Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Viral Baju Biru Hitam. Show all posts
Showing posts with label Viral Baju Biru Hitam. Show all posts

Sunday, 1 March 2015

Penerangan Kepada Anda Yang Nampak Baju Ini Berwarna Gold & Putih


Sumber: Twitter
Ada seseorang menyatakan teori ini sebagai penjelasan mengapa ada orang nampak baju ini berwarna Biru Hitam, manakala yang selebihnya nampak ia berwarna Gold Putih. Aku share yang original, kalau korang malas nak fahamkan, boleh skip untuk baca penerangan yang aku buat.


Okay, daripada sumber tersebut, aku cuba buat research untuk dapatkan something yang aku rasa logik untuk dijadikan jawapan. So, ini yang aku faham :

1. Bahagian mata manusia

Menurut teks di atas, penulis tu ada sebut term "cones" dan "rods" yang ada dalam mata kita, mulanya bila aku cari gambar human eye's parts...keluar gambar macam ni:

Aku cari-cari, takde pulak sebut pasal term "cones" dengan "rods" bagai tu. So aku type search "cones and rods in human eyes"...barulah keluar gambar rajah macam ni:


"Cones" melihat warna iaitu Biru, Hijau & Merah
"Rods" pula melihat bentuk iaitu Hitam, Kelabu & Putih

2. Kenapa nampak warna biru sebagai putih?
CONES hanya berfungsi jika cahaya yang mencukupi 'masuk dalam mata'.

Jadi, kepada sesiapa yang melihat warna biru baju itu sebagai PUTIH, bermaksud ketika itu Cones anda tidak berfungsi sebab 'mata tak dapat cahaya yang cukup' lalu menyebabkan Rods secara automatik mentafsir warna tu sebagai bayang yang berwarna putih.
(mungkin macam negatif filem kamera tu, benda yang dalam realiti kalau berwarna gelap, akan jadi warna putih kalau kat filem tu. Dalam kes ni, baju tu warna biru, so kalau dilihat secara 'negatif', warna jadi warna putih)

2. Kenapa nampak warna hitam sebagai gold?
Penulis menjelaskan hal ini dengan dua fenomena dalam mata manusia iaitu i. Additive Mixing, dan ii. Substractive Mixing. 

Bagi aku dan sesiapa yang nampak warna Hitam, itu sebabnya mata kita 'melakukan' Substractive Mixing (percampuran warna), yang mana ia macam cat. Makin banyak campur warna, makin gelap hasilnya sampai jadi warna hitam.

Manakala bagi yang nampak warna gold, mata mereka 'melakukan' Additive Mixing (percampuran cahaya) daripada warna-warna yang boleh ditafsir oleh 'Cones' itu tadi iaitu warna Biru, Merah dan Hijau yang menyebabkan anda nampak warna PUTIH.


Okay, tapi korang nampak warna Gold kan untuk bahagian yang aku nampak warna hitam tu? So, kat sini aku akan terangkan apesal korang nampak warna gold, padahal bila dah gabung ketiga-tiga warna atas tu, patutnya korang kena nampak putih.

So, this is the final, aku terangkan secara ringkas kenapa korang nampak baju tu berwarna PUTIH (biru) dan GOLD (Hitam) :


Korang nampak warna biru sebagai putih, sebab 'mata tak dapat cahaya yang cukup untuk tafsir benda tu sebagai warna biru'. So 'cones biru' dah terganggu sebab tak cukup cahaya, menyebabkan 'cones' yang aktif tinggal 'cones merah' dan 'cones hijau'. So, lihat pada gambar bawah ini, warna apa yang terhasil bila merah campur hijau?


Kuning kan? Gold tu kekuningan kan? So, that's the answer.

i. Group Hitam Biru
'Cones' Retina kita lebih sensitif terhadap cahaya, dan ini membolehkan mata kita 'melakukan' Substractive Mixing.

ii. Group Gold Putih
Mata anda tidak berfungsi dengan baik pada cahaya / keadaan yang malap, yang mana ianya mengganggu dan menyebabkan 'Additive Mixing'.

Cara untuk group Gold Putih lihat baju tu berwarna Hitam Biru, try lihat gambar baju tu kat bawah sinaran matahari or kat tempat yang terang sangat. Kawan ofiz aku yang stress hari tu dah try, so dia dah puas hati sebab dah nampak baju tu warna hitam biru macam warna yang asal. Hahaha!

Okay, tu je semoga bermanfaat. Kalau ada yang salah mohon betulkan, sebab aku bukan budak bio~ Hahah :p


Friday, 27 February 2015

Warna apa yang korang nampak pada baju ni???


Salam.
Aku tak tahu baju ni tengah viral kat FB je ataupun di semua laman sosial. Yang aku nak tanya, korang tengok baju kat bawah ni dan bagitau aku, warna apa yang korang nampak pada baju tu??


Aku nampak baju ni berwarna BIRU & HITAM. Tapi, apa yang menyebabkan baju ini viral adalah, ada orang lain yang nampak baju ni berwarna Gold & Putih!! Mula-mulanya aku tak percaya..tapi bila kawan aku duk komen cakap yang dia memang nampak baju ni berwarna Putih dan Gold, sedangkan aku tengok pada waktu yang sama ianya berwarna Hitam & Biru...aku dah jadi makin pelik....what's going on??

Aku panggil pulak budak ofiz aku, tanye dia nampak warna apa...dia cakap Gold & White. Bila aku cakap, aku nampak Hitam & Biru, terus dia menjerit.."Kak Lynnnn!!! Kenapa lainnnn???" Dia siap gigih nak berlari keluar daripada ofiz sebab takut dengan aku, sebab aku nampak lain! Hahahaha...adui hai pelik...pelik..


Suatu sumber mengatakan ada seseorang dah 'mengedit' gambar ni, telah 'mengilusi optikkan' gambar ini sehingga membuatkan orang yang melihat baju ni jadi gila sebab pelik apesal warna boleh lain-lain camtu. Hahahaha...kawan ofiz aku tadi tu dah naik gila dan stress sebab dia bagi BF dia tengok, BF dia pun kata biru hitam, kawan2 dia pun cakap Biru Hitam.. Hahaha..kesian~ kesian~

So korang nampak warna apa??

Biru & Hitam?

Ataupun Gold & White?

...


By the way, ini warna asal baju tu...hehehe


P/s: Aku dah dapat penerangan kenapa dan punca kenapa mata kita lihat lain-lain, tapi aku tak sempat nak melayukan. Hahah nanti lah aku update ye...skang ni aku bagi korang stress dulu :p Hahaha!