Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 2 July 2012

Berakhirnya Subject Minor Photography


Yahooooooooooooooooooooooo !!!!!
Googleeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Wikipediaaaaaaaaaaa!!!!


HAHAHAHAHAHAHHA....
hari ini hamba rasa sungguh gembira dan bebas sebab hari ini
hamba telah berjaya menghabiskan subject minor yang macam
major nih !!


HIHIHIHIIHIHIHIHIHIIII~~~~
Tadi final presentation. Cuak gila, lecturer yang assess tak nak
satu kampung pulak kan. Ganeh sungguhh. Lebih dua ekor jugak
'butterfly' berterbang-terbangan dalam perut aku masa tunggu turn.


Owh ye, aku tak nak cerita sangat pasal presentation tadi.
Aku nak cerita betapa gembira dan terharunya aku masa habiskan
duit dekat RM200 semalam demi project minor ini !

>_< !!!


 Kami kena print 5 photo size 11R ke atas. Tapi, kena buat
test print dulu, dan even dah buat test print pon kadang-kadang
tetap berlaku kesilapan teknikal. So, ada gak yang bila aku
dah print besar, tapi warna dia tak memuaskan hati dan nafsu aku, 
so priiiiiiinnnnnntttttt lagi banyak2 !!


Suka sangat !! (u_u)


So, malam tadi bertungkus-lumus lah aku buat finishing untuk
photo-photo yang dah diprint besauu tu~




Akhirnya tercapai jugak cita-cita aku nak buat artwork camni :D

Ni pulak cover CD softcopy, err...sorry nama aku terpaksa di
sensored ! Biasalahhh, nama mahal kan~~~ (u_u)



Ini pulak visual diary kononnyaa~~~~~ Beberapa helai je, hahah :p


Yeayyy...siap sudah ! Alhamdulillah :D


Owh ye, alhamdulillah juga tadi berjalan lancar. Sebab turn kami
awal, so agak heaven lepas tu boleh terus balik bilik (n_n)



Haa, lepas ni kena fokus lagi dekat tiga benda iaitu :

MINOR Academic Writing
MAJOR PROJECT
MAJOR Academic Writing



Arghhhhhhhhhh !!!!!!



Nervous kembali~~~~~ T_T


Friday, 29 June 2012

Like This Yo Like this !


Like this~ Yo ! Like this !

Haha aku tengah angau lagu Wonder Girls yang baru tu ha..
Like this ~ Yo ! Like this !


Ok, baru je tadi siapkan full draft major Academic writing.
Sekarang nak edit photo lagi ni, haishh
lecturer kalau selagi bukan esok submission date nya,
adeeeeeeee je yang dia nak suruh ubah...
Mangkok tingkat betul lahh...


Then, petang ni ada gotong-royong kemas studio untuk
Degree Show..owhh terpaksa lah participate kan~~
kalau tak tak dapat lah book panel untuk letak artwork nanti
Huhu...


ada member yang tak nak datang ke? pergi mampos lahh
tapi lepas tu jangan nak bising macam langau hilang bini
bila tak dapat panel or what okayy~


Okay, astagfirullah'al azim...
Hari ni Jumaat, tak baik mencarut. Maaf2~
 Hmm...biasa lah kalau tengah serabut macam ni, 
hari-hari merupakan hari klimaks..
Memang rasa macam nak lempang je sapa-sapa yang
buat hal...
Except for 'that person'
:D


Okay lah, nak edit photo sudah~~
Wuarghhhh.....
maaf lah entry2 di kala aku buzy ni lebih kepada
entry personal yang ala-ala luahan perasaan dan kepenatan
di sini...
Maaf jika ada reader yang tak faham menatang apa yang
aku cuba sampaikan ni...
Ianya adalah menatang yang hampir pupus..


Ok bye (u_u)

(tajuk entry takde kena mengena dengan entry...taktik promotion katenye)