Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 5 August 2012

Round Bazar Hujung Minggu


Salam. Hi semua. Hari ni kat JB hujan je dari pagi sampai ke malam.
Sejuk ! So, hari minggu ni korang pergi mana? Shopping raya ke?


Aku bangun siang tadi terus kena buat popcorn lagi sikit, ada orang
order. So petang terus hantar kat rumah orang yang order tu, then
lepas tu terus Jalan-jalan Cari makan, round bazar sekitar Johor~
Hewhewhew (rasa best pulak gelak camni)



Bazar first yang aku pergi ialah bazar kat Kota Tinggi. Perghh,
nampak daripada tepi jalan, memang panjang bazarnya. Tapi, bila
round, sekejap je dah sampai ke hujung. Adakah itu magik?


Aku ni tak senonoh sikit, nak pergi bazar yang banyak kedai je,
yang sikit aku tak nak pergi, sebab tak tau nak beli apa. Tapi...
bila dah pergi kat bazar2 yang besar camtu pon, stil tak tahu nak
beli apa. Apa kejadah lahh~~
 

Last-last, aku beli lah nasi ayam berempah dengan abah aku.
Mak aku beli murtabak, RM5. Sekarang murtabak dah tak dapat
dah dengan harga RM2. Tempat korang berapa harga murtabak ek?


So, lepas berbuka dan solat Maghrib, kitorang pun pergi lah round
Bazar Kota Tinggi yang dekat tepi sungai kota tu. Siapa orang johor,
mesti tau :D Huuu~~ramai sangat orang tadi.

(Sorry lah, xde gambar nak tunjuk, tadi tak bawa kamera)


Dan lepas tu, dari Kota Tinggi, kami terus pergi ke JB, niat di hati nak
singgah ke Bazar Karat kat bandar Johor. Korang pernah pergi tak
bazar karat? Ia diibaratkan macam Uptown lah, tapi lagi meriah sebab
memang betul-betul tengah bandar JB yang sesak tu.


Tapi tadi tak dapat singgah pon, sebab parking memang full gila!
Start jam 8 malam je kalau naik kereta, jangan harap lah nak dapat
parking dekat. Kena parking jauhhh dan jalan kaki ke bazar tu.


Owh ye, aku tahun ni tak perlu beli baju raya, sebab mak cik aku
dah bagi aku baju raya yang dia beli tapi baru pakai sekali. So,
aku amek lah, jimat~~jimat~~ 

Btw, gambar ni aku amek dpd album ZALORA, ready to wear by
Jovian Mandagie. Sumpah, baju ni sangat memikat hati aku ! O_O
tapi dah sold out~~~ T_T uhuk2..
(bajet kalau ada stock, aku mampu beli, hahah)

Owh ye, baju raya korang warna apa?? (n_n)




Wednesday, 1 August 2012

Happy Friendship Day for F.R.I.E.N.D.S ( 1st August)


Korang !!!!
Hari ni 1 ogos lahhh.....
Hari ni Happy Friendship Day !!


Eh, korang tak tau ke hari ni sambutan persahabatan? Meh kita baca jap :


Sejarah Friendship Day

Friendship day ni ialah hari kita meraikan kawan-kawan, dan telah
diraikan sejak bertahun yang lalu di Amerika Selatan. Friendship Day
diperkenalkan dan disambut secara rasmi bermula pada tahun 1958.

Pada asalnya, sambutan ini diperkenalkan oleh industri kad ucapan,
yang memperkenalkan sambutan ini melalui pelbagai jenis kad ucapan
untuk dihantar kepada kawan-kawan pada hari sambutan tersebut.

Selain kad ucapan, hari Friendship Day ini juga makin tersebar
melalui medium digital seperti online/digital card, mobile SMS dan
sebagainya.

Pada awal perkenalan sambutan Friendship Day, tarikh sambutan
adalah berlainan mengikut negara masing-masing, tetapi telah
diselaraskan kepada tarikh universal iaitu pada 1 OGOS tiap-tiap tahun.

Jadi, aku nak wish kat kawan-kawan aku di alam realiti mahupun
di alam maya dengan ucapan :


Yeaaaayyyyy (n_n) !!

Boleh jalan-jalan dengan kawan~

Boleh panggil hujan karaoke dengan kawan-kawan~

Boleh mintak penampar free daripada kawan-kawan (selama ni berbayar kot)

dan boleh hug-hug sikit~~~ (utk sama jantina je ye kanak-kanak sekalian)

Owh ye, aku rasa pic ni cute sangat :


"Happy friendship day, untuk kawan-kawan aku semua...."