Salam \(n_n)/
Holla orang Putrajaya sekalian, best lah kome 12 Dec nanti, Putrajaya akan bermandikan sinaran dan limpahan cahaya lampu yang cantik, menarik dan menakjubkan!! So, jangan lupa, take note okay ;)
Festival Light and Motion Putrajaya 2014 (LAMPU)
Tarikh: 12, 13 & 14 Dec 2014 (3 hari berturut-turut)
Masa: 7.30 mlm - 12.00 mlm
Tempat: Dataran Putrajaya, Presint 3
![]() |
| Cahaya interaktif yang disuluh akan membuatkan Putrajaya seolah-olah hidup! |
Festival ini dikatakan bakal mempersembahkan kesenian pencahayaan kreatif, interaktif dan penuh warna-warni pada bangunan-bangunan, struktur dan kawasan persekitaran Presint 3 tersebut, di samping...
mengetengahkan juga pelbagai acara kreatif dan menarik seperti permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya (ala2 TRON Legacy), kayuhan basikal & beca bercahaya, mini IT Expo, Pertunjukan Wayang Kulit serta Pertandingan Fotografi.
![]() |
| Cantiknya!! Macam dalam filem Avatar kannnn!! |
Nak lagi best, korang layan je lah terus video ni dan tengok sendiri betapa cantiknya Festival LAMPU Putrajaya ni :D
P/s : aku suka tengok lampu tau!




