Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 14 June 2022

Bestnya Dediangs ke G2G Animal Garden Serdang

Salam hai, korang pergi mana je masa cuti sekolah hari tu? Kitorang tak dapat pergi mana pun sebab semua tak sihat, tapi nasib baik sebelum tu kitorang dah merayap ke Melaka dan pergi mini zoo hari tu, so tak terasa sangat lah bosan kan..hihi

So, dalam entry ni aku nak cerita pasal Mini Zoo yang kitorang pergi hari tu. Lama dah aku aim nak pergi sini, tapi entah kenapa tak dapat green light hahaha.. so kebetulan masa tu parent aku datang tido rumah, maka aku usulkan cadangan untuk ke sini hihihi.. ye lah daripada pergi Mall nanti habis duit beli ntah pape, baik lah pergi zoo tgk animals, dediangs pun suka :)


Dekat je dengan rumah kitorang, G2G Animal Garden ni area Maeps Serdang tu ha, memang dalam tu pun. Besar rupanya kawasan dalam tu, dah masuk dalam tu hujungggg tu nanti baru lah sampai tempat nya.

G2G Animal Garden ni berkonsepkan petting zoo, so haiwan yang ada kat situ semua nya haiwan2 yang jinak daripada kucing, arnab, sampai lah ke haiwan2 ladang seperti kambing, kuda dan sebagainya.


Jom tengok apa yang bestnye pasal G2G Animal Garden ni :D

1. RUANG YANG JUST NICE UTK JALAN KAKI

Yes, ni yang paling best! Jarak antara satu rumah haiwan dengan haiwan yg lain dekat2 je tapi teratur kawasan dia. Not bad lah bagi aku, maybe sebab sebelum tu kau dah berpenat-lelah menapak dalam Zoo Melaka yang sangat luas itu, jadi bila g Mini Zoo camni rasa macam ya Allah, seronoknya sebab tak penat jalan sangat~ Hahaha!

First masuk, korang akan melawat taman burung dulu sebelah kanan. Dia punya tempat burung pun sangat lah best, even ramai tapi sebab burung dia pun banyak, so takdelah berebut sangat nak tengok. Boleh beli kuaci yg disediakan utk bagi makan kat burung2 tu.



Marissa masa ni dah tak kelihatan dah sebab dia nangis, nak bagi burung makan kuaci, tapi takut.. lepas tu nangis pulak hahalahai lah anak~



Background yg ada gambar burung2 ni colorful, cantik sungguh! Tapi ada satu kejadian masa aku bergambar sorang kat situ, orang yg jaga tu pergi letak burung kakak tua yang suka menggigit tu kat bahu aku tanpa diminta, hadoi haa habis tanggal dia gigit brooch tudung aku kat belakang tu hahaha~ aku dh risau dah lepas tu dia mcm letak paruh dia kt pipi aku.. kang dia kokak naya je hahaha!


Seram tau haha, nasib baik lah masa ni i'olls pakai tudung belit2 yg menggunakan banyak brooch, so boleh lah ganti brooch belakang tu dgn brooch tepi2 bahu tu kan~ 

2. KERUSI BANYAK DISEDIAKAN

Bagi korang yang bawa mak ayah yang mungkin tak boleh berdiri lama, sakit kaki, or korang sendiri yang penat tengok anak tak nak berganjak bila tengok haiwan favourite masing2, haa jangan risau. Ada je banyak tempat duduk disediakan untuk korang tunggu.



3. HAIWAN YANG KIDS FRIENDLY

Dah kata konsep dia petting zoo kan, haruslah semua haiwan boleh dipegang haha~ tempat kucing dia best tau dalam aircond~ kayangan betul! Masuk je dalam semua tengah tido. Dasar kucing mahal, acah2 mainan pun dia berat nak gerak haha.. tapi takde gambar pulak, ralit tengok kucing hihi.. 



4. TANGKAP IKAN PASTU BOLEH BAWAK BALIK

Haaa ni paling best lah kot aktiviti kat situ. Tapi yang tak bestnya aku rupanya takde bakat langsung dalam aktiviti tangkap2 ikan ni hahah~ ikan dia pandai pulak tu, diorang mcm dah kenal je dengan jaring tu. Nampak je terus beramai2 lari daripada jaring.. hahah~ nenek dediangs duduk tepi je memula tu..


Lepas tu dia pun turun kolam haa, agaknye dalam hati agaknye, eh geram aku tengok anak menantu aku ni tangkap ikan tak dapat-dapat, hahahah!


Ni lah dia mak dediangs yang fail tangkap ikan tu, pandai bebel je lebih sebab takut anak aku termasuk pulak dalam kolam ikan tu~


Akhirnya dapat lah jugak sorang sekor hasil kautan daripada dedi nya~ Sempena hari bapa yang just around the corner ni, usaha2 kebapaan macam ni memang wajar utk diingati dan dihargai oleh isteri dan anak2 sekalian hahaha (>_<)

5. HAIWAN LAIN PUN ADA JUGA!


Free je tau ambil gambar dengan encik ular ni.. Ostrich pun ada juga :)


Paling santai rumah si penyu ni lah, best redup je ada pokok rendang depan dia haha..


Okay itu saje lah sharing cerita kami berjalan-jalan dekat G2G Animal Garden hari tu, Alhamdulillah pergi pada weekend pun rasa macam okay je hihi.. ramai tapi tak lah padat pun, masih berpeluang lah pegang haiwan2 ni semua dengan aman :)

CARA BELI TIKET ONLINE

Hari tu pergi kami beli online ticket je, korang boleh pergi ke website G2G ANIMAL GARDEN ni, dan klik buy ticket.. haa pilih lah mana korang nak. Ada pakej family sekali tau, dapat lah murah sikit, hehe


Family pakej tu 2 orang adults, 2 kids. Lagi dua tu tiket mak abah aku :) So, mana yang belum pernah pergi tu, boleh lah datang bawak anak2. Best lah sebab dekat je dgn selangor. Hehe :)

Ni beli sebagai kenangan hehe :)



No comments: