Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 25 May 2014

Malaysia Berjaya Ke FINAL PIALA THOMAS !!


Jutaan tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah berusaha sekeras mungkin demi melayakkan Malaysia mara ke peringkat akhir Piala Thomas 2014!

keputusan perlawanan Datuk Lee Chong Wei vs Tommy

Keputusan Yang Mengejutkan China

Pada peringkat separuh akhir menyaksikan China bertemu Jepun setelah China menang 3-0 (menentang Thailand) dan Jepun menang 3-1 (menentang Perancis) pada suku akhir. Manakala Malaysia pula layak ke separuh akhir bertemu Indonesia setelah Malaysia menang 3-1 (menentang Denmark) dan Indonesia menang 3-2 (menentang Korea) pada suku akhir.


Namun, jangkaan Malaysia akan mara ke Final dengan bertemu dengan China meleset apabila China yang sebelum ini telah 5 kali menjulang Piala Thomas sebelum ini, telah mengalami kejutan besar apabila kalah dengan Jepun 0-3, sekaligus melayakkan Jepun mara ke Final, bertemu dengan Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 pada separuh akhir.


Dan kini ia melakar sejarah di mana buat pertama kalinya Malaysia bertemu menentang Jepun pada Final Piala Thomas 2014, yang sekaligus membawa harapan rakyat Malaysia untuk melihat semula pemain tanah air kita menjulang Piala Thomas dengan bangganya selepas 22 tahun menanti!

Semoga kejayaan ini berulang semula ! :)

Jadi, beramai-ramailah kita menonton Piala Thomas ni hari ni,

Malaysia VS Jepun
25 Mei 2014 (Ahad - hari ini)
5.30 petang

(aku sangat kesal sebab game ni takde disiarkan di tv 1 / tv 2 /mana-mana stesen tv yg percuma. Menteri belia sukan ada buat statement memohon maaf sebab telah memberi hak penyiaran tersebut kepada pihak tv swasta..mohon maaf je?? Damn~ seriously sangat kesal dan marah tentang ni!)


p/s : tolong menang boleh? Mengharap sangat dah ni~ hahah


Friday, 23 May 2014

Baju Raya Jovian Mandagie 2014 Dah Publish di Zalora !!!


Ko tengok model dia semua macam patung, eh ke memang betul-betul patung? haha...Sumber

Yahooooo ! Inilah saat-saat yang aku nanti-nantikan selama ini, koleksi baju raya Jovian Mandagie dah keluar dan dah dipublishkan di ZALORA !!! Yahooo ! Yahooo! Aku dah ushar tadi, design memang tak mengecewakan, banyak yang menarik perhatian aku, ah pada aku semuaaaa cun gila..jom aku preview sikit kat sini :



So simple, so elegan, ekslusif, sweet dan sebagainya...hahaha semua yang aku tunjuk kat atas tu adalah yang kena dengan taste aku, ada baaaaanyak lagi, korang boleh tengok sendiri di





Apapun, aku rasa aku belum lagi sampai tahap yang terus nak beli, sebab banyak lagi benda yang lebih memerlukan duit aku ni. Design-design ni memang padanlah dengan harganya yang Rm 350 ke atas. Sebab memang hasil tangan pereka fesyen yang terkenal kan. Hihi...so kepada sesiapa yang rasa teruja dan ada duit, boleh lah grab cepat-cepat ya...hehe (n_n)



p/s : akan datang aku nak jugak beli satu kalau dah cukup duit ! Hehehe