Happy Three Friends

Miss Money

Friday 24 April 2015

Sedapnya KitKat Rubies Ni !!


Salam.
Siapa dah rasa coklat ni angkat tangannn!! Hahaha~ rasa dia sangatlah sedapnya sebab aku memang hantu Kitkat sikit~ haha


First time nampak kat Econsave, terus excited sebab packaging dia cantik dan eksklusif betul! Terus dah feeling-feling nak beli sekali tengok rege, mak aihhh...Rm30 lebih! Gila mahal! (>_<)

Tapi aku bijak! Oleh kerana masa tu aku belum bertunang dan memang cadang nak bagi coklat sebagai hantaran, jadi aku gunakan itu sebagai alasan. Hahaha~ so takdelah terasa sangat beli mahal-mahal semata-mata nak makan sendiri kan~


Apapun, kekejaman aku terserlah bila aku cuma letak 8 ketul je daripada 20 ketul coklat yang ada dalam sekotak Kitkat Rubies tu...hahahaha yang lebihnya aku makan! Sedappp gila~ tapi aku tak lah kejam sangat, sebab yang lebih tu aku bagi family aku rasa sekali...kan? (nak sedapkan hati..hahah)


Yang kiri tu Kitkat biasa, yang belah kanan Kitkat Rubies..nampak tak beza dia tu? Yang Kitkat Rubies punya atas ada coklat cair dengan kekacang rangup yang membuatkan bila anda gigit je coklat tu, terus anda rasa nak terduduk jatuh dan terbaring terus dengan gemalainya sebab terharu dengan kesedapan Kitkat Rubies tu~ hahaha (over nya!)


Okay tu je, btw coklat ni mahal jadi tak dapat nak makan selalu ;'(. Tapi not bad lah sebab aku rasa Kitkat saja nak bagi option kat orang ramai, sebagai option lain yang boleh gantikan Ferrero Rocher untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran kahwin. Hihihi~

P/s: Nice job, Kitkat (n_n)


2 comments:

reenapple said...

Aku selalu nampak setiap kali shopping makanan. Nak beli tapi mahal. So aku pun macam.. takepah. Asalkan itu bukan limited. Haha

Tapi kau buat aku telan air liur lak. Urmmm

Raz said...

sedap.. ade jual lg ke ni?