Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 21 February 2012

Bawak Gunting Sebagai Protection Kononnya


Assalamualaikum and hi readers. Aku tengah keseorangan di rumah
ni. Tak ikut parent aku pergi niaga sebab aku tak berapa sihat hari ni.



So, masa yang terluang kat rumah ni aku gunakan untuk berehat
sambil tertidur. Aku tak nak tidur tapi dah TERtidur kan, nak buat
macam mana :p Hihi...




Ni aku dok layan lagu Avril je ni, hadoi gian dah ni haa nak 
berkaraoke~~ Hahaha



Owh aku nak cerita pasal tadi. Tengah-tengah aku layan je lagu
What The Hell ni, tiba-tiba je aku macam terdengar bunyi orang
ketuk pintu belakang rumah aku. Terus aku muted kan sound Laptop.




Betul, memang bunyi orang ketuk pintu. Tapi, tak ada suara.
Ketuk pulak tu jenis kasar punya. Ala-ala laki panas baran ketuk
pintu bila isteri tak bukak-bukak pintu dang ! dung ! dang ! dung !
 Tak reti sabar...




Maka, amat wajarlahhh aku berasa suspen ! Dan bertindak ala-ala
watak heroin dalam filem bergenre thriller action. Aku capai gunting
sebagai senjata (laahhhh kononnya) dan terus menuju ke bawah
(rumah dua tingkat)




Opz, kejap..naik bilik balik, ambil handphone, mana tau boleh
digunakan kalau-kalau ada sesuatu yang tak best akan berlaku !
Sementara itu, ketukan kat pintu masih bertalu-talu. Hati aku makin
berdebar. Cisss ! Siapakah gerangannya manusia durjana ini ?!!




Bila aku sampai je dapur, aku tengok je pintu belakang rumah aku
tu. Pintu masih diketuk, dan tiba-tiba barulah terdengar suara,






....







....






....



 
"Uncle...nak beli popcorn !"







(-_-')




Sengal !!! Rupa-rupanya anak jiran aku datang Maghrib2 ni
nak beli popcorn. Patutlerr senyap je tak bagi salam, beliau
seorang India...Hampeh betul. Penat aku beraksi ! (-_-')




Owh btw, pesanan kepada perempuan-perempuan semua, 
kalau nak pergi mana-mana, sentiasa pastikan dalam handbag
korang tu bukan setakat untuk simpan make up je okay, bawak
segala benda yang boleh dijadikan senjata untuk korang gunakan
sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 


Pesanan khidmat masyarakat !


 (siapa tengok running man? Aku beraksi tadi macam HAHA) :p
hahaha...

8 comments:

Zaza Iman said...

hahahaha..nsb baik uncle.. :) kelakar lah

amy syifa said...

hahaha..comeyy..selalu jgk mcm tu dulu tp skrg sejak dok kuarters dah x mengamalkan..tp klu jln sorg2 nmpak org pelik skit otomatik tgn kepal penumbuk..hahaha

Anonymous said...

Nsib baik x tikam budak tu dgn gunting...ekekeke...

Lynn Damya said...

zaza : haha sy yg perempuan ni pon budak tu mmg panggil uncle je... :p


Ezad : hahaha nasib kannn :p

Lynn Damya said...

Amy : hahaha wah lg ganas ni, sy punye penumbuk xkuat lah..haha :p kne lah prepare senjata hihi

Zaza Iman said...

hihihi..kelakar..

reply komen : tq damya..craft yg zaza buat tu biasa2 je.. :) ha ah..gn mybnk je.zaza bt ni dgn kakak.kakak zaza yg bos..zaza ni ibarat kuli je..zaza fkr zaza nk kena usaha cri dt n bt bsnes sdri.insyaAllah..jom kt sm2 usaha.mn thu boleh jd pniaga yg berjaya nti.

Nong Andy said...

popcorn satu!!!! hehehe..

serius aku juga join seram mulanya hehehe..

Lynn Damya said...

nong andy : hahaha, join seram ye :p