Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 17 August 2014

5 Sebab Aku Rasa Cool Guna Handphone Keypad :D


Salam... :D

Hahaha..aku tulis entry ni sebab, selain kerap ditanya "Lynn, bila kau nak kahwin?"....aku kerap juga ditanya dengan soalan "Lynn, bila kau nak tukar phone?"



Hahaha..bila ek? Aku pun tak tahu, kalau ikut kemampuan, boleh lah lepas sebijik android phone jenis touch-touch screen tu~ sebab kebanyakan yang aku tengok kat kedai sekarang ni, Rm 299 pun dah boleh dapat. Cuma masalahnya, aku je yang tak nak beli..haha aku rasa bangga dapat mengekalkan penggunaan handphone keypad ni di kala-kala statusnya yang hampir pupus dan boleh masuk muzium, sebab ramai orang even makcik-makcik cleaner pun aku tengok dan bertouch-touch screen gitu~ 


Aku tetap rasa handphone keypad sangat cool untuk terus digunakan sebab :


1. Aku boleh taip mesej tanpa tengok skrin

Hahaha, aku percaya korang semua pun expert sambil tengok TV, sambil taip mesej laju-laju tanpa lihat skrin masa guna handphone keypad dulu-dulu kan?? Sekarang try lah taip mesej guna smartphone touch screen tu tanpa lihat screen, confirm bahasa mencarut yang korang taip. Haha..dah lah kena pegang dua belah tangan lak tu~ Penat tau~


2. Boleh lepaskan handphone daripada tangan dengan sengaja dan biar terhempas ke lantai, dan cakap ''Tengok, slumber je~tak rosak pun~'' pada orang yang baru je pucat lesi sebab smartphone dia terjatuh..hahaha


Handphone lama-lama ni biasanya lebih kukuh dan steady berbanding handphone-handphone yang sekarang yang super duper slim ni. Bukan jenis aku lah untuk guna smartphone yang mahal tapi 'senang cedera' ni. Aku jenis yang pagi-pagi je bangun tengok phone dah jatuh ke lantai. Kalau guna smartphone, bangun pagi je terus pengsan balik sebab tengok phone tu dah berkecai kat lantai~ Haha

3. Aku boleh hidup tanpa media sosial

Hampir semua smartphone ada function untuk melayari internet. Bila aku naik bas masa balik kerja, bila aku pandang sekeliling kat restoran, bila aku tengok budak-budak yang melepak kat tembok-tembok di bandar...aku akan bersyukur sebab aku tak guna smartphone dan aku masih boleh memandang sekeliling tanpa fikirkan tentang media sosial aku. Serius~ macam menakutkan bila tengok sekeliling, semuanya duk khusyuk menatap skrin smartphone di tangan tanpa memperdulikan hal sekeliling. Gila addicted (-_-')

4. Banyak memerhati dan memandang sekeliling


Okay, selalunya kalau perjalanan jarak jauh naik kereta, bas ekspress atau train yang memerlukan anda mendengar muzik, menonton music videos, drama online di Tonton, main online game, chat dan sebagainya untuk menghilangkan bosan. Tidur adalah option lain lepas dah bosan buat tu semua. Akhirnya kita terlupa nak melihat apa yang ada di luar, iaitu pemandangan.

Aku tak guna smartphone, aku dengar muzik just daripada radio kereta, aku takde kemudahan Wifi di phone aku untuk online FB (actually boleh log in FB, tapi malas nak on9) ataupun update blog bagi menghilangkan bosan dalam perjalanan. Apa yang aku buat, aku suka sebut nama-nama kedai yang aku nampak. Takdelah sebut semua. Sebut yang mana aku rasa kelakar or pelik. Aku tak tahu, aku saja sebut sorang-sorang. Kalau tengah gila, aku sebut kuat-kuat supaya mak abah aku ketawa jugak. (bajet kelakar..haha)

Then bila ontheway balik semula, aku baru perasan ianya membantu aku sebenarnya. Membantu aku meningkatkan daya ingatan. So, bila balik tak tersesat (in case kalau pergi ke tempat baru), sebab aku akan automatik ter'recall semula nama-nama kedai yang aku sebut masa lalu hari tu. Means sahih lah tu jalan yang benarrrr kan~ hahaha tak payah guna google map ke apa.

5. Dekat dengan alam semulajadi


Yup! Bila kita banyak memerhati, kita akan lebih banyak diam, berfikir dan menghargai sebenarnya. Salah satunya adalah menghargai pemandangan alam semulajadi ciptaan Tuhan ni :) Sekarang ni, wujud jenis manusia yang pergi ke tempat-tempat macam ni, tapi sibuk berselfie, upload dan terus layan internet. Suka tengok orang komen kat gambar dia. Dalam media social nampak macam dia menghargai alam semulajadi, tapi pada hakikatnya tidak. Sangat rugi orang-orang begini ya anak-anak~ Hahaha


Okay, itu lah beberapa reasons kenapa aku berbangga guna handphone keypad ni. Aku bukan anti-smartphone ke apa, maybe one day aku akan guna juga, tapi harap tidaklah addicted. Smartphone memang dah jadi macam satu keperluan asas, tapi kita tetap ada pilihan contoh pada waktu berbual dengan orang, anda boleh pilih untuk abaikan sekejap smartphone anda tu ;) Hehe..




Yaaa ! Anda mampu mengubahnyaaa !! Haahaha~~

p/s : ok, puas dah merepek...nak lunch jap. Bye

4 comments:

eima said...

aku pakai tak addicted...
bila time mkn ..aku mkn .. bila time berjln aku jalan ... bila time ngan family aku ngan family ...hihi
cuma aku perlu smartphone utk berbisnes dan main games .. hehehehe FB xde pun tak pe.... blog kat rumah xde masa nk baca ... kat opis je ..

nuyui a.k.a miss YUI said...

dua2 yui guna..hihih..

so mmg merasa mcm mana bila pakai. ekeke.

tp yg lama mmg best!

Unknown said...

ahhah..betoi2..lagi2 kalau ada anak..memang jenuh hari2 jadi penceramah supaya anak2 sedar smartphone mak ayah bukan hak milik anak2..heheh...

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh selasa..