Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 17 July 2023

Cabaran Kurus & Menang Shopping Voucher 1k dpd Shaklee

Salam semua :)
Sedar tak sedar, dah 6 tahun saya jadi pengguna tegar Shaklee. Daripada set berpantang, set bersalin, set sendi sehinggalah ke set loose weight Shaklee, semua saya dah guna dan Alhamdulillah kesan dia sangat berkesan dgn izin Allah. Kalau tak, takde lah saya setia dengan Shaklee sampai 6 tahun kan~ Hihi

So, hari ni saya nak explain tentang program terbaru Shaklee yang baaaaru je release hari ni tau, program apa??

PROGRAM 30-DAYS TRANSFORMATION CHALLENGE!

Haaa, dengar challenge je terus seram ye? Haha sabar~ baca dulu penerangan saya berkenaan program ni, anda confirm akan rasa macam lahhhh gitu je ke?? Senang je tu, boleh lah joinnn... hihi

Challenge ni adalah cabaran untuk anda yang nak loose weight dalam masa sebulan jeeeee, dan 

Pemenang dipilih melalui peratus berat yang berjaya diturunkan!

Nampak tak betapa senangnya challenge ini :D

Takde nya dia nak tengok berapa jam korang bersenam satu hari, takde pun nak tengok berapa butir nasi korang makan satu hari, takde nak tengok hari ni korang berjaya tak makan langsung atau tidak...

NO!!!! TAK PERLU!

Jadi, apa yang anda perlu buat untuk join challenge ni??


Set Produk Transformation ni memang Shaklee dah buat kajian dan select yang terbaik untuk anda turunkan berat badan melalui jalan dan kaedah yang selamat dan sihat secara sangat berkesan.

Kalau korang nak tahu, saya sendiri dah guna kesemua produk yang ada dalam set Transformation ni, (kecuali alfafa sebab sy tukar dgn herblax).. so, memang tak dinafikan kesan dia sangat terbaik!

Jom kita ambil tahu macam mana setiap produk dalam set Transformation ni saling membantu dan melengkapi bekerja untuk menurunkan berat badan anda :)

1. CINCH SHAKE SHAKLEE

CINCH ni adalah meal replacement yang berasaskan protein dpd soya tau. Bermaksud ia sangat baik untuk untuk dijadikan pengganti breakfast / lunch / dinner seharian anda tanpa perlu fikir tentang kesan gula, sebab CINCH bukan karbohidrat.

Fungsi Cinch ni untuk mengekalkan otot anda supaya kekal fit walaupun anda sedang berdiet nak membakar lemak2 anda. Kita tak nak lah kurus lembik kan, kita tak nak lah bila kita diet, otot2 kita pun hilang sekali dengan lemak. 

Jadi, untuk mengelakkan benda ni berlaku, Cinch sgt penting dalam diet sebab kandungan dia ada Leucine, yang membantu memelihara dan melindungi otot agar kekal fit semasa berdiet.

CINCH dalam set ni ada dua pilihan, sama ada nak flavour chocolate, atau pun flavour latte. Dua2 sedapp sangat!

2. OMEGA & LECITHIN

Omega dan Lecithin pula sangat2 power dalam pembakaran lemak dan kalorinya. Yang ini pun dah bertahun saya guna, memang kalau konsisten dua beradik ni insyaAllah berat badan anda memang dalam kawalan. Small matter je gitu kata orang putih~ hihi

Omega ni kapsul minyak ikan, senang je tinggal nak telan je. Tak rasa pun hanyir minyak tu, pastu omega ni selain fungsi dia membakar lemak pd organ-organ dalaman kita seperti jantung, perut tu kan.. dia juga ada Leptin tau!

Leptin ni adalah hormon kenyang. Hormon ni memang semulajadi dihasilkan oleh sel lemak (tisu adipose) dalam badan kita untuk beri signal pada otak kita bahawa perut kita dah kenyang. Jadi bila consume Omega, Leptin dalam badan kita akan bertambah.

Semakin banyak Leptin dalam badan kita, semakin lama rasa kenyang yang kita rasa sebab leptin dah hantar ke otak beri signal ckp kita sedang kenyang. Tambah pulak dgn minum Cinch tu pu mengenyangkan jugak, 

Nampak tak betapa padunya Set Transformation ni bekerja untuk menurunkan berat badan anda? :D

3. LECITHIN


LECITHIN ni pun dah 2 tahun saya konsisten amalkan :)

Lecithin ni pula fungsi dia untuk pastikan lemak-lemak daripada apa yang kita makan tu, tak melekat di bawah sel2 kulit kita. Lecithin akan pecahkan lemak-lemak tu jadi kecik-kecik seterusnya menjadikan lemak2 tu lebih senang dan cepat terbakar menjadi tenaga yang kita akan gunakan.

Sebab tu bila guna lecithin, kita akan perasan inch loss tau. InsyaAllah jika konsisten mesti berjaya!!

4. ALFAFA

Alfafa pula sangat membantu untuk proses detox and cleansing dalam badan kita. Yelah, dah ganti meals dgn Cinch, dah pecah-pecahkan lemak2 degil jadi kecik2 pastu bakar dia, akhir sekali kenalah buat detox untuk pastikan segala lebihan lemak dan benda2 yang memudaratkan dalam badan kita tu untuk disingkirkan daripada badan.

Dan untuk proses penyingkiran bahan kumuh tu pulak, usus kita mestilah sihat kan? Kalau tak sihat, terjadilah masalah sukar membuang air besar, berak berdarah, tak lawas dan sebagainya.

Jadi, Alfafa membantu untuk melancarkan proses pembuangan anda disamping menjaga dan melindungi usus anda sebab alfafa ni dia ada prebiotic. Memang terbaik untuk kesihatan usus kita.

*************************************

Jadi, itulah dia sedikit sebanyak info tentang 30-Days Transformation Challenge yang Shaklee Malaysia anjurkan. Nak join u'olls boleh pilih dulu nak flavour apa tau untuk Cinch tu, nak latte atau chocolate :)



Haaaa tapi jangan risau tau, korang abaikan je harga non member tu SEBAB..

Set ni kalau beli memang dapat FREE MEMBERSHIP, so maksudnya, korang yang berminat boleh teru je aim harga dia yg RM455 tu tau :D

RM455 FREE MEMBERSHIP DAN FREE POSTAGE, YAHOOO !!!

Berminat nak join?? Jom wasap saya di Link wassap ni, copy pastu search kt google http://www.wasap.my/601120848992

Kalau nak call pun boleh, tapi make sure bagi wasap dulu kenalkan diri bagitau nak call saya untuk tanya pasal challenge ni ya. Or area Bangi Kajang nak meet up untuk saya explain secara offline? Boleehhhh, bagitau je ye :)

JOM KURUSSSS SIHAT BERSAMA SET TRANSFORMASI SHAKLEE!!

Tuesday, 14 June 2022

Bestnya Dediangs ke G2G Animal Garden Serdang

Salam hai, korang pergi mana je masa cuti sekolah hari tu? Kitorang tak dapat pergi mana pun sebab semua tak sihat, tapi nasib baik sebelum tu kitorang dah merayap ke Melaka dan pergi mini zoo hari tu, so tak terasa sangat lah bosan kan..hihi

So, dalam entry ni aku nak cerita pasal Mini Zoo yang kitorang pergi hari tu. Lama dah aku aim nak pergi sini, tapi entah kenapa tak dapat green light hahaha.. so kebetulan masa tu parent aku datang tido rumah, maka aku usulkan cadangan untuk ke sini hihihi.. ye lah daripada pergi Mall nanti habis duit beli ntah pape, baik lah pergi zoo tgk animals, dediangs pun suka :)


Dekat je dengan rumah kitorang, G2G Animal Garden ni area Maeps Serdang tu ha, memang dalam tu pun. Besar rupanya kawasan dalam tu, dah masuk dalam tu hujungggg tu nanti baru lah sampai tempat nya.

G2G Animal Garden ni berkonsepkan petting zoo, so haiwan yang ada kat situ semua nya haiwan2 yang jinak daripada kucing, arnab, sampai lah ke haiwan2 ladang seperti kambing, kuda dan sebagainya.


Jom tengok apa yang bestnye pasal G2G Animal Garden ni :D

1. RUANG YANG JUST NICE UTK JALAN KAKI

Yes, ni yang paling best! Jarak antara satu rumah haiwan dengan haiwan yg lain dekat2 je tapi teratur kawasan dia. Not bad lah bagi aku, maybe sebab sebelum tu kau dah berpenat-lelah menapak dalam Zoo Melaka yang sangat luas itu, jadi bila g Mini Zoo camni rasa macam ya Allah, seronoknya sebab tak penat jalan sangat~ Hahaha!

