Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 30 June 2015

Hummy Lovey Pernah Di-offer Masuk Rancangan TV

Salam.
Hari ni last day bulan Jun 2015. Esok pula dah 1 July. Cepatnya masa berlalu, kan? Dan esok juga adalah bulan ulangtahun kedai craft aku buat kali yang ke berapa ya...lupa pulak...mula dulu tahun 2012...so skang dah dekat 3 tahun. Alhamdulillah (n_n)


Seronok rasanya bila ingat balik masa mula-mula menjahit dekat hostel dulu. Belajar jahit insang pari dengan roomate. Sangat tenang menjahit kat bilik di tingkat 4 sambil buka pintu. Jahit sambil baring pun seronok sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Produk craft aku masa mula-mula dulu hanyalah button,

Keychain yang kasihan...sebab tali dia guna benang je, hahah :D

dan hand bangle ini...

Ingat lagi masa aku first time dapat customer, kemain gembiranya aku bercerita dengan pakwe aku yang dah pun selamat menjadi tunang aku skang nih. Gigih lah dia dengar cerita, sebab masa tu setiap kali dapat customer pun aku mesti nak excited. Hahah :p

Masa tu dah nak habis degree, so bila dah habis degree, dekat setahun aku tak kerja. Memanglah sedih sebab area tempat aku susah nak cari job graphic designer, tapi takpelah sebab dalam masa yang sama, aku boleh kembangkan sikit-sikit craft aku ni. Dan lepas tu lah terhasilnya idea untuk buat bantal craft.

Ini adalah antara design terawal bantal handmade yang aku buat:




Dulu aku jual memang murah, sebab semua aku tampal je guna gam. Hahaha, dasar pemalas! Tapi okaylah kan, sebab tu murah. Skang nak murah, aku memang tak dapat bagilah, maaf sesangat. Sebab hampir 99% akan aku jahit satu-persatu demi kualiti bantal tu sendiri. So takdelah masa customer peluk-peluk bantal, tetiba tercabut huruf. Hahah..


Zaman kegemilangan aku adalah bila aku berjaya menyiapkan bantal-bantal yang aku kategorikan sebagai gila mencabar seperti ini...




Alhamdulillah, syukur sangat sebab daripada buat craft ni, banyak memberi duit sampingan kepada aku selama 3 tahun ni. Sangat-sangat membantu. Tapi bila aku cakap sebulan aku dapat Rm200++ je daripada menjahit ni, orang tak percaya. Hahah, sebab sikit sangat katanya..:p

Pernah sekali masuk majalah Ratu Sehari...hahaha sekali je tau..itupun dah happy gila! Boleh tengok sini untuk lihat gambar. Pernah juga dioffer masuk rancangan TV. Tak ingat rancangan apa dan channel apa. Dapat call, dorang cakap nak exposedkan Hummy Lovey. Diorang minta aku rekod sendiri video dalam 2 minit, edit sikit dan hantar pada diorang.

Aku fikir-fikir, deadline tinggal lagi seminggu plus laptop aku baru lepas format. Takde langsung software untuk edit video, even Movie Maker pun takde gamaknya. Dah tu, nak rekod ape entah sebab pillow readymade memang takde masa tu. Takkan nak rekod muka aku bercakap-cakap ala-ala pengacara Nona? Hahaha memang tak ah! So, aku assume itu bukan rezeki aku. Plus, malas nak buat pun ade. Kah3..(n_n)

Okay aku tak tahu, apesal tetiba mukadimah jadi panjang gila. Mungkin sebab nak mengenang semula kot? Hahaha..btw, Alhamdulillah...untuk 3 tahun ni, even aku tak promosi sangat pun, pagelike FB Hummy Lovey dah ada seribu lebih Like...terima kasih sangat-sangat.

Pada korang yang nak stalk hasil craft aku, bolehlah klik sini.


P/s: Terima kasih pada yang menyokong dengan ikhlas (n_n) Semoga anda juga dimurahkan rezeki :D Aminn~

6 comments:

Anum said...

comelnya

Zaza Iman said...

wah lynn...seronok tgk rasa... lyn buat pun kemas2... zaza, akk je yg bt kraf skg ni...zaza kemalasan haha...

lynn jum exchange bloglist..hrtu bloglist hilang... zaza dh letak link lynn dlm list :D

eima said...

wahh wahhh kagum ai dik ... hebat tu

Razf said...

eh cantik2nya bantal tu~

Unknown said...

wahh 1k lebih
tahniah tahniah
kite pny minat yang sama la
jemput la jugak mamizafstuff
ayu slh sorg 1k liker page Hummy Lovey tuu

Unknown said...

wahh 1k lebih
tahniah tahniah
kite pny minat yang sama la
jemput la jugak mamizafstuff
ayu slh sorg 1k liker page Hummy Lovey tuu