Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 4 December 2014

Cara Buat Ubat Nyamuk Guna Serai Wangi



Salam. Ya~ serai wangi memang banyak khasiatnya. dan dikatakan berkesan dalam 'aktiviti' menghalau nyamuk. Bagus juga, kosnya lebih murah dan lebih selamat sebab memang 100% daripada tumbuhan tanpa sebarang campuran bahan kimia! :D 

Cara buat ubat nyamuk guna Serai Wangi (SW)

1. Kisar SW hingga halus, seeloknya kisar kering
2. Kemudian campur dengan 250ml air
3. Biarkan semalaman
4. Tapis hampasnya, air dia tu masuk dalam botol penyembur
(kita akan guna airnya saja)
5. So, tinggal spray je ketika diperlukan macam kita guna racun serangga yang lain.

************************************

Kebaikan ubat nyamuk daripada Serai Wangi :

1. Lebih selamat sebab dibuat daripada tumbuhan

2. Tanpa campuran bahan kimia merbahaya

3. Lebih murah berbanding racun serangga di pasaran

4. Kita akan dapat manfaat daripada khasiat SW itu sendiri, sebab jika disembur, baunya akan menjadi aroma terapi untuk kesegaran minda, berbanding guna ubat nyamuk moden, terhidu asap dia je dah macam sakit tekak dah.

********************************

Kalau malas nak buat, maybe boleh guna produk terbaru di pasaran sekarang iaitu BugsLock

Penghalau nyamuk dalam bentuk gelang getah, yang juga menggunakan bauan Serai Wangi untuk halau nyamuk :D

Ni antara mereka yang dah guna dan review tentang Bugslock ni:


Okay, semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah sini ;)


5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Beli pghalau tu kalau mls sgt.ehehhe

eima said...

serai wangi ni mana nk dpt klu serai nk buat tomyam tu ade le kat belakang rumah

Unknown said...

Serai wangi ni boleh makan ..kan??heheh..sama ke dengan serai yang jual kat kedai tu..sebab tengok besar2 bulat2 macam serai yang akak beli untuk masak hari2 tu je..:)

Anonymous said...

brape bnyak serai wangi yg nk guna buat penghalau nyamuk ni ??
sembur tu kat mane atau bila2 masa ke sembur ?

Nieyzar said...

Serai wangi tak boleh makan la kakak... Guna utk ubat je.