Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 12 January 2012

Diari Gadis Popcorn : Entri Kuih dan Muih (n_n)

Assalamualaikum and hi readers. Mungkin ramai yang tak tahu aku ni
anak seorang peniaga pasar malam :) Hehe, proudly to say about it, bcoz
certain anak-anak ni segan kalau parents mereka kerja-kerja macam tu.
Tapi aku takde sedikit pon rasa malu even aku tahu ramai je yang pandang
rendah sebab yelahh, peniaga pasar malam je lahh kan, apelah sangat~~
Tapi, aku tak kisah !

So, aku kan dah lama tak balik rumah, kali ni dapat peluang balik rumah
dalam 4, 5 hari camtu, dapatlah tolong parent aku berjualan kat pasar malam.
Basically, kami jual popcorn dan ice blended., tapi setiap hari rabu macam
tadi, my mom akan jual kuih-muih sikit. Hehe, tapi tadi aku bangun lewat
sikit, maklumlahhh..dah lama tak tidur atas tilam sendiri~ haha, aku turun
bawah je tengok mak aku tengah goreng karipap dah :p So, untuk tadi, 
mak aku buat kuih cara gula, cara jagung, dan karipap untuk dijual. Meh
kita tengok gambar pulak (n_n) hehe :

Bahan-bahan untuk buat cara gula & cara jagung (senang je!)

Bahan-bahan : blendkan santan, telur sebiji, garam secukup rasa
untuk cara jagung, blendkan semua tu + gula sikit untuk maniskan tepung
Bahan untuk inti : jagung/gula/daging/ayam/ pape yg sesuai lah :)

Tadaaa, dah siap kuih cara gula !

Ni pulak kuih cara jagung (n_n)




Dua inti untuk karipap sudah siap : Sardin dan kentang. Aku suka karipap
inti sardin ! (n_n) korang ??

Ni dia karipap hasil gentelan ibu kesayanganku~~ (n_n)

ni pulak hasil gentelan aku ! Comel kan ?? (@_@) hahaha okay aku dapat
buat sikit je, tu pun buat untuk makan kat rumah je, sebab dulu pernah gak
aku tolong mak aku pintal karipap tu, mula-mula okay, tapi lepas lama-lama,
jari aku penat terus senget-senget aku lipat...kena marah~ hahaha, sampai
sekarang mak aku tak percayakan aku kalau aku nak tolong dia lipat tepi-
tepi karipap tu :p hadoi~ mak~mak~~

karipap sedang bergolek-golek dalam kuali~~~


Tada....dah siap !

Haha, nak tengok tak karipap yang aku gentel tadi jadi macam mana bila
dia kena goreng ? (n_n)



Camni ah :

Gemokkkk kannn + comel !! Hahahaha (n_n)

Dekat jam 3 lebih, siap lah semua kuih untuk dibawa jual ke pasar malam.



orang Johor
panggil kuih karipap = epok-epok
tau !




Itulah cerita untuk hari ni. Owh ye, korang ni suka makan popcorn tak?

 Ni lah mesin popcorn kat rumah aku :) Korang tau tak camne popcorn ni
dihasilkan? Okay kalau nak tau, tunggu next update ok, aku akan ceritakan
camne popcorn boleh terhasil. :) hehe Thanx for read this !



7 comments:

kai said...

wahhhhhhh...
x pernah rasa kuih cara jaggung tu...

=New Entr=====
http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/jom-bertukar-blog.html

owner said...

kai : haha, dtg lah jb klw nak rase, haha :D

Crystal Linda Casianus said...

Waaa bestnyaaa!!!! POPCORN!!!! :D
setuju sangat pasal orang malu dengan kerja parents. buat apa nak malu!?kan?kan?kan? berbangga la yang parents kita mampu menampung hidup kita. :) tanpa mereka, kita tak dapat nak berjaya.

owner said...

crystal : haha aku letak byk pic kuih, popcorn jgk yg kamu nmpk ya..haha :D betul2, nk malu dgn kerja parents knon, klw malu kerja rajin2 & bantu parent so that they can retire terus, xyah kerja..:) hihi

cici tembikai said...

babe i ada jumpa jugak orang yg segan parents meniaga, paling tak boleh blah dia suh mak dia niaga jauh2 =) tapi duit dia nak. ahishh haprak punya anak kan =) dia lah yang patut segan dengan mak dia , dah besau pun nak harapkan mak tanggung -.-'

best gila jual2 ni babe, orang kata mahsyuk sbb takyah tunggu gaji bulan kan =p

apa-apa pun, semoga rezeki you all bertambah and you dapat kembangkan bisnes family ni. mana tau boleh bukak kedai, siap brand sendiri ke apa ke kan kan =)

*serious I nak rasa semua ohhhhhhh . post pls*

owner said...

cici : haa tau xpe, i pun pnh jumpe org cmtu, sedih tgk, sian parent susah2 anak tau mintak duit je :( yup2, bniaga ni ari2 insyaAllah ade rezekinya, thanx dear :) hehe

Mariam Nordin said...

Assalamualaikum.. boleh tak sy nak belajar berniaga buat popcorn dgn awk