Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday, 8 March 2017

Review Novel Kunci by Ismi Fa Ismail

Salam (n_n)
Akhirnya nekad jugak aku beli latest novel daripada beliau ni. Ismi Fa Ismail, aku minat novel beliau sejak siri 'Jangan Baca Novel Ini' lagi. Seriously, she's a very talented writer yang sangat tidak cliche dan novel dia sangat - WOW!


So, Kunci dah dalam genggaman aku sekarang ni. Meh aku review sikit.


Seperti biasa, novel-novel daripada Ismi ni takkan ada sinopsis di cover belakang dia. Yang ada, hanyalah kupasan lanjut tentang tajuk novel tu sendiri. So, akan buat kita tertanya-tanya apakah yang di ketengahkan dalam novel ni sebenarnya? Kunci tu sendiri melambangkan suatu benda yang penting, dan juga simbolik kepada kebebasan. Tapi, adakah itu yang diceritakan dalam novel ni?

Haa...aku pun tak tahu weh. Sebab tu aku suka gaya penulisan Ismi, dia boleh kaitkan something tu dengan sesuatu yang sangat jarang untuk difikirkan oleh orang-orang biasa. Ianya sangat disturbing, seriously!!

Aku bagi sikit jelah antara ayat dalam novel ni, ni adalah monolog salah sorang watak dengan babynya di dalam perut :


...
...

Maksudnya apa dowh? Maksudnya before ni memang mak dia dah selalu makan tikus untuk isi perut~ dah lah tengah ngandung, can you imagine mak dia makan tikus masa ngandung??? Erkk... apapun, jangan terus kecam. Sila baca dulu ya the whole novel ;)

...

Buat masa ni, beberapa pages yang awal pun dah cukup untuk buat aku teruja. Dah teruja-teruja tu, sambung lagi baca sampai page 30 lebih, phew~ seram pulak kat situ! Nak2 aku baca time tu dah dekat jam 3 pagi...so, bagi yang meminati novel genre seperti ini dan benci baca novel cinta, aku sangat rekomenkan ia untuk korang...


Aku beli kat Borders hari tu, harga dia RM25.90. Mana-mana pun sama, kecuali kalau beli kat POPULAR, situ memang dapat diskaun sikit. Btw, novel-novel beliau ni bukan keluaran FIXI ya, ni keluaran daripada syarikat penulis tu sendiri. Hehe.. apapun, Kunci by Ismi Fa, is worth to read :)

Antara Novel BESTSELLER lain daripada Ismi Fa Ismail adalah:



P/s: semua pun best! Masih ada lagi kat kedai-kedai buku sebab demand yang tinggi. Selamat membaca! :D


5 comments:

Unknown said...

Sambungan die dah kluar ke ?

reenapple said...

Bila kau nak baca novel aku? :P *just kidding*

P/S: Dah lama aku tak jenguk sini. Harap kau happy selalu. :)

Mrs. A said...

Baca reviews ni terasa macam excited pulak nak membaca kunci ni

Jepun Mari said...

jarang dah membaca novel, tp baca review ni macam menarik pulk

Unknown said...

baca dialog tu macam menarik. apekah makan tikus?