Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 27 February 2015

Warna apa yang korang nampak pada baju ni???


Salam.
Aku tak tahu baju ni tengah viral kat FB je ataupun di semua laman sosial. Yang aku nak tanya, korang tengok baju kat bawah ni dan bagitau aku, warna apa yang korang nampak pada baju tu??


Aku nampak baju ni berwarna BIRU & HITAM. Tapi, apa yang menyebabkan baju ini viral adalah, ada orang lain yang nampak baju ni berwarna Gold & Putih!! Mula-mulanya aku tak percaya..tapi bila kawan aku duk komen cakap yang dia memang nampak baju ni berwarna Putih dan Gold, sedangkan aku tengok pada waktu yang sama ianya berwarna Hitam & Biru...aku dah jadi makin pelik....what's going on??

Aku panggil pulak budak ofiz aku, tanye dia nampak warna apa...dia cakap Gold & White. Bila aku cakap, aku nampak Hitam & Biru, terus dia menjerit.."Kak Lynnnn!!! Kenapa lainnnn???" Dia siap gigih nak berlari keluar daripada ofiz sebab takut dengan aku, sebab aku nampak lain! Hahahaha...adui hai pelik...pelik..


Suatu sumber mengatakan ada seseorang dah 'mengedit' gambar ni, telah 'mengilusi optikkan' gambar ini sehingga membuatkan orang yang melihat baju ni jadi gila sebab pelik apesal warna boleh lain-lain camtu. Hahahaha...kawan ofiz aku tadi tu dah naik gila dan stress sebab dia bagi BF dia tengok, BF dia pun kata biru hitam, kawan2 dia pun cakap Biru Hitam.. Hahaha..kesian~ kesian~

So korang nampak warna apa??

Biru & Hitam?

Ataupun Gold & White?

...


By the way, ini warna asal baju tu...hehehe


P/s: Aku dah dapat penerangan kenapa dan punca kenapa mata kita lihat lain-lain, tapi aku tak sempat nak melayukan. Hahah nanti lah aku update ye...skang ni aku bagi korang stress dulu :p Hahaha!

6 comments:

Diana Rashid said...

ha ah...akak tengok baju ni semalam ..pagi ni buka metro.uk baru dapat penjelasan nya..akak pun nampak hitam dan biru..

IntaNBerliaN said...

huwaaaa akak nmpk putih gold.... napa plak lynn nmpk lain ni

hana hadi said...

hana nampak putih n koko.. ala2 gold la kan. hehe

lain juga warna asal dengan warna dari mata sendiri huhu

reenapple said...

Aku nampak gold n white. Tapi aku tak paham knapa ia jadi viral. Urmmm . Heheh

Anonymous said...

Errr aku nampak macam biru dengan emas ... normal ke ?

Wanyob said...

Errr aku nampak warna biru dengan emas ... normal ke ?