Salam.
Dah lama gila tak beli bahan bacaan. Jumaat lepas aku singgah 7E. Konon nak tengok-tengok je, sekali terpandang 'Dari Alam Angker' dah keluar siri baru, terus beli! Hahah :D
Komik kali ni nipis je, tapi dalam dia ada 20 cerita pendek. So, puas hati lah baca kan sebab ada banyak kisah. Harga dia pun skang dah genap-genap molek je Rm10. Mahal seyh. Entah dah kena GST ke apa entah. Selalu komik-komik paling tidak, harganya antara Rm7.50 - Rm9.50 camtu je. Haihh!
Tajuk 20 Cerita Dalam Komik ni adalah:
Dendam Kesumat - Puaka - Sampai Bila...? - Buli - Suami - Waktu Senja Semasa Bercuti - Langsuir Gunung Jerai - Ustaz - Hei, Mambang - Inat - Seri Dewi Malam - Kisah Mimpi Masa Kecil Dulu - Ada Jin Dalam Bilik Air! - Warung Kak Limah - Rupanya - Harapan - Melahap - Jengah - Abang - Bau
Komen tentang komik ini:
Aku memang suka karya Nizam Bachok ni. Sebab dia orang Melayu, jadi memang dia terapkan nilai-nilai agama, moral dan nilai-nilai murni dalam setiap karya dia, terutamanya dalam komik dia yang terbaru ni iaitu Tamu Senja. Lagi pulak certain cerita dia guna watak kanak-kanak. So, secara tak langsung dapat didik kanak-kanak untuk solat, berdoa dan rajin mengaji supaya hantu tak kacau diorang. Hahah! Kelakar tengok watak budak-budak dalam ni :p Hihi~ Inilah satu-satunya komik seram yang buat aku rasa tenang dan tak takut, sebab even ia pasal hantu, tapi kita masih diingatkan bahawa ada yang lebih berkuasa daripada hantu, iaitu Tuhan :)
Lagi satu yang menariknya si Nizam Bachok ni, cara dia olah dan twist cerita sampai cerita yang biasa pun jadi best, sebab dia pandang dan olah dari sudut yang berbeza. Antara cerita yang diolah dengan kreatif dalam 'Tamu Senja' ni adalah 'Sampai Bila...?' dan 'Melahap'.
Overall, 9/10 untuk 'Tamu Senja'. Novel seram yang santai dan menenangkan. Terbaik dan Tahniah kepada pengkaryanya :D
MUST BUY!!
P/s: Agak mahal lah kalau novel semua Rm10 :( Wuwuwu..sedih!
2 comments:
Novel sifahim tu rm9.50 kot....dulu rm3.50 je kan satu komik zaman aku kecik2 dulu....
aku pon baru baca.. best..
Post a Comment