Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 13 June 2013

Setelah beberapa hari belajar Sketch Up....

Salam semua. Semalam, aku try-try guna semula Sketch up ni, lepas beberapa bulan
aku tak guna. Haha, agak terkedek-kedek jugak nak faham, tengok apa aku buat untuk
practice beberapa hari ni :

Aku tak tahu lah ni tong petroleum mana aku sketch nih
Ni kononnya aku nak buat rumah banglo yang ada garaj kereta, tapi baru sampai garaj yang buruk ni
je aku dah surrender~ Puihhhh
Okay, nampak tu dah ada asas-asas banglo gedabak dah tu~~hahaha


Dan akhirnya.....
warghhhhh !!! Siap gak sebijik rumah banglo aku nih !


Ketinggian rumah ni memang banyak kali aku tinggikan lagi, sebab bila aku letak je model tu
dekat beranda belah atas rumah tu, kepala dia terhantuk kat siling atas rumah tu (-_-')

Sempat dia mengaduh kat aku.... (O_O')





Lepas tu, aku explore mcm mana nak color
dan letak texture pulak, haha best !



Ini ibarat main focus rumah aku, chewahhh~~
Bahagian dalam rumah, masih kosong, aku belum tabah nak buat :p
Pandangan dari ruang beranda atas kepada bahagian main focus rumah

Okay, actually konsep rumah yang aku buat ni walaupon buruk, tapi agak hampir menepati
ciri-ciri rumah idaman aku. Aku suka rumah yang ada unsur-unsur alam semulajadi, macam
ni :

1. Ada unsur-unsur kayu


2. Ada unsur air (mengalir tenang)
(ini memang betul2 serupa macam apa yang aku nak, aku nak ada air mengalir di dinding
sebesar ini !)

dan aku nak rumah aku berwarna hijau, dan terletak dalam taman yang hijau.



Maka...



rumah yang aku design tu jadilah begini,


Dari pandangan beranda atas :





Dan ini full view daripada bahagian depan :


Okay tak ?? Haha

Just perfect for me :D


Ada kayu, ada air mengalir kat dinding, takde pagar, banyak tingkap cermin,
dikelilingi pokok dan daun-daun hijau...

Lepas ni, nak explore macam mana nak buat perabot pulak, nanti aku update.
Terima kasih sudi singgah sini (n_n)



Wednesday, 12 June 2013

Ini cerita tentang Mati & Rindu


Ingat mati itu penting

Selain dapat menginsafkan diri kita,

ia merupakan 'cara' untuk aku menghargai seseorang yang dekat dengan aku..



Kau takkan dapat bayangkan betapa rindunya kau pada orang-orang yang kau
sayang, jika mereka dah takde...

Kau takkan dapat bayangkan betapa kau menginginkan orang-orang yang kau
sayang / menyayangi kau untuk hidup kembali semata-mata untuk melepaskan rasa
terkilan kau kerana selalu mengabaikan mereka ketika mereka masih hidup...

dan kau takkan dapat bayangkan betapa lemahnya dan sakitnya apabila rasa terkilan
itu bertahun-tahun menghantui kau, dan kau tak mampu untuk berbuat apa-apa...



....







So let's appreciating more than ignoring...

:)