Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Popcorn. Show all posts
Showing posts with label Popcorn. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Diari Gadis Popcorn : Gerai kami akan berwajah baru !! :D


Asslamualaikum and hi readers. Kalau korang ingat hari tu, aku ada
cerita yang mak aku mintak tolong tukar kan banner untuk gerai
kitorang kat pasar malam. Dah lama siap, tapi tadi baru hantar
kedai print. Dan baru nak diupload ni ha :p


Masa mula-mula nak design, aku sangat takde mood sebab aku
nak buat comel-comel, dalam fikiran aku dah imagine nak guna
warna-warna terang contoh macam warna pink ke, hijau daun pisang
ke kan. Aku kalau boleh background dia nak guna warna putih je.


Tapi, mak aku tak setuju, takut cepat kotor. So, kena guna warna
gelap. Aku pun entah lah main design je, tapi saje je aku guna
jugak warna terang. Biar mak aku tengok dulu hahaha...



Mak aku setuju dengan design ni, tapi aku masih tak puas hati
sebab yang ni, aku main design je ikut suka hati, kira takde
concept lah. So, aku design lagi satu, guna warna gelap macam
yang mak aku nak.


Jadilah macam ni :


Aku suka design ni (puji diri sendiri) sebab ia ada concept.
Tapi, bila banner ni siap di print, bahagian depan nampak kosong,
sebab...



             Tepi kiri                                    Tengah (bahagian depan gerai)                                 Tepi kanan

Bahagian tepi kiri dan kanan yang meriah tu akan terlindung sebab
dilipat, so dari depan gerai nampak yang outline warna putih tu
je lah, corak tepi-tepi tu tak nampak. Dan mak aku suruh ubah
sikit, meriah kan bahagian depan.



Dan selepas siap, jadi lah macam ni :






Selain banner, menu juga di-renew supaya nampak sama
concept (n_n)




Dannn, kitorang ada buat special offer iaitu  ice blended berperisa :



Ahakz, sweet taakk? (n_n)
Khas untuk peminat drama Vanila Coklat gitu :p
Ehem..ehem, siapa yang nak rasa jemput lah datang pasar malam
di Johor ye, area Kulai. Hehehe :D


Okay, itu saja, terima kasih sudi baca (n_n)


Wednesday, 15 February 2012

Diari Gadis Popcorn : Ada Menu Baru Lah ! (n_n)

Assalamualaikum and hi readers. Untuk pengetahuan readers sekalian,
hari Rabu adalah hari yang paling sibuk untuk aku dan mak aku, sebab
selain menjual popcorn dan ice blended, kami juga akan jual kuih-muih.



So, malam tadi aku dengan mak aku sediakan karipap sardin, kira esok
nya tinggal goreng je lah. Hari tu, kitorang tambah lagi menu iaitu
Lempeng Kelapa.





Jadi, dengan bernasnya mak aku memberi cadangan untuk tambah lagi
menu baru untuk Rabu ni iaitu dengan menjual Murtabak Mini Ayam !!
(tepuk tangan~tepuk tangan~)


Jadi, tadi lepas siap buat kuih cara gula, karipap sardin, lempeng kelapa,
kami pun mulakan operasi murtabak mini itu.


Biasalah, orang tak pandai masak (aku) kalau masuk dapur, memang
bising. Kalau boleh aku nak bercakap dengan murtabak tu, cepatlah
masak. Memang lambat nak masak, kuali yang kitorang guna pulak
kuali leper yang size kecik tu, mak aku satu, aku satu. Dua-dua goreng
murtabak tadi, sangat kecoh (-_-') 


Akhirnya siap jugak murtabak mini ayam kami tu. Hehehe~


Selepas siap dibungkus ( RM2 )



Memang seronok main masak-masak dengan mak. Tapi, nanti aku
dah naik sem, siapa nak tolong mak buat kuih? Kesian mak :(


Friday, 3 February 2012

Diari Gadis Popcorn : Cubaan Pertama Menjual Lempeng Kelapa

Assalamualaikum and hi readers. Lama dah aku tak update untuk DGP ni.
Gambar semua dah ada, cuma aku malas nak update sebab gambar-gambar
tu resolutionnya tinggi. So, untuk menjimatkan masa upload menggunakan
broadband yang slow ni, terpaksa lah aku edit satu-satu gambar tu dalam
Psd untuk rendahkan resolutionnya. Leceh tau~ Tapi, hari ni aku rajin sket :p


