Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 23 June 2015

Bestnya Buka Puasa Tepi Pantai Lido

Salam.
Bulan Ramadhan ni, boring juga kalau asyik berbuka kat rumah je kan? Sebab tu lah, semalam...kitorang satu family berbuka puasa dekat tepi pantai Lido (n_n) Yahoooo!!


Daripada Ramadhan tahun lepas weh kitorang plan nak buka puasa kat sini, tapi tak dapat sebab weekend memang penuh memanjang, semua rakyat jelata Johor datang nak berbuka kat tepi Lido ni. Hahaha~ nasib semalam hari Isnin kan, tu yang dapat cop tempat tu. Hehehe :D


Hahaha~ muka aku tu terserlah kegembiraan yang tak terkawal sebab berjaya cop tempat untuk berbuka! Aku memang suka buka santai-santai macam ni. Ala-ala berkelah. So sweet~ Hahah. Sampai tepi Lido dah pukul 7 malam. So, teruslah hidang-hidang makanan dengan air semua. Semua juadah beli kat bazar Ramadhan Angsana. Tahun ni rasanya bazar Angsana lagi best daripada tahun lepas. Sebab dia bukak keliling car park, so besauuu dan meriah (n_n)



Nampak tu penangan pergi bazar Angsana~~ semua benda pun kitorang nak beli. Paling best ada Pepes Ayam!! Nyum~nyum~~ Haa..apapun, memang best berbuka santai-santai macam ni dengan family. Selamat mencuba. Yang mana negeri takde pantai, buka ramai-ramai kat dataran pun best kan! (n_n) Kitorang tak standby sudu garfu bagai, so kena beli air mineral untuk cuci tangan.

Sekian tu saje (n_n) Time kasih sudi singgah! :D

P/s: Eh, korang tau tak pepes ayam tu ape?


3 comments:

Unknown said...

waaaa best jugak berbuka kat pantai lido ye...

eima said...

tatau tak penah dgr ....
penah seklai je zaman bercinta dulu berbuka kat dataran masjid putra putrajaya

Raz said...

bestnya!