Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label starter kit busy book. Show all posts
Showing posts with label starter kit busy book. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Progress Pre-Order Kit Busy Book

Salam (n_n)
Haa ni nak update sikit pasal starter kit Busy Book ni, saje nak bagi orang-orang yang order tu rasa tak sabar nak dapat! Hahaha~


Aktiviti: Membasuh Pakaian

Untuk aktiviti ni, dapat 3 pakaian, iaitu 2 T-shirt & 1 skirt. Skirt tu belum siap potong lagi..hahah :p Comel tak t-shirt kite tuu~


Lepas basuh pakaian, kenalah menyidai pakaian pulak kan? So, sambungannya lepas aktiviti ni adalah aktiviti menyidai pakaian, contohnya camni haa...tapi hari ni aku baru nak pergi beli sepit kecik comel tu haa~ semalam tengok kat Daiso takde pulak size paling kecik...tu yang tergendala kejap proses buat busy book ni..


Ada yang berminat? (n_n)

Harga 1 pack - Rm 12 (1 aktiviti)
Harga Special Pack - Rm 35 (4 aktiviti berbeza)
*postage +Rm6

Sebarang pertanyaan lanjut / nak pre-order, boleh PM di FB Hummy Lovey / email ke lynndamya@yahoo.com :D

Terima kasih!

Friday, 2 October 2015

Pre-Order Starter Kit Busy Book Dibuka

Salam (n_n)
Haa...skang ni memang busy book tengah popular kan~ Ramai je ibu-ibu yang nak buat, tapi masihlah tak terbuat-buat sebab tak cukup masa lah, malas nak pergi cari material lah. Tambahan pulak, busy book ni leceh dan rumit okay nak buat. Nak tempah, takut mahal pula kan? Jadi, sebab tu aku sediakan Starter Kit Busy Book ni haa...


Dengan adanya Kit ni, korang dijamin reti buat busy book tetiba. Hahahah~ hanya dengan Rm35, korang akan dapat 4 set aktiviti iaitu:

1. Set Aktiviti Basuh Pakaian (gambar sekadar contoh)
Untuk aktiviti ni, material yang disediakan adalah:
Potongan felt bentuk washing machine, bentuk bakul, dan bentuk pakaian.
Aksesori yang bersesuaian (button, dll)

2. Set Aktiviti Sidai Pakaian (gambar sekadar contoh)
Untuk aktiviti ni, template yang disediakan adalah:
Potongan felt bentuk pokok.
Aksesori yang bersesuaian (tali, sepit dll)


3. Set Aktiviti Buttoning (gambar sekadar contoh)
Untuk aktiviti ni, template yang disediakan adalah:
Potongan felt bentuk batang bunga, bentuk bunga, bentuk daun
Aksesori yang bersesuaian (button, dll)

4. Set Aktiviti Padanan Warna (gambar sekadar contoh)
Untuk aktiviti ni, template yang disediakan adalah:
Potongan felt bentuk dan aksesori yang bersesuaian (button/ batang aiskrim / bottle cap, dll)

Haa itu lah dia 4 aktiviti yang anda boleh buat sendiri dengan adanya Starter Kit Busy Book ni. Mudah kan! Korang tinggal jahit jelujur je haa (n_n). Kalau malas sangat nak jahit, gam je lah guna gam uhu~ Hahaha!

Kenapa kena beli Kit Busy Book dpd Hummy Lovey ni??
Sebab, helaian felt tu aku akan tebuk 2 lubang, so that korang boleh compile aktiviti2 tersebut dalam file. Just in case, kalau korang masih nak tambah aktiviti lain yang korang buat sendiri, senang je boleh masukkan dalam file terus. If ada yang kotor, boleh cuci page yg kotor tu sahaja. Kalau jahit terus jadi buku, haa basuh lah kome satu buku tu ye~ haha

Jadi, pada sesiapa yang berminat nak order, boleh email aku di lynndamya@yahoo.com ye! Pre-order item :D


Caj penghantaran (pos laju) : +Rm5
*caj pos laju tetap Rm5 jika korang beli 3 pack. So, pandai-pandailah cari lagi sape2 yang nak beli, boleh tong-tong kos postage. Hehehe...

Okay tu saje, selamat ber-busybook (n_n)