Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 13 January 2012

Diari Gadis Popcorn : Dialog Lucu Aku Dengan Customer

Assalamualaikum and hi readers. Hari tu aku ada bagitau yang aku ni jual
popcorn dengan ice blended kat pasar malam kan. Itu bisnes keluarga,
kalau aku habis study dan aku tak kerja kat mana-mana, aku memang
plan nak kembangkan bisnes parent aku tu sampai jadi kaya ! Boleh ke?
InsyaAllah~ hehe, sebab daripada kecik lagi aku memang suka berniaga,
sebab kerja sendiri kan, kita tak terikat dengan banyaaak sangat peraturan,
cuti pon boleh sesuka hati je. Hehe..

Kami start berniaga kat pasar malam masa aku tingkatan 5, sampai lah
sekarang dekat 5 tahun lebih lah. Masa awal-awal berniaga, mak aku tak
bagitau aku langsung yang abah aku dah berhenti kerja di bank, dan mula
berjual kat pasar malam, sebab parent aku takut aku terganggu dan susah hati,
masa tu aku nak SPM. Bila ingat sampai sekarang, aku still rasa sedih.
Nantilah aku ceritakan kesusahan masa kami awal-awal berniaga dulu,
sebab sekarang aku nak ceritakan benda happy dulu, hehe (n_n)

Berikut adalah dialog-dialog customer yang aku selalu dengar bila
mereka nak beli popcorn :

Scene 1

Customer : (Dia tengok popcorn aku colourful ada warna oren, warna hijau,
warna ungu lepas tu dia tanya) "Yang warna merah ni rasa strawberry ke?"

Aku : "Ehh, tak lah kak, warna dia je lain-lain, rasa semua sama je, manis :)"

(psst, popcorn aku ada warna biru tau~~)





Scene 2

Kita semua tahu yang popcorn ni rasanya manis kan? Tapi..........

Customer : (Belek-belek popcorn kat gerai aku) "Ada yang pedas tak?"

Aku : Haa ? (spontan) Err...takde kak, semua popcorn rasa manis je :)"

(dalam hati : kalau aku buat popcorn pedas, laku tak? haha)





Scene 3

Popcorn kan warna-warni dan nampak macam comel, dan dialog ni aku
terdengar daripada 2 orang lelaki yg sedang ontheway nak ke gerai aku,
sorang tu bagitau kawan dia, dia nak beli popcorn, lalu kawan dia cakap...

"ehh, kau nak beli popcorn? Itu kan makanan orang perempuan.."

Aku dan abah : (-_-') (tahan gelak)

Hahaha, at last diorang terus je tak singgah kedai aku pun sebab kawan dia
pon agaknya terpengaruh dan percaya yang popcorn tu makanan perempuan
agaknya. Hahaha...yelah, popcorn kan colorful, comel tu pasal diorang ingat
popcorn tercipta untuk perempuan je, haha kalau mereka yang macho ni beli,
seganlah. Segan ke? Kat cinema bukan korang selalu ke beli popcorn? Haha


Thank Q baca entry ni (n_n)

Diari Gadis Popcorn : Entri Kuih dan Muih 

4 comments:

FatinFirdaus said...

wahhh.. popcorn warna warni... mesti menarikkan? :D

owner said...

Fatin : hehe menarik dan comel, nt sy upload gambar ye (n_n)

cici tembikai said...

bestnya. i pun suka jual2 benda comel2 =p terasa comel sekali =p

gerai u katmane? nak terjah =p

tapi babe kalau i pun akan tanya yang pink tu rasa stobery ke 0,0 hahaha

comel je , nnt letak lah pic dear. kat tempat i popcorn yang biasa tu je takde kaler2

owner said...

cici : hehe terasa comel kann, hakhak (>_<) gerai i kt senai johor sini, meh sini..meh sini..hihi, ok mmg i dh snap pic2 popcorn tu, tp i lom smpat upload, dh cyap entry i bg link ok :) hehe