Happy Three Friends

Miss Money

Monday 27 October 2014

Komitmen-komitmen sebelum berkahwin


Salam (n_n)
Setelah sekian lama bercinta, si dia sudah berbincang untuk ke tahap yang lebih serius iaitu berkahwin, tetapi masih terhalang dek kerana kewangan anda belum stabil ataupun anda masih mengumpul wang? Ini adalah beberapa komitmen untuk anda laksanakan supaya dapat meyakinkan si dia yang anda benar-benar serius dengannya, dan dengan harapan dia takkan meninggalkan anda dan kahwin dengan orang lain kerana menganggap anda tidak serius dengannya!

1. Membuat kerja sambilan



Berniaga boleh, atau buat freelance dengan kemahiran yang anda ada. Ini menunjukkan yang anda betul-betul bekerja keras untuk mengumpul duit demi berkahwin dengannya. Anda mungkin rasa tak perlu kot nak ceritakan kesusahan anda mencari wang seperti ini, tapi bila dia tanya kenapa anda selalu sibuk dan jarang menghubunginya, ceritalah dengan bersungguh-sungguh tentang kerja sambilan anda ini. Cerita daripada A-Z sebab perempuan ni tahap curiosity dia memang tinggi. Hahaha~dan pastikan apa yang anda cerita itu fakta, bukan auta. Dan perempuan, sila faham kesibukan si dia dan jangan harapkan si dia 24 hours untuk mesej dan call anda, sebab mereka perlu kerja keras bukan untuk siapa-siapa, tetapi untuk anda juga.

2. Tunjukkan yang anda tahu simpan duit



Yup! Kata nak kahwin, jadi janganlah membazir beli barang-barang yang katanya keperluan~~ tetapi sebenarnya hanyalah sekadar nak memenuhi kehendak anda semata-mata. Contoh, anda duk ulang cakap dengan si dia, anda masih tak cukup duit lagi nak kahwin, tiba-tiba si dia tengok anda upload gambar kereta anda dekat FB yang dah siap di modified, siap dengan sport rim baru bagai. Tak pun, cakap tak cukup duit lagi, tiba-tiba nah...selfie guna Ibend Iphone 6 dengan caption 'Alhamdulillah...berjaya memiliki..' Hal-hal macam ni akan membuatkan si dia bengang dan panas hati yang aku boleh confirm diorang akan cakap "Amboi! Ada pulak duit nak modified keter dan beli phone baru??" Sila bersungguh-sungguh simpan duit kalau betul anda serius nak berkahwin.

3. Menjaga pergaulan dengan kawan berlainan jantina



Orang kata sebelum kahwin lah nak huha-huha dulu. Okay, i said go to hell with that 'orang kata'. Yang nak kahwin kau, bukan orang-orang sekeliling, so you must know what you should and shouldn't demi keamanan relationship korang tu. Cheh..keamanan gitu~ Baik lelaki mahupun perempuan, bila anda dah tahu tahap hubungan anda dah serius (otw ke jinjang pelamin), perlulah anda menjaga hati pasangan dengan lebih serius lagi. Jangan kata boyfriend aku tak kisah aku rapat dengan kawan-kawan lelaki aku sampai bertepuk tampar, penipu kalau mereka tak kisah. MEREKA KISAH, sebab tu kalau anda perhatikan, mereka pun buat benda yang sama. Cemburu? Tapi anda tak boleh nak marah sebab anda pun buat juga, so masing-masing saling balas-membalas, so...sampai bila-bila pun anda dan si dia akan pretend tak kisah melainkan masing-masing buat pengakuan dan 'bertaubat' untuk tak buat lagi lepas tu.

4. Mengenali keluarga



Bila anda dah berkenalan dengan ahli keluarga si dia terutamanya ibu dan bapa si dia, barulah hati si dia rasa secure sikit, sebab...berani kau nak lari?? Nanti bapak dia belasah kau!! Muahahaha...okay macam ganas sangat pulak. Haha..tapi nampak lah anda betul-betul serius bila anda dah bersedia untuk jumpa keluarga si dia. Tak semua lelaki berani tau, lagi-lagi kalau dia daripada awal dah niat nak jadikan korang sebagai awek-awek saja (bukan bakal bini), tu lagi banyak alasan dia nak mengelak.

5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran diri



Perkahwinan, kalau ketua tak kuat, terumbang-ambing bahtera tau. Sebab itu digalakkan anda belajar dengan lebih mendalam lagi tentang Islam, supaya mudah nanti nak mendidik isteri. Sekurang-kurangnya tahu cara berhemah nak didik isteri sebab perempuan ni senang merajuk bila ditegur. Hahaha...:p

**************************************

Okay...itulah antara komitmen yang dapat menyerlahkan lagi tahap keseriusan anda untuk berkahwin dengannya. Dan perempuan, bila dah 'nampak' semua ini, sila tahu dan fahami bahawa dia memang serius dengan anda, jangan buat-buat tak nampak pulak! Okay, tu je bye!



"Will you marry me...?"


1 comment:

Hafiz Hafizol said...

Banyak lagi saya tak apply dalam kehidupan saya nie.. huhu... lambat lagi la boleh kahwin jawabnya... T_T