Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 30 December 2014

Misteri 'Jangan Baca Novel Ni'

Salam. Last weekend aku berfoya-foya di CS, JB. Masuk MPH konon nak tengok FIXI, sekali aku terpandang benda alah ini! Apalagi, terus ambil dan belek.


Tajuk kotak dia, 'Jangan Baca Novel Ni'. Menarik kan? Aku suspek ada 3 bijik novel dalam ni. Novel apa ni? Tak pernah dengar pun before ni? Bukan label FIXI. Dan tajuk dia tu memang mengundang minat. Yang dilarang tu lah yang nak dibuat..haha



Pusing belakang ingatkan nak baca sinopsis tapi takde. Yang panjang-panjang kat belakang tu hanyalah luahan dan bebelan si penulis yang menceritakan tentang ada sesetengah orang tak puas hati dengan cara dia memilih tajuk novel dia. Panjang jugaklah bebelan tu. Then, dia tulis jugak betapa ramainya orang kata buku tu best dan suruh dia cepat-cepat menulis lagi sambungannya.

Whoa! Kiranya buku ni dah terkenal lah?? Tapi apasal aku tak tahu langsung pasal buku ni?? Kesiannya aku!!! Terasa macam nak beli, tapi mahal kot, harga dia RM80..


Balik rumah, aku terus google pasal buku ni. Owh, rupa-rupanya before ni, novel pertama yang bertajuk 'Jangan Baca Novel Ini' dah pun dijual secara berasingan. Novel bergenre creepy dan aneh.(ade ke genre tu?) Agak popular jugak tapi aku tak tahu pasal kewujudannya. Mungkin zaman tu, aku belum minat baca novel kot? Dan hampir kesemua blogger yang dan habis baca novel ni cakap, novel ni sangat best, unik dan terjalin secara halus. Ending ada twist yang superb habis. Pergh!!

Memang lah...memang! Memang mengundang minat aku untuk membeli. Lagipun cara dia promote dan style packaging dia tu menarik. Siap ada merchandise dan free gift dalam kotak tu. Tema warna pun ala-ala Emily The Stranger...

So, ini sasaran aku yang seterusnya di MPH nanti! Akan ku beli kau cash di MPH nanti wahai novel-novel sekalian. Hahaha~ tak sabarnye nak beli!!!! \(>_<)/

p/s: untuk membeli novel ni, aku terpaksa batalkan niat utk membeli headphone dan camera memory card yang baru. Bahan bacaan harus diutamakan! Yeah!! :p

7 comments:

SAMIQA ♥ said...

Hehe, Novel Fixi siapa tak kenal kak...
Memang best.. cerita dlm novel fixi nie pun tak sama mcm cerita novel2 lain... :D

Tgh tungguu ongkos dtg, nak beli novel2 dari langit Illahi dan fixi nie.. :)

SAMIQA ♥ said...

okey.. sejujurnya tak pernah jejak di sini lagi...
tu belum adanya gst tuu.. hehe

CikLily Putih said...

novel fixi memang terbaek... seronok bila baca..ayat2nya sempoi

Amanda Suria said...

Harus carik jugak ni...dh lama x beli novel

Nur Atiqah said...

Sangat bestt!! Tapi kita tak habis baca lagi, yg buku ke-3 masih blm beli, tp yg 2 lagi tu dah baca.
Memang terbaik. ;)

Hanis Amanina said...

novel ketiga dah keluar ehhh? hehe sy dah baca 1,2 :D

nini said...

Best tak cerita dia lynn