So, hari Rabu lepas, kitorang tambah menu baru selain kuih karipap kentang
dan sardin, iaitu lempeng kelapa. Aku lah yang melempengnya, sementara mak
aku buatkan sambalnya. Tapi, kami buat sikit je sebab ni baru permulaan, takut
orang tak nak beli pulak. Kecoh dapur bila aku ada. Buat kerja tak bersopan-
santun langsung. Hahaha :p Jom kita tengok lempeng hasil kerjasama aku dan
mak aku ni...weee~~ (n_n)

Sedap kan? Hahaha <-- nak kena sepak ler tu (-_-')

Sejurus selepas di'lempeng'kan ke dalam kuali~~

Lempeng dah nak siap !!! (>_<)

Lepas siap, kita gulung-gulung dia mcam tu (n_n)

Tadaaa !
Siap untuk dibawak pergi berniaga di pasar malam :D alaaa, sorry terlupa lak
nak ambil gambar sambal lempeng ni :p Hihi...


First time jual lempeng ni, Alhamdulillah sebab murah rezeki agaknya hari tu,
cepat je habis sebab kat pasar malam tu memang takde orang lain yang jual
lempeng, jadi orang ramai pun agaknya nak tukar selera. Alhamdulillah, habis
lempeng yang dijual :) Rabu depan boleh jual lempeng lagi, yeayy !

Okay, bila tengok lempeng ni, terus perut aku mendendangkan lagu
Awan Nano, juara AJL~ Perut kalau lapar pun pilih lagu gak ek :p Okay itu
saja, kepada yang first time datang blog aku, meh baca siri Diari Gadis Popcorn
aku yang lain kat sini :


(n_n) selamat menjamu selera! Datang lagi ya, tQ !

Tuesday, 24 January 2012

Diari Gadis Popcorn : Macam Mana Popcorn Boleh Jadi Colourful ?

Assalamualaikum and hi readers. Sorry, aku lama dah tak update
pasal DGP ni. Huhu maklum lah aku sangat obses dengan Running Man
sekarang ni, nak wat apa pon tak bley~~

Okay, dalam siri lepas, aku ada bagitau popcorn terhasil dari biji jagung.
Ni biji jagung nya, comel je (n_n) :


Kalau korang nak tahu, biji jagung ni akan diproses di dalam mesin popcorn.
Yang korang tengok mesin popcorn kat cinema-cinema, itu versi yang lama.
Family kami order design yang baru, macam ni bentuknya (n_n) :

Kiri : Bahagian atas mesin tertutup ketika popcorn sedang dimasak.
Kanan : Bahagian atas mesin dibuka untuk menjatuhkan popcorn dari
periuk ke bawah :)

Pandangan atas mesin : Bila popcorn dah masak, ia akan meletup-letup keluar
daripada periuk tu, masa ni agak bahaya sikit sebab kalau terkena popcorn
yang baru keluar tu, sakit gila :(...selalunya, bahagian kulit yg terkena popcorn
tu akan menggelembung sikit, sebab panas. 

Tapi, kalau aku masak popcorn ni kat gerai time pasar malam, masa ni
lah yang orang-orang selalu tunggu. Kadang-kadang orang yang lalu-lalang
tu ter'stop' depan gerai aku, sebab nak tengok popcorn tu meletup keluar.
Hehehe (n_n) aku pon dulu jakun gak, suka tengok :p




Tapi...............





Macam mana pulak boleh jadi colourful macam ni pulak kan ??

Untuk pengetahuan korang, popcorn ni keluar jadi colourful macam ni sebab
ianya akan dicampur dengan bahan pewarna masa proses pemasakkan beliau.
Pemasakkan................(-_-') ?


