Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 4 January 2015

Kawan Saya Dah Dapat Baby!!


Salam \(n_n)/
Jirah a.k.a Bunga Sejambak (paling kanan)


Bagi aku, dia salah satu kawan rapat aku sejak diploma, tapi tak tahu lah dia anggap aku ni kawan rapat ke tak :p Hahaha. Hari ni hari jadi dia, dan hari ni jugak, dia selamat melahirkan seorang baby girl dengan berat 3 kg!

Yahoooo! Alhamdulillah (n_n) seronok gila dengar berita ni kot! Tak sangka kawan aku dah jadik mak.. hihihi so sweet ;D Ni baby dia, comel kan!!


Omeyyyy angat!! Baby girl bam-bam!! Haha untuk jirah, selamat hari lahir dan selamat menjadi ibu (n_n) Sayang u!!

p/s : kita takleh 'i jage you...i jage you....' lagi dah. Skang suruh Farid yang jage you ye~ hahaha :p I rase nak nangis gembira pulak skang ni..hihi happynye :')


Friday, 2 January 2015

Ibu Menangis Kutip Cebisan Daging


Salam. :'(

Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.
Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.
Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.
Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20599#sthash.Md5da0YY.dpuf

-------------------------------------------------------------------------

Emosi aku terganggu betul bila terbaca ini. Terfikir betapa tabahnya hati si ibu ketika mengutip cebisan daging anaknya, satu-persatu. Subhanallah... Allahuakbar... :'(

Tambah menyedihkan, anaknya dan kawan anaknya itu dalam perjalanan untuk mengambil upah mengecat masjid demi mencari duit poket sempena musim cuti sekolah :'( Kesiannya.... :'(

Ya Allah, semoga kau beri ketenangan dan ketabahan untuk ahli keluarga dan kenalan arwah. Lindungilah kami semua ya Allah dari semua musibah dan kejadian buruk. Aminn..

p/s : kadang aku terfikir, siapa nak bantu keluarga aku kalau ditakdirkan aku yang pergi dulu....memang Tuhan ada untuk bantu, tapi sebagai anak, bila fikirkan itu, mesti sedih ;'(