Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 17 September 2014

Beli Jubah di Zalora


Salam...\(n_n)/
Hoho...tak sangka akhirnya ada jugak jubah yang kelihatan menarik di mata aku ni hah, aku ushar kat Zalora :

LUXE by Ethnic Chic
(Klik untuk lihat dress lain)


Aku tertarik dengan corak simetri dia tu, sebelah lain, sebelah lain. Aku kan suka design-design separuh macam tu. Hahah, paling style bahagian belakang dia tu. Nice~nice sampai aku terbeli akhirnya. Lama gila aku ushar baju ni, daripada rege dia Rm169 sampailah turun, dan turun, dan turun kepada Rm118 sekarang ni.

Aku dah rasmikan baju ni masa pergi kenduri kahwin sepupu aku hari tu. So, tabahkanlah hati ye, sebab aku nak interframe gambar aku ni, haha :p


Baju ni belt dia berasingan. Mak abah aku cakap tak pakai belt tu lagi cantik...tapi aku rasa macam tak best, sebab rasa macam diri ini sungguh ladies dan muslimah sekali..lepas tu rasa macam aku ni seekor umbai-umbai..ko tau ape tu? Umbai-umbai itu ialah obor-obor. Haa rasa macam tulah bila aku pakai jubah tanpa belt~

So, aku tak kira...aku nak pakai gak belt dia yang macam tali taekwando tu, nasib adik aku sokong jubah tu lagi cantik kalau pakai dengan belt. Hahaha~


Aku baru nak menggayakan jubah aku ni depan kamera, sekali kena marah dengan nenek aku, dia tak kasi amek gambar bertiga, tu tangan aku tengah tunjuk kat nenek lah tu, cakap takde pape lah nek~ hahah

Last-last kena cari port lain untuk bergambar...ngehehehe~


Ya..rambut adik aku agak pelik..hahah

Okay, baju ni material dia jenis Polyblend, so memang sangat selesa dan tak panas. Ringan pun ringan, cuma baju ni ikut tinggi model kan, so aku yang rendah daripada model ni kenalah potong sikit bawah jubah ni adelah dalam 3 inchi camtu. Hehe~

Okay, nanti aku ceritakan pengalaman aku membeli di Zalora ni, kenapa aku suka beli kat Zalora dan macam mana untuk korang yang baru pertama kali nak shopping di Zalora ni supaya dapat diskaun ya :D Nanti aku update! Thanx sudi singgah sini (n_n)


6 comments:

eima said...

mmg cantik ko pakai dik oi ....seswai ngan ko

Anis Farhana said...

lawalahh jubah tu. sayangnya, saya x berapa suka pakai jubah mahupun dress mahupun baju kurung hehehe >.<

Diana Rashid said...

hahah..orang tua2 masih lagi percaya dengan benda2 gitu...kan?/kadang2 kita kena ikut jugak..bukan sebab percaya tapi sebab nak jaga hati je..hahahah..akak selalu cakap kat opah akak dulu macam tu.."tak de apa2 la.."
lepas tu.."ye la..ye la..meh sorang lagi.."

heheheh

Aisya A. said...

design dia lain mcm sikit kan.. cantik plak..

ade jgak yg gatal tgn pi buka page zalora ni kangggg..

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik.kalau yui pakai nth cmne la..huhu

Raz said...

cantik