First masuk, korang akan melawat taman burung dulu sebelah kanan. Dia punya tempat burung pun sangat lah best, even ramai tapi sebab burung dia pun banyak, so takdelah berebut sangat nak tengok. Boleh beli kuaci yg disediakan utk bagi makan kat burung2 tu.



Marissa masa ni dah tak kelihatan dah sebab dia nangis, nak bagi burung makan kuaci, tapi takut.. lepas tu nangis pulak hahalahai lah anak~



Background yg ada gambar burung2 ni colorful, cantik sungguh! Tapi ada satu kejadian masa aku bergambar sorang kat situ, orang yg jaga tu pergi letak burung kakak tua yang suka menggigit tu kat bahu aku tanpa diminta, hadoi haa habis tanggal dia gigit brooch tudung aku kat belakang tu hahaha~ aku dh risau dah lepas tu dia mcm letak paruh dia kt pipi aku.. kang dia kokak naya je hahaha!


Seram tau haha, nasib baik lah masa ni i'olls pakai tudung belit2 yg menggunakan banyak brooch, so boleh lah ganti brooch belakang tu dgn brooch tepi2 bahu tu kan~ 

2. KERUSI BANYAK DISEDIAKAN

Bagi korang yang bawa mak ayah yang mungkin tak boleh berdiri lama, sakit kaki, or korang sendiri yang penat tengok anak tak nak berganjak bila tengok haiwan favourite masing2, haa jangan risau. Ada je banyak tempat duduk disediakan untuk korang tunggu.



3. HAIWAN YANG KIDS FRIENDLY

Dah kata konsep dia petting zoo kan, haruslah semua haiwan boleh dipegang haha~ tempat kucing dia best tau dalam aircond~ kayangan betul! Masuk je dalam semua tengah tido. Dasar kucing mahal, acah2 mainan pun dia berat nak gerak haha.. tapi takde gambar pulak, ralit tengok kucing hihi.. 



4. TANGKAP IKAN PASTU BOLEH BAWAK BALIK

Haaa ni paling best lah kot aktiviti kat situ. Tapi yang tak bestnya aku rupanya takde bakat langsung dalam aktiviti tangkap2 ikan ni hahah~ ikan dia pandai pulak tu, diorang mcm dah kenal je dengan jaring tu. Nampak je terus beramai2 lari daripada jaring.. hahah~ nenek dediangs duduk tepi je memula tu..


Lepas tu dia pun turun kolam haa, agaknye dalam hati agaknye, eh geram aku tengok anak menantu aku ni tangkap ikan tak dapat-dapat, hahahah!


Ni lah dia mak dediangs yang fail tangkap ikan tu, pandai bebel je lebih sebab takut anak aku termasuk pulak dalam kolam ikan tu~


Akhirnya dapat lah jugak sorang sekor hasil kautan daripada dedi nya~ Sempena hari bapa yang just around the corner ni, usaha2 kebapaan macam ni memang wajar utk diingati dan dihargai oleh isteri dan anak2 sekalian hahaha (>_<)

5. HAIWAN LAIN PUN ADA JUGA!


Free je tau ambil gambar dengan encik ular ni.. Ostrich pun ada juga :)


Paling santai rumah si penyu ni lah, best redup je ada pokok rendang depan dia haha..


Okay itu saje lah sharing cerita kami berjalan-jalan dekat G2G Animal Garden hari tu, Alhamdulillah pergi pada weekend pun rasa macam okay je hihi.. ramai tapi tak lah padat pun, masih berpeluang lah pegang haiwan2 ni semua dengan aman :)

CARA BELI TIKET ONLINE

Hari tu pergi kami beli online ticket je, korang boleh pergi ke website G2G ANIMAL GARDEN ni, dan klik buy ticket.. haa pilih lah mana korang nak. Ada pakej family sekali tau, dapat lah murah sikit, hehe


Family pakej tu 2 orang adults, 2 kids. Lagi dua tu tiket mak abah aku :) So, mana yang belum pernah pergi tu, boleh lah datang bawak anak2. Best lah sebab dekat je dgn selangor. Hehe :)

Ni beli sebagai kenangan hehe :)