahaha kesian betul aku nih!

Tunang aku pun gigih carikan MUA yang mekap ala2 natural macam tu, dan akhirnya jumpa! Dalam senarai yang dia bagi tu, aku berkenan kat hasil make up dua org MUA ni, iaitu...

1. Natasha
Make up dia cantik, natural dan simple2 je. Suka tengok! :D


2. Aishah 
Ini pun cantik, natural dan lebih glamour sikit mekapnya. Hahaha pun suka jugak!


Bincang punya bincang dengan tunang aku, kitorang decide lah nak amek Aishah jadi MUA aku. Terus minta tolong tunang aku wassapkan untuk booking, nasibbbb masih kosong untuk tarikh aku! Hahaha rezeki, Alhamdulillah (n_n) If korang nak tengok hasil make up diorang, boleh klik kat nama dia yang aku tulis tadi tu ye :D

P/s: Deep in my heart masih terkilan tak dapat booking Fyna, and boleh tak masa dia cakap dah full aritu, aku terus bergenang air mata sebab kecewa.. hahaha :p 

Thursday, 29 October 2015

MyWeddingJournal #3: Done HIV Test Kahwin (Johor)

Salam (n_n)


Haa, lepas aku renew lesen P ke CDL hari tu, on the way nak balik singgah jap Klinik Tampoi untuk buat HIV Test untuk kahwin. Senang je tau prosedur nya :D

1. Mula-mula, pergi pejabat agama yang berdekatan untuk ambil borang ujian HIV. Borang HIV ni memang takde / tak boleh print daripada website, kena datang ambil jugak kat pejabat agama. Untuk orang Johor, borangnya camni haa...


Borang Persetujuan Menjalani HIV Test, korang akan dapat borang ni berserta envelope putih (dah siap cop dengan alamat pejabat agama) dan juga lampiran senarai klinik dan masa mereka menyediakan khidmat ujian HIV ni.


So, dah alang-alang hari Isnin tu aku cuti, terus je cari klinik yang boleh buat Hiv Test untuk hari Isnin, nasib ada yang bersesuaian dengan masa aku dan sekali jalan je untuk balik rumah, iaitu Klinik Tampoi. Borang tu isi dulu ye..

2. Dah sampai klinik, ambiklah no.giliran, serah borang di kaunter dan ikut arahan nurse kat sana nanti.

3. Bila nombor dipanggil, haa bersiap-sedialah untuk diambil darah ye. Aku mula-mula control cool je, bila nampak nurse dah get ready nak cucuk lengan aku, terus aku kecoh tanye kak sakit tak? Hahaha :p Rupanya tak sakit langsung!! Huahaha :p oh btw dia bukan cucuk kat lengan tau, tapi kat belah dalam siku.

4. Korang akan diberi satu risalah yang mengandungi soalan2 untuk ujian Talesemia. So, sementara darah kita tu disaring di makmal, sila lah jawab soalan dalam risalah bawah ni ye..


Mostly berkenaan hal-hal wanita lah kan contoh macam kitaran haid kita, senggugut ke tak, then sejarah perubatan kita kalau ada, dan banyak lagi lah. Talesemia test ni untuk pempuan je, kalau lelaki hari tu tunang aku cakap, dia punya test ala-ala pasal psikologi kot? Sebab antara soalannya adalah "Pernahkah anda rasa ingin membunuh diri?" Haaa..aiyok :p

5. Dah siap jawab, hantar kat nurse. Pastu nurse akan bagitau result HIV Test kita tu :D Result test tu nanti nurse akan siap-siap terus masukkan dalam envelope yang kita dapat sekali dengan borang HIV tu, untuk diberi pada pihak Pejabat Agama pulak :D


So, dah setel! Keputusan HIV ni valid untuk 6 bulan je tau. Alhamdulillah (n_n)..skang tinggal nak tunggu interview je haa. Kat Johor dan certain negeri lain, nak kawin kena interview dulu tau. Nervous tak nervous ngko rasa~ Hahaha! Okay tu je, thanx sudi singgah sini :)

P/s: balik rumah, aku asyik tengok je tempat yang kena cucuk tu, rasa tak caya dah pernah kena ambil darah. Haha itu pun nak jakun, ntah pape :p Haha~

Monday, 5 October 2015

MyWeddingJournal #2: Sewa Kanopi

Salam :D


Ya, sebagai ex-student jurusan seni, setiap progress amatlah dititikberatkan. Sampaikan gambar aku tengah sign invoice sewa khemah ni pun diambil juga. Hahaha (n_n) So, untuk khemah, aku sewa dengan ONZ CANOPY. Meh ushar sikit kanopi dia~


Pakej Emas (RM 350)
Actually aku dapat tau pasal Onz Canopy ni pun daripada sorang blogger ni. TQVM for her! Then aku terus ushar pakej sewa kanopi diorang kat sini (klik). Paling best, bila datang jumpa dengan ownernya, harga jadi lebih murah daripada yang aku dah kira-kira, plus dapat tambahan barang lagi haa...

