Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 22 July 2012

Koleksi Kartun Muslimah Yang Menawan Hati


Salam and Hi. Bulan baik ni, aku nak kongsi benda-benda baik untuk
pembaca sekalian. Sejak akhir-akhir ni, aku tengok makin banyak
doodles kartun muslimah menghiasi page home di FB. Cantik-cantik
dan sejuk je mata memandang. Jom tengok doodles kartun
Muslimah kat bawah ni (n_n)


Ada yang lemah-lembut saja :




Cantik sangat kan?


Ada juga karakter kartun Muslimah yang aktif dan ceria :


Comel (n_n)


Paling sweet kartun pasangan suami isteri / keluarga Muslimah /
sahabat-sahabat macam ni :





Satu yang aku perasan, kartun / doodles Muslimah ini tone warnanya
dan moodnya adalah terang dan tenang. Mungkin tone itu simbolik
kepada cahaya atau 'Nur' itu sendiri bila kita beriman kepada-Nya :)



 Sweet sangat :)


Aku suka gambar ni ! Hihi~

Style gila !! :D


 "Wanita, hiasan dunia...
Seindah hiasan adalah wanita solehah..."

Owh ye, wanita-wanita sekalian, peliharalah diri anda ya.
Semoga kita terpelihara dari segala kejadian buruk dan jahat,
amin~~


Owh ye, ini cool~


Heheh...itu je, thank sudi baca (n_n)




Pergi Solat Terawih kerana ibadah, bukan untuk menunjuk


Hi. Salam semua. Tengok tajuk entry dah terang tang tang entry ni
pasal apa kan? Yup, malas nak mukadimah. Straight to the point.


Memang obvious sangat. Terutamanya pada yang suka update
kat lamang-lamang soSiaL seperti FB / Twitter. Ye, aku tahu certain
orang update untuk mengajak orang lain supaya turut sama
melakukan kebaikan.


Tapi, harus ada cara lah bro !
Nak berdakwah harus berhikmah, ayat mengajak biar cun.
Ini antara hikmah dengan perasaan riak pun kau tak reti nak bezakan.
Tu yang jadinya, keluar komen or statur macam ni :


"Alhamdulillah, selesai mengerjakan solat tarawikh malam pertama
sebanyak 20 rakaat"

"Baru balik daripada solat tarawikh 20 rakaat. Penat tapi atleast
aku pergi daripada orang yang duk rumah tengok cerekarama"

"Aku sempat buat 20 rakaat je tadi :( Sikit sangat"

"Kau buat berapa rakaat? Setakat 8 je tak main lah, aku buat tadi
sampai 20 rakaat tau !"


Eh, hello?

Kau dah kenapa bro? Ini bukan mengajak orang, ini menunjuk-nunjuk
kat orang ramai. Aku rasa kalau nak beribadah ni, tak payah lah
nak update kat status segala bagai nih.

Ini tiap kali buat baik sikit, dah nak kena cerita semua kat lamang-lamang
SooSiaL. Siap mention segala bagai yang tak perlu lagi haa, supaya
orang tahu betapa 'IKHLAS' nya konon dia buat semua tu.




"Weyhh....

Bukan friends kau kat facebook tu yang bagi kau pahala.
Bukan followers Twitter kau yang bagi kau pahala..."


 Kau buat baik, kau beribadah, senyap je lah. Allah tahu.
Gerenti Allah bagi ganjaran kat kau. Jangan risau, InsyaAllah, bro~

Ok, tu je. Salam Ramadhan.

p/s : owh ye, jangan lupa niat puasa ye. Kalau tak ingat, ada kat bahagian
atas blog ni. Hehe :)