Basic pewarna yang selalunya terdapat kat pasaran hanyalah :

Merah, Hijau, Kuning dan Biru


Ngehehe..... (n_@)

Jadi, sebagai art student, harus guna kreativiti sket kan, maka terhasillah
warna-warna yang lain iaitu :

Orange, Dark Purple & Light Purple, Dark Green & Yellow Green, Pink,
Gold, ...even kelabu / hitam pon pernah jadik tau, tapi itu sebab
aku tersalah campur warna (-_-') Alaaaa....sorry lah mak, abah... (cuak)



So, itulah sebabnya popcorn jadi bewarna-warni.
Ada pape soalan lagi? Sila tanya di ruang komen ye, thank Q (n_n)

Owh akan datang aku akan introduce kat korang popcorn-popcorn aku.
Popcorn aku ada ketua tau, ikut warna. Macam sukan-sukan kat
sekolah dulu~~~~ Hahaha (n_n)
Okay, dah habis, terima kasih sudi baca. Tunggu siri akan datang yek :D

Nah jemput lah makan (n_n)


Wednesday, 18 January 2012

Diari Gadis Popcorn : (Preview) Popcorn Datang Dari Mana ?

Assalamualaikum and hi readers. Hah tahniah kepada diri aku sebab
telah merdeka pada hari ini. Tahniah juga kepada diri aku sebab aku
berjaya menghabiskan semester 5 yang sangat mencabar dan sangat
memenatkan ni. Serius woO kalau boleh tak nak flashback langsung
apa yang berlaku sepanjang sem ni sebab sangat macam nightmare ok.

So, balik tadi, aku terus bukak blog, tak sabar nak update dan Cici just
made my day, sebab aku bukak-bukak je dashboard tadi, melambak dia
komen, Thanx dear, terharu i. Haha (n_n)

Now, aku nak preview sikit asal-usul popcorn ni. Apa yang korang tau
pasal popcorn? Rasa dia sedap? Manis? Sesuai makan time tengok movie?
Tahukan korang macam mana lah popcorn ni boleh terhasil dan jadi
warna-warni macam tu kan? So, untuk siri DGP kali ni, aku akan share
sedikit tentang penghasilan popcorn :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Popcorn bukan tumbuh-tumbuhan,
kita tak pernah dengar pokok popcorn kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk pengetahuan korang, popcorn datang dari biji jagung. :)
Pernah tak tengok macam mana rupa biji jagung tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah dia biji jagung. Kalau korang nak tau, popcorn terhasil daripada biji
jagung ni lah (n_n) Nak tahu macam mana? Nantikan update aku okay.

Okay, itu saja, terima kasih sudi baca entry ni :)

Nak baca cerita popcorn yang lain? Klik link di bawah :


DGP : Dialog Lucu Aku Dengan Customer
DGP : Entry Kuih Dan Muih


Friday, 13 January 2012

Diari Gadis Popcorn : Dialog Lucu Aku Dengan Customer

Assalamualaikum and hi readers. Hari tu aku ada bagitau yang aku ni jual
popcorn dengan ice blended kat pasar malam kan. Itu bisnes keluarga,
kalau aku habis study dan aku tak kerja kat mana-mana, aku memang
plan nak kembangkan bisnes parent aku tu sampai jadi kaya ! Boleh ke?
InsyaAllah~ hehe, sebab daripada kecik lagi aku memang suka berniaga,
sebab kerja sendiri kan, kita tak terikat dengan banyaaak sangat peraturan,
cuti pon boleh sesuka hati je. Hehe..

Kami start berniaga kat pasar malam masa aku tingkatan 5, sampai lah
sekarang dekat 5 tahun lebih lah. Masa awal-awal berniaga, mak aku tak
bagitau aku langsung yang abah aku dah berhenti kerja di bank, dan mula
berjual kat pasar malam, sebab parent aku takut aku terganggu dan susah hati,
masa tu aku nak SPM. Bila ingat sampai sekarang, aku still rasa sedih.
Nantilah aku ceritakan kesusahan masa kami awal-awal berniaga dulu,
sebab sekarang aku nak ceritakan benda happy dulu, hehe (n_n)

Berikut adalah dialog-dialog customer yang aku selalu dengar bila
mereka nak beli popcorn :

Scene 1

Customer : (Dia tengok popcorn aku colourful ada warna oren, warna hijau,
warna ungu lepas tu dia tanya) "Yang warna merah ni rasa strawberry ke?"

Aku : "Ehh, tak lah kak, warna dia je lain-lain, rasa semua sama je, manis :)"

(psst, popcorn aku ada warna biru tau~~)





Scene 2

Kita semua tahu yang popcorn ni rasanya manis kan? Tapi..........

