Salam (n_n)
Mesti
ramai di luar sana yang hanya mengharapkan kecantikan kulit hanya
melalui penggunaan produk skin care semata-mata. Tapi tahukah anda,
penjagaan kulit sebenarnya memerlukan hanya beberapa perkara asas je
untuk kelihatan lebih cantik, iaitu:
1. Minum air masak secukupnya (8 gelas sehari)
Ini
adalah untuk memastikan kulit kita tak kering atau kusam. Bila air
dalam badan cukup, automatik badan rasa segar dan akan beri efek yang
baik untuk kulit, bukan kulit wajah je tapi juga untuk seluruh badan :)
2. Jaga tabiat pemakanan
Seriously,
tabiat pemakanan sedikit sebanyak mempengaruhi kecantikan dalaman kita.
Jadi, nak bagi kulit kita nampak lebih sihat dan berseri, kenalah rajin
makan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan nutrisi. Lagi satu,
elakkan lah makanan yang berminyak ya :)
3. Rehat dan tidur kena cukup
Korang
confirm pernah tak cukup tidur kan? Tidur lambat, pastu esok nak bangun
awal. Memanglah kena buat-buat macam tak ngantuk, tapi hakikatnya rasa
macam lemah gila sebab tak cukup tidur. Dan kalau benda ni selalu
berlaku, tak mustahil kesihatan dan kecantikan anda akan terjejas. Jadi,
amat penting untuk cuba dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Ramai
yang bagi alasan bz dan tak sempat nak rest, memanglah sebab malam2 pun
duk asyik belek fon, macam mana nak dapat rehat / tidur yang cukup?
4. Senyum selalu (n_n)
Ini
pula tentang bagaimana mood boleh mempengaruhi kecantikan kita.
Majoriti dah tau kan kalau kita senyum, otot yang digunakan di wajah
kita dikurangkan, berbanding kalau kita muram dan sedih je? So, apa
lagi. Jangan stress2 dan sentiasalah senyum. Automatik otak akan
menghantar mesej bahawa anda sedang gembira dan akan memberi aura-aura
positif kepada tubuh badan anda (n_n)
Haa, dah lepas amalkan semua tu, barulah kulit anda akan jadi lebih sihat, segar dan berseri seiring dengan penggunaan produk skin care, barulah raya nanti nampak cun dalam gambar~ Hahah :p
P/s: selamat bershopping! :)
No comments:
Post a Comment