Contoh pakej Emas macam dalam gambar tu, harga Rm350 dapat meja bulat 4, pastu takde riben. Tup2 bila datang sana, meja dia bagi 5 dan kerusi ada riben. Haha best betul! 


Khemah Pelamin (RM 450)
Actually, ada je lagi tempat sewa kanopi yang lebih murah, tapi so far yang aku research sekitar JB ni, ini yang paling berbaloi lah. Then, dia ada buat sewa khemah khas untuk pelamin. Harga Rm450, siap kain backdrop belakang + full platform stage siap karpet + lembayung / lelangit bawah khemah & lampu chandelliar! Just perfect untuk mereka yang teringin nak DIY pelamin sendiri. Orang lain mana ada sewakan khemah siap stage bagai kan~ hahah!

So, aku sewa dua khemah tu je, khemah untuk tetamu belah lelaki & khemah pelamin. InsyaAllah nanti aku buat sendiri pelamin, tapi tu citer dalam entry lain lah ye (n_n). Btw, servis daripada pihak Onz Canopy sangatlah mesranyee pun adoi. Kami hanya mampu tersengih saje dengar celoteh makcik pakcik tu bercerita. Haha punyalah tak boleh berhenti bercakap diorang tu :P


Tu lagi satu moment penting lah konon-konon, masa serah duit deposit. Nyum~nyum~ lega bila dah setel lagi satu benda, nasib time ni tak terapung macam masa lepas booking baju sanding tu. Hahaha..cuma muka aku je tak boleh blah kat situ, mcm ribena.

Haa okay lah tu saje....meh ushar ONZ CANOPY (klik). Seriously jangan memandai pergi tanpa call orang tu, sebab korang TAKKAN jumpa rumah dia kat mana. HAHAHA~ kitorang hari tu pun kena tunggu kat Masjid Kg. Kangkar Tebrau, pastu ownernya jemput kat situ bawak pegi rumah. Haa ok. bye! Thanx sudi singgah sini (n_n)

P/s: venue wedding aku nanti bukan kat dewan, mahupun di rumah, tapiiii.... kat food court, pelik kan? hahaha

Sunday, 4 October 2015

MyWeddingJournal #1: Mekap & Baju Sanding

Salam.


Haa...banyak-banyak benda dalam persiapan kahwin, aku rasa moment memilih baju pengatin adalah moment yang sangat sweet. Aku tak tau kenapa, rasa macam lagi datang aura dia bila sama-sama ke butik pengantin. Sebab selalu aku tengok dalam drama je kan, skang bila dapat alami sendiri benda tu, rasa macam...hahahaha aku tengah buat persiapan kahwin kot!...and I'm so touched by this :) (ntah bila masa aku layan drama pun tak tau lah :p)

Aku pilih butik Elfieda Bridal ni, sebab aku suka style make up dia. Make up dia natural, dan tak over pada bahagian kening. Kalau nak tengok hasil mekap dia, boleh tengok kat FB : Elfieda Bridal (klik)

Lokasi Elfieda Bridal ni dalam shopping mall Skudai Parade, Johor (level 3). Memandangkan kitorang ni gerak naik bas, so amat mudah lah perjalanan sebab mall tu memang tepi jalan besar je. Sampai time lunch. Dah lapar gila, tapi tak boleh makan sebab hati tak tenang selagi belum setel booking baju sanding. Haha~


Sampai-sampai, staff Elfieda Bridal sangatlahhh mesra dan welcoming kitorang. Deal pun senang. Memandangkan koleksi baju-bajunya disusun mengikut warna, plus kitorang sendiri dah tetapkan nak warna apa, jadi memang senang nak pilih. Paling penting, aku tak suka banyak manik. Haha!



Paling tak sangka, aku selak-selak baju ikut warna yang dah dipilih, tak sampai 2 saat terus aku berkenan kat satu baju ni. Terus try dan terus..."Okay kak! Saya booking yang ni!" Hahaha~ cepat gila dah jumpa baju yang okay. Seronoknyeeee~

Selama ni aku fikir, alahhh lecehnya nak kena survey banyak-banyak bridal. Sekalinya, baru pergi satu bridal terus TERBooking. Hahaha..lepas setel semuanya, terus masing-masing macam berterbangan di ruang udara, terawang-awang dan terapung-apung gitu sebab lega gila dah booking mekap dan baju sanding. Haha~

Itulah saje cerita misi kahwin pertama seekor Lynndamya~ Hahah Bye, thanx sudi singgah sini :D



P/s: maaflah kalau entry aku lepas ni banyak pasal kahwin je ea...first timer kan, memang excited sikit, kah3 ;p