Customer : (Belek-belek popcorn kat gerai aku) "Ada yang pedas tak?"

Aku : Haa ? (spontan) Err...takde kak, semua popcorn rasa manis je :)"

(dalam hati : kalau aku buat popcorn pedas, laku tak? haha)





Scene 3

Popcorn kan warna-warni dan nampak macam comel, dan dialog ni aku
terdengar daripada 2 orang lelaki yg sedang ontheway nak ke gerai aku,
sorang tu bagitau kawan dia, dia nak beli popcorn, lalu kawan dia cakap...

"ehh, kau nak beli popcorn? Itu kan makanan orang perempuan.."

Aku dan abah : (-_-') (tahan gelak)

Hahaha, at last diorang terus je tak singgah kedai aku pun sebab kawan dia
pon agaknya terpengaruh dan percaya yang popcorn tu makanan perempuan
agaknya. Hahaha...yelah, popcorn kan colorful, comel tu pasal diorang ingat
popcorn tercipta untuk perempuan je, haha kalau mereka yang macho ni beli,
seganlah. Segan ke? Kat cinema bukan korang selalu ke beli popcorn? Haha


Thank Q baca entry ni (n_n)

Diari Gadis Popcorn : Entri Kuih dan Muih 

Thursday, 12 January 2012

Diari Gadis Popcorn : Entri Kuih dan Muih (n_n)

Assalamualaikum and hi readers. Mungkin ramai yang tak tahu aku ni
anak seorang peniaga pasar malam :) Hehe, proudly to say about it, bcoz
certain anak-anak ni segan kalau parents mereka kerja-kerja macam tu.
Tapi aku takde sedikit pon rasa malu even aku tahu ramai je yang pandang
rendah sebab yelahh, peniaga pasar malam je lahh kan, apelah sangat~~
Tapi, aku tak kisah !

So, aku kan dah lama tak balik rumah, kali ni dapat peluang balik rumah
dalam 4, 5 hari camtu, dapatlah tolong parent aku berjualan kat pasar malam.
Basically, kami jual popcorn dan ice blended., tapi setiap hari rabu macam
tadi, my mom akan jual kuih-muih sikit. Hehe, tapi tadi aku bangun lewat
sikit, maklumlahhh..dah lama tak tidur atas tilam sendiri~ haha, aku turun
bawah je tengok mak aku tengah goreng karipap dah :p So, untuk tadi, 
mak aku buat kuih cara gula, cara jagung, dan karipap untuk dijual. Meh
kita tengok gambar pulak (n_n) hehe :

Bahan-bahan untuk buat cara gula & cara jagung (senang je!)

Bahan-bahan : blendkan santan, telur sebiji, garam secukup rasa
untuk cara jagung, blendkan semua tu + gula sikit untuk maniskan tepung
Bahan untuk inti : jagung/gula/daging/ayam/ pape yg sesuai lah :)

Tadaaa, dah siap kuih cara gula !

Ni pulak kuih cara jagung (n_n)




Dua inti untuk karipap sudah siap : Sardin dan kentang. Aku suka karipap
inti sardin ! (n_n) korang ??

Ni dia karipap hasil gentelan ibu kesayanganku~~ (n_n)

ni pulak hasil gentelan aku ! Comel kan ?? (@_@) hahaha okay aku dapat
buat sikit je, tu pun buat untuk makan kat rumah je, sebab dulu pernah gak
aku tolong mak aku pintal karipap tu, mula-mula okay, tapi lepas lama-lama,
jari aku penat terus senget-senget aku lipat...kena marah~ hahaha, sampai
sekarang mak aku tak percayakan aku kalau aku nak tolong dia lipat tepi-
tepi karipap tu :p hadoi~ mak~mak~~

karipap sedang bergolek-golek dalam kuali~~~


Tada....dah siap !

Haha, nak tengok tak karipap yang aku gentel tadi jadi macam mana bila
dia kena goreng ? (n_n)



Camni ah :

Gemokkkk kannn + comel !! Hahahaha (n_n)

Dekat jam 3 lebih, siap lah semua kuih untuk dibawa jual ke pasar malam.



orang Johor
panggil kuih karipap = epok-epok
tau !




