Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 23 April 2014

Now, Who are You ?



Alhamdulilah dan syukur kepada Allah SWT kerana DIA
mengurniakan aku dengan bakat ini.



Siapa sangka aku akan menjadi 'Si Pembuat Buntal' pada usia
aku sekarang ni. Aku rasa nak tukar nama pekerjaan tu pada
yang lebih glamour sikit, macam Creative Pillow Designer ke..
Okay tak? Hahahahaha (poyo je aku ni!)

Siapa sangka aku sekarang ni tekun dan gigih menjahit (jahit
tangan pulak tu), sedangkan dulunya aku sangat benci menjahit!
Sangat benci masuk kelas Kemahiran Hidup yang kena menjahit-
jahit bagai...

Siapa sangka, di sebalik 'kegelapan' yang ada dalam diri aku ni
aku boleh menghasilkan sesuatu yang comel dan boleh dijual
pulak tu? 

Dan siapa sangka, kraf yang aku buat untuk pasaran kecil-
kecilan sebagai hobi je, kini dah mendapat permintaan yang
tinggi?

Serius, aku sungguh tak sangka! Rasa terharu kepada Tuhan
sampai nak menangis kadang-kadang...Alhamdulillah sangat
sebab DIA mengurniakan aku dengan rezeki yang comel seperti
ini..haha :D

Tempahan asyik ditutup saja, sebab memang dah fully closed.
Tak boleh nak ambil selit-selit order punya...kesian customer
yang tak dapat order..wuwu T_T

Aku tengah plan nak mencari orang untuk menjahit jelujur
pada corak-corak dan pattern pillow-pillow aku. Aku memang
lambat sikit part jahit jelujur tu, rasa malaaaasssnyaaa ya Allah~
But even rajin pun, tetap aku tak dapat nak ambil banyak order
dalam masa sebulan sebab aku still full time bekerja, jadi aku 
memang dah fikir nak ambil orang, aku nak upah jahit jelujur :)

Setakat ni, dah ada sorang kawan aku, baru berhenti kerja dan
cadang nak belajar menjahit. So, insyaAllah sabtu ni aku akan
train dia. Harap berjalan lancar lah semua dan dia dapat memberi
kualiti jahitan yang bagus. Serius aku agak cerewet bila nak beri
kerja yang sepatutnya aku yang buat, kepada orang lain. Aku
risau kualiti dan kekemasan tak sama. Haha..sebab tu aku kena
train dulu even jahit jelujur saja ya~ :D


Pillow aku ada banyak jenis dan upah jahit jelujur berbeza ikut
jenis pillow tu, paling minimum upahnya adalah RM 10 untuk
satu pillow. So...kira-kiranya macam ni :

RM 1200 (SEBULAN)
- Perlu menjahit 6 pillow (yg upah minimum Rm 10) dalam sehari
- Bekerja 20 hari je dalam sebulan
- Kerjanya hanya jahit jelujur semata
- FULL TIME

Hahaha...best tak? Kalau korang area Kulai, boleh lah aku train
untuk jadi tukang jahit jelujur aku, tapi buat masa sekarang ni,
belum lagi kot...aku berani ambil kawan aku tu je sorang dulu.
Lain, maybe next time ya (n_n) ngehehe

Owh ya, ni antara latest pillow aku. Design 100% dpd customer:



Ini pun sebab aku dah bebel manja kat customer aku tu,
baru dia kasi design yang okay macam ni. Kalau tak memang
kaw-kaw dia request kat aku, ada ke dia minta aku designkan 
pillow yang sebijik macam tiket kapal terbang MAS??
Hahaha,..terus surrender aku. Tiket dah lah banyak tulisan
aje kang aku caj sampai beratus nanti :p


2 comments:

reenapple said...

cantikinya bntal yg bula tu.. ada biru dan hijau.. pastu ada gmbar airplanes. hahaha

ok la tu.. boleh jana pendapatan. Aku pun ada kawan yg buat bisnes online buat amirugami. :D

Cik Anita said...

Serius cantik!!! Jeles la orang ada kreativiti menjahit ni. Tangan haku memang kejung habis, tak mungkin jadi tukang jahit yang berajaya cam kau.. ishkk.

Semoga menjadi bisnesswoman tersohor menjual bantal!!