Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 9 July 2015

Aku diserang gegata

Salam.
3 hari lepas aku perasan badan aku duk gatal-gatal je, even garu pun tak boleh hilang jugak. Awalnya ingat kena gigit nyamuk sebab bekas dia bintat-bintat cam kena gigit nyamuk. Tapi abah aku syak aku kena gegata, so dia suruh aku check kat klinik. Dapatlah ubat ni~


Nasib satu je ubat telan dan nasib baik saiz dia kecik je. Satu lagi ubat sapu. Dia tulis ubat terkawal. Aku ni ngeri sikit kalau guna ubat-ubat terkawal camni, takut terlebih guna jadi mudarat pulak. Haha~ aku rasa aku kena gegata ni sebab main kucing ofiz tu hah. Diorang dua ekor ni suka nau bergolek-golek dalam bilik kosong yang berhabuk tu, pastu lap kat aku..wuwaaa T_T


Btw, masa tu doktor tanya aku gatal ke tak? Kalau tak tahan gatal, dia suggest aku ambil injection. Aku fikir-fikir, kalau nak baik kenalah ambik kan? So, setuju lah dengan harapan kegatalan hilang. Sebenarnya masa jumpa doktor tu tak terasa langsung sebarang kegatalan, ibarat dah baik! (camne entah nak mintak MC kalau camtu..wuwu)


So, lepas injection dan bayar Rm53, aku pun balik. Sampai rumah kesan ubat dalam injection tadi mula berkesan dan buat aku mengantuk sesangat dan akhirnya, satu hari tu aku menjadi Sleeping Beauty tidur daripada tengahari sampai kol 5 petang. Hampeh betul! Hahaha :p


Owh cantiknya aku tidur camtu~ Hahahaha :p Okay bye!


6 comments:

eima said...

injection tu steriod dik .... hcort selalunye doc bagi utk kes gatal cam ni ... hehehe
ai pun penah kena inject juga ari tu .... kes org tak penah masuk dlm laut tetiba masuk ... penuh kaki naik merah2.... dah 2 minggu tak hilang serah montot untuk di inject ... huwaaaaaaaaa

Anum said...

get well soon

Syeeda said...

smoga cpt sembuh.. =)

NUR FARIZA UMAIRA said...

Setahun sekali mesti akk kene pergi klinik & amek injection ni sbb habis gatal2 satu badan.. setakat ni br dua kali kene (2 thn berturut-turut) dan kejadian berlaku dlm kol 2-3 pg.. first time kene xtau, so akk pun mandi dgn harapan gatal tu akn hilang tp rupa2nya makin bnyk bintat yg naik.. smpai bibir dh mcm org negro dan mmg lps inject akan rasa mengantuk yg amat sgt.. nasib baik ada housemate yg tlg drive.. kalo x mmg tido kt klinik la jwbnya.. hehe

Unknown said...

Anak akak si maisara pernah jadi..sampai naik ke muka..

Mia said...

Tak selesa bila kena gegata ni kan. Selalunya sapu calamine lotion tu jek, sejuk2 skit, boleh kurangkan kegatalan tu.
Salam ziarah dan salam lebaran.