Itulah cerita untuk hari ni. Owh ye, korang ni suka makan popcorn tak?

 Ni lah mesin popcorn kat rumah aku :) Korang tau tak camne popcorn ni
dihasilkan? Okay kalau nak tau, tunggu next update ok, aku akan ceritakan
camne popcorn boleh terhasil. :) hehe Thanx for read this !



Sunday, 21 August 2011

tembak orang guna payung?? STYLE !

hahaha bunyi cam pelik je..tapi designer2 skang ni memang kreatif..
jom tgk ni mcm mane payung boleh menembak...

ini lah rekabentuk payung yg boleh menembak tu..hehehe
senang je sistemnya...bahagian atas batang payung itu dibiar tidak bertutup..
tujuannya supaya air dapat dikumpul di sepanjang batang payung tu ( masa hujan lah kan)

jadi..............
boleh lahhh korang bermain tembak-tembak time nak pergi kerja ke, nk pergi kuliah ke...
tembak je sape2 yg korang suka..kalau dorang tembak balik..
payung tu sendiri leh jd perisai...tp kalau dorang kejar....err....try je lah hadiahkan payung ni kat dowg..
dowg mesti suka kan..haha

(n_n) nak payung ni~~~~~ hehe

design uncang teh yg cool


ni sesuai untuk cafe2 dekat dalam kawasan hospital...cuma jangan terletak handiplast betul sudahh...

ni teh untuk yang berani saja ! hahaha...


menyelam sambil minum air teh?? hehehe...jangan sampai tertelan pulak kapal selam tu..
naya je...haha

ni aku tak lalu nak minum...eeuwwwww....geli lah !

menggunakan element alam semulajadi...sesuai dihidangkan untuk pelanggan2 di
spa-spa kecantikan / di sauna....aman rase... :)

hahaha yg ni cool...aku tak sure lah dalam ni betul2 teh atau sekadar gimik je...
ada ke teh yg menyala??

uncang teh yang ni agak smart and casual...
kira style lah untuk digunakan dekat cafe dekat office2..

sape kata baju T tak boleh diminum skang??

ni tea bag yg designnya macam cookies...korang boleh jimat jugak masa tea time..
tea bag ni merangkumi teh dan cookies..hehe

tea bag ni feminin dan nampak lembut je...kalau gadis2 yg guna memang sweet.. <3

haaaa...ni sweet ! aku suka..hehehe rasa nk buat utk my sweetheart je..hihi

ni paling style ! kalau ada jual kat malaysia memang aku book dulu...
kalau halal aku minum, kalau tak halal, aku simpan buat collection jer..
last sekali.........CHAK !! hehehe cute kann dak ni..thanx for reading.. :)

(n_n) tea time..............~~~

design utk korg yg sgt pentingkan privasi masa guna laptop

hah ni dia...dah macam alien dah aku tgk kalau pakai sarung ni..haha
sarung ni direka khas untuk orang2 yg inginkan privasi semasa sdg ber'lappy' di public..
material dy maybe kain yg ada rongga2 udara yg besar
untuk mengelakkan si pemakainya lemas..
so, boleh lah try kalau anda selalu travel then perlukan ruang privasi sket
di tempat2 awam mcm kat airport ke, fastfood restaurant ke..
make sure klw korg pakai tu, korang gerak2 la sket supaya
orang sekeliling tau korg ni manusia...
dan bukannya alien..
hahaha so korang tergamak nak pakai??

(n_n) agak2 budak2 takut tak kalau dia nmpak org mcm dlm ganbar tu??

Saturday, 20 August 2011

restoran FACEBOOK yg cool !!

FACEFOOD actually..hahaha
so, amacam geng nak makan kat sini x?
aku pon xsure lah kat mane ni, tp tgk gaye cm bukan kat malaysia je..
aku tertarik tgk name dia..facefood...
memang pengaruh facebook skg sangat2 berleluase..
tp aku rse klw nk lg cool...
interior design dlm restoran ni buat layout mcm facebook
mcm mane tu aku xtau lah..tp klw btol2 ade..
sangatlah style !! haha
jom, makan sini !
setiap suap = 1 likeeee..
heeee.... :D

(n_n) even tumpang glamour ala2 nme facebook, tp aku support idea ni !