Happy Three Friends

Miss Money

Monday 16 March 2015

Isteri Dato Aliff dapat Range Rover tuu....


Salam.
Range Rover ni memang menjadi idaman kalbu aku yang hidup sederhana ni. Muahaha...oleh sebab aku sederhana lah aku mengidam benda-benda mewah macam ni kan, kalau kaya dah tak mengidam lah sebab nak je, terus boleh memiliki macam si isteri kepada pengasas produk D'Herbs ni haa...


Baru-baru ni semasa majlis ulangtahun Datin Nur Shahida, suaminya iaitu Dato Aliff buat 'kejutan istimewa' dengan menghadiahkan sebuah bungkusan yang besar yang dikeluarkan daripada lori tunda di perkarangan rumah mereka.


Kemain siap main tutup-tutup mata gitu haa...


Sweet sangat! Heheh...


Datin Nur Shahida bergambar bersama Range Rover barunya :D

Warna merah pulak tu Range Rovernya~~ aduh! Memang cool gila! Apapun, semoga pasangan Dato Aliff dan Datin Nur Shahida bahagia dunia akhirat..aminn (n_n)


P/s: kalau aku lah dapat kejutan gila macam ni daripada si dia, aku suruh pulang balik agaknya Range Rover ni...lepas tu cakap, "Awak..saya nak Mini Cooper Countryman yang 5 pintu tu...tak nak yang ni" :( Hahaha!


4 comments:

nora razalli said...

waaaaa...
syioknyeeee

Unknown said...

best nya la jadi orang kaya...hahahha...hari jadi akak,suami bagi rantai tangan harga tak sampai 400 pun akak punya melompat sampai terkejut anak2..ahhahahh..ni kan pulak kalau dapat range rover..mau seminggu tak tidur sebab seronok sangat..:p

sitirohaida said...

wah..untungmya..level macam kita ni,husband ingat n wish bday pun dah syukur...belanja makan ke..

reenapple said...

She is lucky to have him and so does him. :)