Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 13 January 2015

Susahnya belajar main gitar!


Salam.
Sesungguhnya perempuan dan gitar adalah sesuatu yang cool.




Lama gila aku dah teringin nak main gitar, Tapi takde langsung peluang untuk belajar.

Semalam aku try gitar yang sorang designer ni bawak pergi ofiz. Aku cakap aku nak belajar. So, dia lukiskan 4 kord yang paling basic iaitu Kord C, A, F dan G, untuk aku hafal dan praktis. Itu rhythm kord dia kata. So, aku dengan semangatnya pun pegang lah gitar dengan cool habis. Gaya aku haruslah 10/10 kan~

Sekalinya tak sampai jari aku weh! Terkeras-kejung 3 jari aku ni nak main 4 kord tu. Kesian betul T_T Dah lah tu, nak bagi bunyi ikut 4 kord tu kena  tekan tali tu kuat-kuat, sebab aku ni first timer. Pergh~ sakitnyaaaaaa!!! Serius sakit! Menyampah gila! Selama ni aku try main dengan sesuka hati je, aku ingatkan senang, sekalinya susah + sakit! Wuwuwu~

Tapi semangat nak belajar punya pasal, aku pedulikan je sakit tu. Hari ni pun aku praktis lagi masa aku takde kerja. Masalah aku adalah, jari aku ni mati lagi, bak kata kawan aku tu. Mati. Owh baru ku tahu, jari aku ni mati rupa-rupanya (-_-') Kejam tau! Maksud dia mati tu, macam susah nak bergerak, tak lembut. So, dia maksudkan macam tu lah jari aku tu.

Buat masa sekarang, aku dah boleh hafal 4 kord tu dan mainkan secara satu-persatu dalam kadar yang lambat gila dan teragak-agak. Yang jadi problemnya adalah, bila aku tengah main kord C, ulang-ulang dan aku nak alih 'jari-jari mati' aku tu kepada kord lain terus, haaa tu yang berterabur tu...sebab apa????

Sebab jari aku 'mati'. :'( hei jari, bila lah kau nak 'hidup' jari? Ni sekarang ni, hujung jari aku berdenyut-denyut je haa...sakit. Haha :p Tapi aku google2 tengok pengalaman orang yang belajar gitar ni, lama-lama hujung jari tu akan kebal. So, aku kena praktis sebanyak mungkin lah ni untuk mendapatkan kekebalan tersebut. Hahaha!

Okay, gitar budak tu aku tak boleh bawak balik untuk praktis kat rumah. So, dah terasa macam nak beli gitar sendiri lah pulak T_T buang tebiat agaknya. Dah 26 tahun baru nak belajar. Jari mati tahu! Mati! Haha :p


3 comments:

Unknown said...

akak paham tu..sama macam akak belajar mengait la..jari ni bila dah bengkok nak gerak ke bawah atau atas terus keras ..macam kena kunci...kan??melampau jari nih..biasa dia tu...

eima said...

belajar jgn tak belajar .... nanti boleh dodoikan ensomi nak tido hehehehe

Unknown said...

Nice story.. teringat aku masa mula2 belajar main gitar.. macam tu lah rasa nya._.