Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 10 February 2012

9 Feb 2012...Semua Masih Bersedih :'(


Belum hilang lagi sedih aku yang semalam
tapi bukak facebook hari ni, ternampak lagi gambar arwah...

terus sebak hati aku....
susah-payah aku cuba terima yang kawan aku sorang ni
dah pergi buat selama-lamanya...
even masa bacakan Yassin pon, aku tahan daripada menangis


Tapi tadi, nampak je gambar dia terus aku menangis...


Memang aku tak banyak kenangan dengan arwah,
tapi entah lah...


Aku still terbayang-bayang,
rasa macam baru semalam je...
aku nampak dia masuk kelas aku...
Orangnya kecik molek je... :)
Muka baik...
Selalu tersenyum...


Muka baik itulah yang buat aku tak sanggup nak bayangkan
betapa teruknya kemalangan dia hari tu sampaikan meragut
nyawanya sekaligus....


Aku masih terbayang, macam mana dia bergurau dengan
classmate kitorang...

Aku masih terbayang, macam mana sayangnya dia terhadap
kawan-kawan dia...

Aku masih terbayang, sama-sama kitorang bertungkus-lumus
siapkan final major project...masih ingat lagi masa tu dia buat air
kelapa sebagai subject matter dia...eh kalau tak silap aku lah,
lupa dah...

Then, aku masih terbayang-bayang lagi, dia sanggup carikan syarikat
untuk group aku interview, dia sanggup drive kami pergi ke syarikat
tu.....dia seorang yang sangat-sangat baik...


Aku takde banyak kenangan dengan arwah, tapi bila aku tengok
balik video saat part 6 graphic Uitm Melaka buat event White Space,
ada dia dalam video tu...dia bergerak-gerak...dia senyum,
dia ketawa...dia bersorak gembira....


Ya Allah, sampai aku masih blur sampai sekarang, 
betul ke dia dah tak ada lagi........?

(sory Irma, curi gambar kau, aku xde gambar dia)

"Ya Allah,
Semoga Kau ampuni segala dosanya, semoga kau tempatkannya
dalam golongan orang yang beriman...

Ya Allah, tabahkan hati orang-orang yang mengasihinya dan
Kau murahkanlah rezeki keluarganya selepas ini."

AMIN~~


Kpd kawan-kawan aku, bersabarlah....
Jirah, Irma, Saud, Aiman, awak, dan rakan-rakan yang lain
jangan sedih-sedih ya... :') Tapi, macam mana ni, aku sedih lagi,
taip sambil menangis...isk :'(

1 comment:

siti hidayah said...

Bersabar ye. yang pergi tetap pergi. semoga roh arwah aman di sana. aminn. *al-fatihah*