Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Hotel Bajet Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hotel Bajet Malaysia. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

4 Hotel Malaysia Yang Unik Khas Untuk Backpakers


Salam \(n_n)/
Whoa! Rasa teruja sebab baru tahu kat Malaysia ni wujud rupa-rupanya hotel-hotel penginapan yang unik macam kat luar negara sana tu. Design dan rekabentuk penginapannya amat sesuai sangat untuk backpackers-backpackers sekalian dan harganya juga amat berpatutan! Jom lihat~

1. Tubotel, Langkawi


Dibina dengan menggunakan paip pembentungan projek bawah tanah yang terbengkalai yang diubahsuai hingga menjadi sangat menarik kerana bentuk dan warnanya kelihatan comel dan berwarna-warni. Ditambah pula dengan keselesaan katil dan di dalam, memang tempat terbaik untuk menikmati pemandangan laut yang terbentang luas betul-betul di hadapan bilik hotel ini.



Harga 1 malam dari Rm138

2. Bustel Klebang, Melaka


Haaa...walaupun nampak buruk dan kokak daripada luar, tetapi dalaman bas ini telah diubahsuai menjadi sebuah bilik penginapan yang selasa untuk para tetamu! Kat sinilah korang boleh mengimbas semula kenangan naik bas lama-lama yang aku gelar roller coaster ni. Memang nostalgia. Idea yang menarik. Syabas, negeri Melaka!


Sumber
Jangan risau tentang nak mandi kat mana, sebab bilik air dah siap tersedia sekali dalam setiap bustel yang ada. Kalau nak makan pula, turun dari bustel anda, dan naik bas-bas yang lain yang dijadikan kafeteria.


Harga 1 malam dari Rm120


3. Container Hotel, Kuala Lumpur


Nice! Ingat pekerja buruh je yang boleh tinggal dalam container macam ni, haa sekarang ia dah jadi penginapan ekslusif untuk sesiapa saja. Reka bentuk dan suasana persekitaran amatlah moden dan stylish.


Cuma aku tak pasti dia kalis bunyi ke tak..haha


Harga 1 malam dari Rm56

4. Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang


Anda pencinta alam semulajadi? Bosan dengan kerja yang memenatkan dan suasana bandar yang bingit dan huru-hara? Ya! Bercutilah ke sini dan nikmati pemandangan hutan hijau hanya dari 'capsule' anda. Pastinya menyegarkan!



Harga 1 malam dari Rm118

********************************

So, camne? Bestkan Malaysia sekarang ni ;) Tak payah nak buat hotel-hotel yang mewah sangat sebab sekarang ni ramai manusia yang lebih tertarik kepada keunikan dan kepelikan macam ni. Masing-masing bercita rasa tinggi dan gemar mencari serta mencuba sesuatu yang lain dari yang lain demi menambah pengalaman berharga mereka.

Okay itu saje, semoga bermanfaat. Maklumat lanjut, sila google ya (n_n)

P/s: nanti aku nak pergi jugak! \(n_n)/