Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 11 September 2018

Marissa's Milestone

Salam (n_n)
Apa kabar semua kawan2 blog? Aku sihat je, Alhamdulillah :D Sebenarnya dah lama nak tulis entry pasal ni, tp sebab laptop rosak, so kita perammmmm dulu sampai dah berbulan2. Kah!


So, entry kali ni nak tulis pasal perkembangan anak aku Marissa, tentang bila dia stat berjalan dan bercakap. Benda2 ni semua moment2 manis utk kita sebagai parents, so untuk mengelakkan keterlupaan, better aku tulis dalam blog, byk sikit boleh cakap :D

Tumbuh Gigi


Sebab kelahiran Marissa selang sebulan je dengan anak biras aku, Raisya.. so dapatlah tengok perkembangan dua2 orang baby ni macam mana. Bukan untuk compare siapa lagi cepat, tp lebih kepada nak memahami milestone baby gitu~ hihi

Bab tumbuh gigi, Marissa memang lambat gila tumbuh gigi. Adik Raisya dah tumbuh gigi dua batang, Marissa belum muncul lagi gigi dia. Dekat 8 bulan baru tumbuh gigi beliau. Lepas tu, tumbuh atas bawah sama dengan Raisya, tapi lepas tu pertumbuhan gigi Marissa lebih cepat pulak daripada adik Raisya.

So sekarang, Marissa dah ada 2 gigi bawah, 4 gigi atas dan ni pun dah nampak nk tumbuh lagi sebatang, sedangkan adik Raisya pula still ada 4 batang. Tapiiiiii, adik Raisya lagi banyak makan even gigi beliau tak banyak. Hihi :D

Bercakap


Haa bab bercakap pun Marissa lambat jugak daripada adik Raisya. Raisya dah boleh sebut certain perkataan2 dgn jelas masa dia 9 atau 10 bulan rasanya. Tapi aku tak risau sebab memang ada baby yg awal gila dah pandai bercakap.

Marissa pulak masa tu dia tak boleh cakap langsung, tapi dia faham apa kita cakap dan dia dah boleh bertindak ikut apa yang kita arahkan dia. Contoh kalau kita suruh ambil sesuatu, dia tahu nak amek apa. Benda first yg dia kenal adalah remote TV. Hahahaha! Senang bila baby dah pandai amekkan remote TV, mak bapak malas nak ngambilnya haa~

Bila Marissa start bercakap??

Dia start bercakap yang betul2 jelas bunyinya masa umur 1 tahun 4 bulan. Masa tu aku siap kira berapa perkataan yg dia reti sebut sebab takut nurse tanya. Hahah, masa tu dia reti sebut 10 perkataan iaitu:

Daddy, Amie (Mommy), Atuk, Nenek, Kakak, Abang, Adik, Baby, Meow, Dog (siap bunyi woff, woff) dan Air

Saje ajar dia sebut Apple, sekali jadi Api, hahah... owh ya, sebut Bapak pun dia pandai.. lawak gila sebab ko dah lah kecik dgn muka innocent, sebut bapak pun macam baik je bunyi nye..hahah

Dan sekarang Alhamdulillah dah makin banyak lah yg dia reti sebut. Mula2 ajar memang dia xtahu nak sebut, tp bila sekali dah pandai, dia memang akan belajar sebut je apa yg kita ajar sebab dah sampai masa dia utk bercakap.. tak semua baby sama :D

Berjalan



Bab berjalan pulak Marissa reti dulu daripada adik Raisya. Betul jugak lah kot kata org dulu2, bila cepat cakap.. lambat jalan. Bila cepat jalan, lambat cakap pulak.. hihi :p

So Marissa terus boleh berjalan masa umur setahun. Nasib baik masa first time dia dapat langkah banyak tu, Amie dah standby dengan fon nak rekod. So dapatlah detik2 indah tu..hihi dan mungkin sebab sorakan gembira dpd amie daddy dia tu lah dia pun terus je berjalan lepas tu. Hahah :p

Okay tu jelah sedikit sebanyak perkembangan tentang puteri kami, Marissa (n_n) Owh ya, kalau nak dibandingkan antara Marissa dengan adik Raisya, aku rasa Marissa dah 'keluar' daripada dunianya sendiri sebab dia dah macam budak2 dah aku tengok.. sedangkan Raisya masih lagi dalam dunia dia sendiri. Marissa skang suruh buang sampah kat tong sampah pun dah boleh dah.. bagus tolong amie (n_n)

Tips Main Cak2 Memang Berkesan!


Sejak Marissa kecik lagi, aku memang suka cak2 kan dia dengan cermin. Masa tu saja je mengagah dia, tapi lama2 rasa macam dia boleh belajar something daripada situ. Dia kenal dengan 'elemen kejutan' lebih awal dan dia boleh belajar tengok ekspressi dia sendiri bila tiru muka kita.

Adik Raisya kadang kalau aku agah2 dia sama2 depan cermin, muka dia blur je haa... haha :D

Tips Bercakap dgn Anak Hari2 Memang Berkesan!


Selalu baca kita digalakkan untuk bercakap je dgn anak2 even diorang tak faham dan tak reti bercakap lagi kan? Mula aku tak nampak apa kaitannya, tp sebab dh memang aku suka bercakap dgn baby plus aku takde kawan kat rumah selain baby aku ni, so cakap aje lah dgn dia.

Tapi, aku biasakan cakap benda yg sama supaya dia biasa dgn benda tu. Contoh,

1. Jom kita mandi, ok?
2. Marissa pakai baju ni boleh?
3. Dah habis mandi, kita naik ok?
4. Amie masak dulu, lepas tu kita makan boleh?

Aku pun mula2 tak perasan ending soalan aku selalu guna OK dan BOLEH tu. Masa Marissa mula2 sebut OK tu aku ok je lah sebab ingat dia reti sebut sebab senang nak sebut OK tu.

Tapi bila tiba2 masa tengah mandi tu, aku tanya macam biasa soalan yg no.3 tu.. Marissa for the first time ever jawab 'BLEH' (boleh).. aku jadik teruja! Kita tak tahu bila dia akan tiba2 reti untuk sebut, so kita biasakan je dia dengar dulu, bila sampai masa, dia akan tetiba je jadik boleh sebut, insyaAllah :D

*******************************
Kiri Adik Raisya, Kanan Marissa (beza sebulan je, Marissa lahir dulu.. hihi)

Haa okay tu je lah kot yg aku nak share. Kitorang baru balik dpd bercuti g Melaka. Tidur semalam je pun. Hahah nanti aku update lagi ya (n_n) Bye~

P/s: panggilan Amie untuk Mommy tu dah jadik kekal dah. So, akan datang nanti aku nak anak2 aku nanti panggil aku Amie je lah.. hehe (n_n)


No comments: